Tuesday, 30 June 2015

#Cabaran20hari | Menu Wajib Bulan Puasa

Assalamualaikum..

Best entry kali ni nak cerita pasal menu WAJIB kami sempena bulan puasa sempena Cabaran20hari Puasa/Raya

Memang setiap tahun , 3-4 kali kami masak sendiri 3 menu nasi di bawah..masak sendiri tau..tak lalu sangat la beli2 ni..hihi ( koya je).





 Nasi kerabu Ayam Percik


 






 Nasi Lemak Ayam Berempah

 





Nasi Ayam


 

Untuk menu kuih2 yang kami sekeluarga masak sendiri pon ada 3 jenis. yang ni pon ulang2 buat juga sepanjang bulan Ramadhan




Butir Nangka







Sagu santan / 'Sanggupa'


 



Pengat Durian bersama Pulut

  

 

Puding Caramel

 

 

 

 Sardine Roll Goreng

 Dan ini pula menu air kami sekeluarga pada bulan puasa.


Air Tebu


 

 

Air Soya Cincau


 


Ni lah antara menu kegemaran kami ..tapi untuk ena, lepas azan je ena akan minum ENERGIZING SOY PROTEIN (ESP) dulu, dan 3 biji kurma. Lepas solat maghrib baru lah makan nasi dan kuih2 tu semua.



sebabnya, jika terus makan berat ( nasi dan kuih2) nanti ena akan mengalami sengkak/ esak nafas sampai tak boleh tidur.. hehe, begini la nasib ibu hamil sarat kan..btw, syukur alhamdulillah diberi kekuatan untuk berpuasa di bulan Ramadhan.



jumpa di next cabaran20hari!


KLIK SINI untuk baca lagi Cabaran 20 hari puasa/raya ENA

Read More »
Terima kasih kerana sudi membaca #Cabaran20hari | Menu Wajib Bulan Puasa.

Monday, 29 June 2015

#Cabaran20hari | Resepi Hidangan Sahur Paling Ringkas



Assalamualaikum


Alhamdulillah..hari ini hari ke 12 kita berpuasa ..bermakna hari ke 12 lah kita dah bersahur kan ( bagi yang belom miss sahur lah,..hehe)


Memang ada orang tak suka sahur, alasannya tak mahu/sayang nak ganggu waktu tidur, malas nk bangkit dari tidur. Berbeza dgn ena, ena suka sebab ena fikir ena mesti bertenaga dan kekal cergas walaupun berpuasa di siang hari.. Selain untuk tenaga, ada keberkatan dalam makan sahur sepertimana hadis di atas.. so jangan kita malas2  bangun sahur tau


Setakat harini syukur masih ada rezeki untuk bangun sahur setiap hari. Ni menu sahur ena setiap hari pada tahun ni. ni kira ringkas lah ni..tak boleh lagi ringkas sebab ena makan untuk 3 orang! haha

nasi putih



  • Nasi putih + lauk pauk - yg ni wajib..since ena sedang hamil dan menyusukan anak, sangat penting untuk ena dapatkan energi dari karbohidrat iaitu nasi yang di makan bersama lauk2.

  • Lauk plak tak kisah langsung, kadang2 hanya ikan bilis goreng atau sambal hitam je..asal ada nasi..hehe

  • ena amek 1 senduk nasi je, tak banyak pon;)

 kurma

  •  Kurma - ni juga merupakan pembekal tenaga yang terkenal lagi dan juga merupakan makanan sunnah. Pon dikatakan sangat2 berkhasiat buat ibu2 menyusu dan ibu hamil, iaitu untuk banyakkan susu dan untuk pertumbuhan janin yang baik dalam kandungan ibu.

  • So ena wajibkan diri  ambil kurma 2-3 biji setiap kali sahur;)

 vitamin Hamil



  •  Vitamin Hamil  -fungsi nya untuk membekalkan nutrisi yang cukup kepada si ibu dan baby dalam kandungan. Dr Zubaidi menekankan kepentingan vitamin prenatal (ibu hamil)



  • Vitamin Pilihan ena ketika hamil kali ini ialah vitamin shaklee yang terdiri daripada:

 -multivitamin ( vita lea), protein ( energizing soy protein), kalsium (ostematrix), minyak ikan ( omega guard), vitamin C dan vitamin B.


Suplimen Kekal Bertenaga di Bulan Puasa

  • Minuman energi yang sihat dan penuh nutrisi khusus untuk bulan puasa ( protein (Energizing Soy Protein), fiber, multivitamin dan multimineral(meal shakes) dan minuman kekal terhidrat sepanjang hari (performance drink) ini ena ambil setiap pagi selepas sahur.


Begitulah menu sahur ena pada setiap hari. ena pastikan ena ambil ke empat-empat menu/nutrisi di atas. Tiada lah lain melainkan untuk lebih bertenaga dan kuat untuk menjalani ibadah puasa di samping keadaan diri yang sememangnya diberikan rukhsoh untuk tidak berpuasa. 



Rukhsoh ( kemudahan) itu kan pilihan, jika tidak memudaratkan, boleh untuk berpuasa seperti biasa. Yang penting kesihatan ibu, anak yg menyusu serta anak dalam kandungan di utamakan dlu sebab tu ena ber ikhtiar untuk kekal sihat dengan makanan tambahan juga.


Ternyata, 


Setelah 12 hari berpuasa, ena tak pernah lagi rasa kering tekak walaupun mengalami batuk2 berkahak sejak hari ke tiga berpuasa. Bibir pon tak kering. ALHAMDULILLAH..


KLIK SINI untuk baca lagi Cabaran 20 hari puasa/raya ENA


jumpe esok untuk topik cabaran  seterusnya
till then,


Read More »
Terima kasih kerana sudi membaca #Cabaran20hari | Resepi Hidangan Sahur Paling Ringkas.

Sunday, 28 June 2015

#Cabaran20hari | Pengalaman Sahur


 

hihi, lucu kan gambar ni. Punye lah susah nk bangun sahur..liat je kan..maklumlah bangun dinihari untuk makan , of cos la tak lalu kan



Assalamualaikum

Bismillah, 


Kali ena ni nak cerita pengalaman bersahur yang tak dapat ena lupakan. Nak flash back dari kecik kang lama sangat..dah boleh terbit buku pulak nti..hihi.. nk stori pengalaman yang ena tak dapat lupa je;)


Pengalaman bersahur sebagai studen 

 

Waktu studen la paling sayu sekali bila tiba bulan Ramadhan..  masa berbuka ok lagi la kan, ada bazar dan kantin/cafe kat kolej di universiti.. tapi masa sahur tu memang pilu sungguh.


so apa pengalaman sahur masa studen ni? walaupun tak dibenarkan masak, tapi kami bawak jugak rice cooker untuk masak..haha... menu kebanyakkan sahur waktu ni ialah roti gardenia dan maggi! ironi nya, kami berselere je;)haha



 


sungguh tidak menyihatkan!


nak buek camano waktu ni takde kesedaran kesihatan lagi. shaklee pon tak kenal lagi waktu ni..so belasah je asal sedap di mulut n kenyang di perut! kah3.


Pengalaman tahun pertama bersahur sebagai isteri




Up sikit gambar 4 tahun lepas, tampak muda remaja je we alls kan..hihi..waktu ni aeisya belom ada lagi..belom wujud lagi;)



Gambar pon tak cantik je, maklumlah masa ni mana ada smart fon/android, kalau tak silap amek guna fon nokia je ni..hoho


Tahun pertama sebagai isteri, kami tinggal di Bintulu, Sarawak, di estet kelapa sawit milik Sime Darby. Suami ena kerja sebagai assistant Manager estet kat situ. Dalam ladang sebesar2 alam tu hanya ada 6 biji rumah je!


Cabaran dan pengalaman yang masih segar dlm ingatan ena  ialah nk bangun masak pagi2 seorang diri. Kadang2 naik seram sejuk tau, yela, dikelilingi ladang kelapa sawit yang tebal. Macam2 bermain di fikiran ni ( yag x elok la)...terasa ada ular la..bayangan2 putih la..haishhh.


pernah tu masak laju2 giler n cepat2 kejut suami makan..ena cakap dah nak abes waktu..sebenarnya ena takut..haha


Dah pulak, masak untuk 2 orang je. nak keluar beli/sahur kat kedai mana ada kedai makan restoren kat situ, paling dekat pon 1 jam perjalanan dengan kereta! so boleh bayangkan how isolated are we on that time..hihi.


Masa tinggal kat estet ni tempoh ena mengumpul segala mak nenek resepi. Semata2 nak makan sedap di bulan puasa, sebab tak ley beli kan..kalau nak beli pon takde, and kalau ada pon tak sma la dengan makanan di semenanjung malaysia.


Sedihnya lauk2 selalu je tak abes. makan berdua je kan.

sekarang dah meriah, sejak pindah ke semenanjung, bersahur pon meriah je, duduk dengan family ramai2 kan;)alhmdulillah.


till then ,



KLIK SINI untuk baca lagi Cabaran 20 hari puasa/raya ENA
Read More »
Terima kasih kerana sudi membaca #Cabaran20hari | Pengalaman Sahur.

Multivitamin Terbaik Untuk Ibu Hamil Kekal Cantik




Assalamualaikum,
Bismillah,

Hari ini ena nak berkongsi satu testimoni power dari salah seorang pengguna tegar shaklee product dalam team Jutawan kami.


Testimoni Lyana ni memang hampir sungguh la dengan ena di mana, ena pon seorang pengidap tekanan darah rendah. Waktu sekolah menengah dulu, selalu je pengsan waktu perhimpunan pagi..hihi...tapi waktu tu tak tahu pon darah rendah walaupun dah berkali2 pitam n pengsan, sehinggalah ena pengsan lagi ketika di universiti..kawan2 bawak g klinik, then baru lah tahu rupanya daku ni ada darah rendah..

So sekarang memang ena ambil 2-3 biji Vita lea sehari. ena perlukan banyak darah untuk support kesihatan ena tambah lagi bulan puasa ni kan, dan nutrisi untuk perkembangan adik aeisya  kat 'dalam' ni yang dah 28 minggu ni;)alhmdulillah


ok untuk harini jom kita baca perkongsian dari Lyana:


==================
Produk yang diambil beliau:
1.Vitalea
===================

VITA-LEA SHAKLEE,

Daily Supplement Pilihan Saya.



Assalamualaikum semua


Happy Tuesday lovelies. Moga Allah permudahkan hari-hari kita semua, juga buka pintu rezeki yang luas buat kita insyaAllah. InsyaAllah untuk minggu nih Lyana nak kerapkan perkongsian #ShakleeEffect kepada diri Lyana sendiri, moga memberi manfaat dan panduan buat awak semua juga.



Untuk hari nih, Lyana nak share dengan awak semua berkenaan supplement Vita-Lea yang kini menjadi pilihan hati Lyana sendiri sejak pregnant nih. Alhamdulillah tergerak juga hati nak consume, sebab Obimin yang Doctor bagi macam tak jalan kat Lyana.



Okayh sebelum nih Lyana pernah cerita kat entry-entry lama, berkenaan dengan masalah tekanan darah rendah yang Lyana alami sejak kecil lagi. Kalau nak tahu, berlarutan tau sebenarnya sampai sekarang malahan makin teruk semasa pregnant. Lyana cepat rasa nak pitam bila lambat makan, keadaan terlampau panas atau badan terlalu penat sebab travel Muar-Pasir Gudang. Just that Lyana perasan yang sejak Lyana amalkan Vita-Lea, alhamdulillah takde lagi dah rasa pening, nak pitam, dan seterusnya boleh sampai ke pengsan. So siapa yang share the same problem macam Lyana nih, meh lah try Vita-Lea nih. Jangan nanti sampai makin teruk baru nak take action yer. Bukan wanita hamil jer boleh consume Vita-Lea nih




Anemia / Low HB/ Low Blood Pressure sangat berbahaya terutama kepada ibu hamil




Kenapa Vita-Lea menjadi antara daily supplement pilihan Lyana sendiri?




Lyana memilih Vita-Lea sebab Vita-Lea nih bertindak sebagai...

- Penambah tenaga
- Pelengkap nutrisi
- Melambatkan proses penuaan
- Stimulasi metabolism
- Melindungi organ
- Membantu mencantikkan kulit wajah, kuku yang licin, rambut yang kuat dari segi akarnya
- Membantu mencegah penyakit tiroid @ beguk



Semuanya terdapat dalam 1 supplement, dengan hanya 1 tablet sehari VITA-LEA SHAKLEE. Kadang-kadang ambil 2 juga bila Lyana tahu yang dalam 1 hari tu activities agak pack (pagi sebiji, malam sebiji).



Another thing.. Syukur sangat pada Allah, sejak consume Vita Lea dari awal pregnancy (nak dekat 3 bulan masa tu) memang HB takde problem and yang paling ketara sekali tang rambut and kuku tu. Rambut gugur memang kurang sangat-sangat, kuku pun nampak tak kusam and tak mudah rapuh. Kalau tak masa mula-mula awal pregnancy tu rambut gugur penuh masa lepas shampoo, kuku pulak tak boleh terlebih panjang sikit senang crack hujung dia macam nak patah! Sakit wooo Thanks to Vita-Lea, both problems reduce and then terus okay sampai sekarang masuk 6 months pregnancy.



Alhamdulillah..


Dari segi tenaga pulak, memang Lyana perasan lepas consume Vita Lea memang badan tak cepat letih and kurang sikit mengantuk. Kulit pun takde masalah sangat, masa awal-awal dulu naik ruam kejap may be sebab perubahan hormon kann masa pregnant nih, Doctor kata it is normal. But then after Lyana consume Vita Lea sekali dengan Vitamin C and ESP, alhamdulillah my skin dah back to normal. Licin jer balik.



Perkongsian Puan Lyana di fb milik beliau:


Yang check up Yana tu Doctor perempuan, chinese. Lumrah laa perempuan kalau bab-bab kecantikan and kulit nih sure dia akan tegur. Yana sendiri kalau nampak orang yang kulit cantik mesti nak tanya dia makan apa, pakai apa 😋😋

Sempat Doctor tu cakap kat ibu, "Your daughter's skin is very flawless ea.. Kulit pun putih gebuu.."

Ibu jawab, "Dia consistent makan supplement Shaklee, more than one year already."

**hehe ibu yang promote Shaklee**

And the Doctor again puji ibu pulak, "You pun looks younger than your age. I thought you kawan dia ke. 47 years old macam baru 30's!"

Hehe Puan Doctor, kitorang satu family semua consume Shaklee. Tak sia-sia bagi ibu consume Vivix, muda sepuluh tahun uols 😘😘

As for me, Yana sepanjang pregnancy nih memang setia dengan ESP, VITAMIN C and VITA LEA. Alhamdulillah, kulit takde problem sejak masuk 2nd Trimester sampai laa nih ❤❤




Meet my kakak.. Eh bukan lah, ni my ibu. Ramai yang cakap muka Lyana dah banyak ikut macam ibu. Dah ada wajah keibuan lah kata nyee.. Yer la sangat, Lyana rasa muka Lyana makin mengembang ade laaa



Okayh.. So siapa sebenarnya yang sesuai ambil Vita Lea nih?

-Pregnant mommies, boleh consume dari awal pregnancy
-Mommies yang anak berderet cepat letih, makan tak terjaga and tak cukup tidur
-Mereka yang ada masalah Low Blood Pressure, cepat rasa pitam
-Mereka yang mudah rasa letih akibat stress kerja, study. Students pun sangat digalakkan tau
-Mereka yang ingin menjaga kesihatan secara keseluruhan sebab Vita Lea nih MULTIVITAMIN & MULTIMINERAL


Berita baik



Kebetulan Promosi dari May-October 2015, sempena  sambutan mutivitamin shaklee yang dah berumur 100 tahun, pihak shaklee bermurah hati untuk memberikan  vita lea secara FREE kepada ahli yang baru mendaftar.

KLIK SINI untuk kelebihan mendaftar sebagai ahli shaklee dengan ena.




Alhmdulillah, ena sendiri tak missed lagi mengambil vita lea pada setiap hari di bulan Ramadhan ini.

Sebarang pertanyaan atau tempahan, bolehla hubungi ena terus ye.

semoga pembaca sekalian dilimpahi rezeki yang banyak serta berkat..aameen.



Your Health and Beauty Consultant


013 357 3153
013 357 3153
013 357 3153
Read More »
Terima kasih kerana sudi membaca Multivitamin Terbaik Untuk Ibu Hamil Kekal Cantik.

Saturday, 27 June 2015

#Cabaran20hari | Erti Puasa Pada Anda


Assalamualaikum

Susulan dari menyahut Cabaran#20hari puasa/Raya ena nak kongsikan rasa hati ena atau erti berpuasa di bulan ramadhan pada ena.


 


Sejak dah besar (dah kawen) ni, mula terasa rindu dan sayu je bila tiba bulan ramadhan. Dulu waktu study takde rasa apa2 sangat. Amalan berpuasa, terawikh dan mengaji Al Quran buat sebab islam suruh dan dah terbiasa dari tahu ke tahun, takde usaha pon nak mendalami atau mengkaji mahupun mneghayati amaln2 tersebut.


Allahu.


Bila dah peringkat dewasa ( kire dewasa la sbb dah beranak pinak pon..hehe), mula rasa Ramadhan sungguh bermakna bukan sekadar tahan lapar  dan dahaga je!



 

Tidak boleh makan atau minum di siang hari ketika berpuasa di bulan Ramadhan!


Erti puasa tu sekadar tak makan tak minum atau sekadar menahan perut dari lapar tapi menahan diri daripada terlalu menurut nafsu atau sikap yang tidak baik.



dengan erti kata lain, jangan puasa perut je tapi kene puasa hati,mulut, mata, hidung, telinga, kaki dan juga tangan! jagalah anggota badan kita daripada mendekati perkara yang membatalkan bukan hanya batal puasa tapi batal iman dan akidah ebagai eorang muslim sejati.


Besar maknanya tu kan?


Hijrah Ramadhan 1436H

Puasa tahun ini ena sertai kumpulan mengaji al quran. Macam tadarus juga lah tapi secara online iaitu di wassap. alhmdulillah hari ke 9 kami dah khatam sekali.. teringat tahun2 lepas, tak pernah berjaya abeskan khatam 1 quran. last pernah khatam seorang diri tahun sebelum hamilkan aeisya.


Selain tu, ena sertai grup sokongan membaca tafsir al quran juga.di Telegram. Fungsi grup ni untuk mengingatkan ahli supaya IQRA' iaitu membaca tafsir Al quran dan bukan hanya baca dalam bahasa Arab. sebab bahasa Arab kita tak faham kan.


Sangat penting untuk kita tahu makna Al Quran so that boleh lah kita mengamalkan isi2 yang di ajar dari AQ.


Semoga hijrah ini berkekalan sehingga lah selepas bulan ramadhan juga..aameen.

Diajar Puasa sejak kecil

Sejak kecil lagi ena dan adik beradik dididik supaya berpuasa. Pernah la skali, masa tu sekolah rendah lagi. Kalau tak silap darjah 3 kot. Ena berpakat dengan jiran2 dan adik2 untuk 'ponteng puasa' dengan hanya 'mencuri' makan buah limau kasturi yang dipertik sendiri dari belakang rumah. Kalau ingat balik macam kelakar je..apa lah sangat buah limau kasturi tu bukans edap pon...dan yg penting tak kenyang pon!


waktu ni tak reti lagi erti puasa yang sebenar!


Ma dan abah ena kerja di ladang.turun dari pagi, petang baru balik. tapi tak pernah ea tengok mereka 'ponteng' puasa sebab penat/letih.


Puasa vs hamil dan menyusukan aeisya


Alhamdulillah, Ramadhan 1436H  2015M jatuh pada saat ketika ena hamil 23 minggu. Besar maknanya tu..sepertimana kakaknya Aeisya Humaira, kali ni si adik pon turut berpuasa dari dalam kandungan ena lagi. Aeisya dlu pon lebih kurang macam ni juga umurnya ketika Ramadhan 1443H ( 3 tahun lepas).


Harapan dan doa ena agar ena di pinjamkan kesihatan yang berpanjangan untuk meneruskan puasa sebulan di bulan ramadhan seperti tahun2 lepas.


Yela, aeisya masih lagi menyusu badan sekarang ni, walaupun umur nya dah pon 2 tahun 9 bulan! anak manja mama ni..hehe

 
Berpuasa dan hamil 6.5 bulan sambil menyusukan aeisya 2 tahun 9 bulan! gambar latest ni.baru amek smalam;)




 
Gambar ena sedang mencuba niqab milik sepupu. saje amek aura..hehe.
 Berpuasa dan menyusukan aeisya 2 tahun 7 bulan  ;)
 


 
Berpuasa ketika menyusukan aeisya 1 tahun 8 bulan. tengok lah lengan aeisya tu, 'doyot' sangat kan..hoho




 
Berpuasa ketika menyusukan aeisya yang berumur 8 bulan



Walaupun hamil dan menyusukan, ena tetap nekad dan menjaga mindset sebaiknya supaya ena dapat menikmati ibadah berpuasa di bulan Ramadhan. Selagi mampu, ena akn berpuasa juga..dah nekad dah;) wanita hamil dan menyusukan dapat rukhsah untuk tinggal puasa kan tapi bila fikir2 orang2 yang sepanjang tahun tak dapat makanan yang cukup apatah lagi berkhasiat, terus rasa bersemangat dan kuat untuk teruskan puasa.



Lagipula, ena tahu tahap kesihatan ena dan ena mampu untuk berpuasa di kala hamil 6 bulan setengah ni.dah ada pengalaman dulu waktu pregnant aeisya, alhmdulillah.


Inilah didikan awal ena kepada baby dalam perut ni..supaya dia kenal erti puasa sebenar. Dan supaya dia tergolong dari kalangan manusia yang kuat dan nekad untuk mengamalkan ajaran Allah, Rasul dan  Al Quran;)aameen


KLIK SINI untuk baca lagi Cabaran 20 hari puasa/raya ENA

till then,
Read More »
Terima kasih kerana sudi membaca #Cabaran20hari | Erti Puasa Pada Anda.

#Cabaran20hari Puasa/Raya 2015

Assalamualaikum

alhmdulillah..

Ena menyahut #Cabaran20hari Puasa/Raya 2015 yang telah di anjurkan oleh rakan blogger. Tujuan untuk mengenal pasti atau menguji ketegaran kita sebagai blogger.


Ena ni baru je nak 'menegarkan' diri sebagai seorang blogger..hihi..so apa salahnya sahut cabaran ni..jadi nak tak nak kenelah hari2 update blog kan!hoho


Cabaran ini akan bermula pada 27 Jun 2015 hinggalah 16 julai 2015.


Ada topik2 harian yang wajib di kupas dlm entry masing2 dengan keyword #Cabaran20hari Puasa/Raya 2015


Rujuk banner di bawah untuk topik2 yang diberikan.



#Cabaran20hari Puasa/Raya 2015 Hari 1-6




  
#Cabaran20hari Puasa/Raya 2015 Hari  7 - 13


 


 
#Cabaran20hari Puasa/Raya 2015  Hari  14-20




Terbuka pada semua blogger dan saguhati akan diberi kepada 10 blogger terawal yang menyertai dan yang berjaya tamatkan cabaran mengikut topik dan tarikh yang diberikan. hadiah nya akan diberitahu kemudian


Apa tunggu lagi?


Jom ramai2 kita join!


Happy blogging to all!



KLIK SINI untuk baca lagi Cabaran 20 hari puasa/raya ENA

Read More »
Terima kasih kerana sudi membaca #Cabaran20hari Puasa/Raya 2015.

2 Tips Mudah Khatam Al Quran di Bulan Ramadhan




"Barangsiapa yang menunjukkan kepada kebaikan, maka ia (orang yang menunjukkannya) akan mendapat pahala seperti orang yang melakukannya." [HR Muslim, 3509]


Assalamualaikum,


Ena mulakan entry kali ni dengan hadis yang menyuruh kita berbuat baik dan menyebarkan kebaikkan seluasnya. Boleh jadi ia adalah asbab untuk kta terlepas dari seksaan api neraka. insyaALLAH.




Sedih sangat sekarang Al Quran kebanyakkan dijadikan hiasan2 je dalam rumah. Ada yang jadikan hantaran perkahwinan tapi lepas kawen, sekali pon tak di baca! Allahu.




Al Quran untuk di baca ( both bahasa Arab dan tafsir nya sekali) dan di amalkan ajaran/panduan nya di dalam kehidupan seharian kita.



Sempena bulan Ramadhan ni, jom la kita sama hidupkan balik bacaan Al quran dalam rumah kita setiap hari dan semoga ia menjadi habit (tabiat) yang susah untuk ditinggalkan pada hari2 selepas Ramadhan juga. insyaALLAH



Hari ini nak share dua tips mudah untuk khatam al Quran terutama di bulan mulia ni, bulan Ramadhan sekurang kurang nya 1 kali.


Khatam Secara Individu





Bulan ramadhan = 30 hari

1 kali khatam Al Quran = 30 juzuk

Jadi, 1 hari = 1 Juzuk Al Quran

***

1 hari = 5 kali solat fardhu

30 juzuk al Quran = 20 muka surat

Jadi, 1 kali solat = 4 muka surat sahaja!

( rujuk gambar di atas, 2 muka surat di baca SEBELUM solat, dan 2 lagi SELEPAS solat)


Mudah kan?

;)

Cara ini lebih mendidik disiplin diri kerana ia dilakukan seorang diri. Harus lah konsisten membaca mengikut jadual yang ditetapkan..Jika termisses bacaan, cepat2 ganti pada bacaan seterusnya.


Contoh, sebelum zohor kita tidak berpeluang membaca al quran, jadi himpunkan bacaan sebelum zohor ke dalam bacaan selepas zohor. Jadi, 4 muka surat perlu di baca selepas zohor.


atau,


termissed bacaan waktu zohor, 4 mukasurat dari waktu zohor perlu di baca pada waktu solat asar. Begitulah seterusnya. terus ganti jangan tangguh lama2 ye.


Khatam Secara Berkumpulan (Tadarus)





Rindu sangat waktu sekolah menengah dulu. Setiap kali bulan ramadhan , sekolah ena pasti meriah dengan grup2 tadarus al Quran di musolla ( surau sekolah)



Cara Berkumpulan ini lebih cepat dan seronok sebenarnya. Mengaji ramai2;) Seorang membaca 1 muka surat, yang lain2 dengar dan betulkan bacaan.


Selain mengaji dalam bahasa Arab, boleh la tambah 1 lagi aktiviti yang melibatkan al Quran pada bulan Ramadhan iaitu membaca tafsir Al quran dalam bahasa yang kita fahami.. contoh enlish atau bahasa Melayu.





Read More »
Terima kasih kerana sudi membaca 2 Tips Mudah Khatam Al Quran di Bulan Ramadhan.

Thursday, 25 June 2015

Kasih Seorang Ayah.



Ada orang tak malu tak puasa la..hehe



Tapi papa terpaksa tebalkan muka belikan some food utk aeisya.

Demi anak kan..rela buat apa saje

Hee...

Petang ni ena  share satu bacaan yang sungguh menusuk qolbu..dapat dari grup wassap family belah suami ena taduamli



PESAN IBU TENTANG AYAH:

Anakku…
Memang ayah tak mengandungmu..
Tapi,
Darahnya mengalir didarahmu. Darinya kau
diwarisi namanya, kedermawanan & kerendahan
hati.
Memang ayah tak melahirkanmu...
Tapi,
Suaranya-lah yang pertama mengantarkanmu
pada Allah ketika kau lahir.
Memang ayah tak menyusuimu...
Tapi,
Dari keringatnyalah setiap suapan yang menjadi
air susumu.
Ayah memang tak menjagaimu setiap saat...
Tapi,
Tahukah kau dalam do’anya tak pernah terlupa
namamu disebutnya.
Tangisan ayah mungkin tak pernah kau dengar...
Kerana,
Dia ingin terlihat kuat agar kau tak ragu untuk
berlindung di lengannya dan dadanya ketika
merasa tak aman.
Pelukan ayahmu mungkin tak sehangat dan
seerat ibu...
Kerana,
Cintaannya dia takut tak sanggup melepaskanmu.
Ayah mu ingin kau kuatkan semangat agar ketika
kami tiada kau sanggup menghadapi semua
sendiri.
Ibu hanya ingin kau tahu...
Bahawa,
Cinta ayah kepadamu sama besarnya seperti
cinta ibu.
Anakku dari dirinya juga terdapat syurga bagimu.
Maka,
Hormati dan sayangi ayahmu.
Kerana,
Ibu adalah tulang rusuk-nya.
Jauh dilubok hatinya dia hanya ingin mampu
membanggakan mu di mata Allah, menjadi
penolong di Padang Mahsyar serta menjadi hijab
dari api neraka.
Berbahagialah yang masih punya ibu & Ayah.
Dan Dia Pun Berdoa "Ya Tuhan, Tugasku Telah
Selesai Dgn Baik..
Bahagiakah Lah Putera Puteri Kecilku Yg Manis
Bersama Pasangannya".
Setelah Itu Ayah Hanya Akan Menunggu
Kedatangan Kita Bersama Cucu-cucunya Yg
Sesekali Dtg Untuk Menjenguk..Dengan Rambut Yg
Memutih Dan Badan Yang Tidak Kuat Untuk
Menjaga Kita..
Itulah Pengorbanan Seorang Ayah.. Apakan Kita
Masih Belum Sedar? Masih memandang
Kemarahan Ayah Itu Alasan Untuk Kita Benci Dia?
Percayalah.. Dia Orang Yang Paling Rindukan Kita
Walaupun Kerinduan Ayah Terhadap Kita Mungkin
Melebihi Kerinduan Ibu Dekat Kita.. Kita Cium Pipi
Ibu, Ayah Hanya Tersenyum Melihat..Tahukah
Kita Yang Kita Telah Berlaku Tidak Adil Terhadap
Ayah? Apakah Ayah Tak Layak Mendapat Ciuman
Sama Yang Kita Berikan Dekat Ibu? Kamu Lupa
Masa Kamu Kecil, Ayah Mendukung Kamu Dan
Mencium Kamu??
JANGAN MENANGIS SELEPAS MEMBACA KISAH
INI , besarnya pengorbanan seorang ayah tidak
dapat dibalas dengan dengan wang dan ucapan
kata-2 , cukup dengan menghargainya, merinduinya, mendoakan untuknya, Al Fatihah selalu untuknya dan ambillah berkat Ayah dan Ibu kamu sebanyak2nya untuk hidup kamu diberkati Allah dan Rasul serta Mursyid... Aminn...
Read More »
Terima kasih kerana sudi membaca Kasih Seorang Ayah..

Raya Giveaway: Jualan Raya Meletop 2015



Assalamualaikum

alhmdulillah , bestnye giveaway raya ni. jom kita join ramai2..mana tahu ada rezeki kan. 

5 orang pemenang bertuah akan menerima rm150 setiap seorang!





Cara2 untuk sertai kontes raya super best ni:


1- Buat entry bertajuk : Raya Giveaway: Jualan Raya Meletop 2015

2- Letak banner (poster) seperti d atas dan link kan ke http://www.nile.com.my/page.php?cd=101

3- Pilih 5 produk dari link tersebut dan muat naik dalam entry di blog anda ( seperti yang ena buat di bawah ni)

4- Email penyertaan anda kepada give_away@nile.com.my berserta dengan butiran berikut:

Subject: Raya Giveaway: Jualan Raya Meletop 2015
URL blog :
Nama Penuh :
No. Telefon :


Tarikh Tutup adalah 11.59 am, 14 Julai 2015 dan pemenang akan diumumkan pada 15 Julai keesokkannya pada jam 4.30 pm.  Pemenang Bertuah akan menerima email dari nile.com.my untuk menuntut voucher,  anda boleh klik di List of Participant & Raya Giveaway Result untuk melihat senarai pemenang bertuah .

Pilihan #1:



Price Meletop: RM14.90
Date: 06/07/2015
Time: start: 2.00pm
Quantity: 140 piece



Pilihan #2:




Price Meletop: RM14.90
Date: 06/07/2015
Time: start: 3.00pm
Quantity: 100 pieces

Pilihan #3:




Price Meletop: RM28.90
Date: 03/07/2015
Time: start: 4.00pm
Quantity: 200 pieces

Pilihan #4:



Price Meletop: RM21.90
Date: 07/07/2015
Time start: 4.00pm
Quantity: 150 pieces

Pilihan #5:



Product: Rider Jacket
Price Meletop: RM33.20
Date: 07/07/2015
Time: start: 11.00am
Quantity: 150 pieces



okie, ini lah 5 pilihan meletup raya ena;)
anda pon pilih tau...rm150 tu banyak tu, boleh la buat beli 5 pilihan  ni kan..rezeki ena sape tahu;)

Jangan lupa: Tarikh Tutup adalah 11.59 am, 14 Julai 2015




Read More »
Terima kasih kerana sudi membaca Raya Giveaway: Jualan Raya Meletop 2015.

Tips SEO: Rujukan Ena untuk Ranking Blog Menggunakan SEO !



Assalamualaikum.



Apa khabar semua.



Pagi ni ena nak kongsi sedikit ilmu blogging. Walaupun ena masih dikira 'baby' dalam dunia blog tetapi ena suka nak berkongsi setiap ilmu baru yang ena dapat. Supaya ena tak lupa..bukankah ilmu yang bermanfaat itu adalah ilmu yang di amalkan dan disebarkan;)



Oh ye sebelum tu, ena ada sediakan step-by-step cara bagaimana untuk membina blog di blogspot. Ia terdiri dari 60 lebih muka surat bergambar dan sesuai untuk orang yang tidak tahu langsung mengenai blog.


Mudah sangat..ena pon belajar online je dan kami sama2 berusaha melebarkan sayap memasarkan produk kami ke medium blog pula..sebelum ni duk main fb je, kadang2 instagram..hehe..



 Tujuan ena buat tutorial ni kerana kesukaran untuk ena mendapatkan tutorial yang LENGKAP untuk orang yang zero knowledge mengenai blog terutama blog untuk online bisnes. Ilmu yang ena dapat ni, ena terjemahkan dalam bentuk tutorial khusus untuk rakan niaga yang baru nk bermula bisnes secara online.



Buat masa sekarang, ena belom uplod lagi tutorial tersebut tetapi ena dah pon berikan secara PERCUMA kepada setiap rakan niaga ena yang bisnes secara online.


ok, back to the point,


SEO


Definisi: 
(Search Engine Optimization)
SEO merupakan teknik yang digunakan untuk menaikkan popularity blog kita dan ia ditentukan dengan cara melihat carta atau ranking pada enjin2 carian seperti Google, Yahoo, Bing dan sebagainya.






Entry ni ringkas sahaja....cuma nak perkenalkan 2 blog yang menjadi rujukan ena untuk ena tingkatkan SEO blog ena ni...ena panggil depan ni Pakar SEO..hihi



Blog Bahasa Melayu, ena suka rujuk blog Tuan Hasrul Hasan dan blog Tuan  Rahmad

Blog Bahasa Inggeris pula ena suka belajar dari blog HelpBlogger


so uols yang juga mahu tingkatkan quality blog masing2, terutama mereka yang membuat bisnes online, boleh la bertandang ke dua blog yang ena suggest atas ni.


till then;


Semoga bermanfaat!



Read More »
Terima kasih kerana sudi membaca Tips SEO: Rujukan Ena untuk Ranking Blog Menggunakan SEO !.

DISCLAIMER

Segala testimoni /penulisan tentang produk yang dikongsi dilaman ini bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit. Pembaca yg mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan.

111 FORMULA MAGNET REZEKI & BEBAS HUTANG!

111 FORMULA MAGNET REZEKI & BEBAS HUTANG!
Jemput klik BANNER utk baca review percuma '111 Formula Rezeki Melimpah Ruah'