Saturday, 27 June 2015

#Cabaran20hari | Erti Puasa Pada Anda


Assalamualaikum

Susulan dari menyahut Cabaran#20hari puasa/Raya ena nak kongsikan rasa hati ena atau erti berpuasa di bulan ramadhan pada ena.


 


Sejak dah besar (dah kawen) ni, mula terasa rindu dan sayu je bila tiba bulan ramadhan. Dulu waktu study takde rasa apa2 sangat. Amalan berpuasa, terawikh dan mengaji Al Quran buat sebab islam suruh dan dah terbiasa dari tahu ke tahun, takde usaha pon nak mendalami atau mengkaji mahupun mneghayati amaln2 tersebut.


Allahu.


Bila dah peringkat dewasa ( kire dewasa la sbb dah beranak pinak pon..hehe), mula rasa Ramadhan sungguh bermakna bukan sekadar tahan lapar  dan dahaga je!



 

Tidak boleh makan atau minum di siang hari ketika berpuasa di bulan Ramadhan!


Erti puasa tu sekadar tak makan tak minum atau sekadar menahan perut dari lapar tapi menahan diri daripada terlalu menurut nafsu atau sikap yang tidak baik.



dengan erti kata lain, jangan puasa perut je tapi kene puasa hati,mulut, mata, hidung, telinga, kaki dan juga tangan! jagalah anggota badan kita daripada mendekati perkara yang membatalkan bukan hanya batal puasa tapi batal iman dan akidah ebagai eorang muslim sejati.


Besar maknanya tu kan?


Hijrah Ramadhan 1436H

Puasa tahun ini ena sertai kumpulan mengaji al quran. Macam tadarus juga lah tapi secara online iaitu di wassap. alhmdulillah hari ke 9 kami dah khatam sekali.. teringat tahun2 lepas, tak pernah berjaya abeskan khatam 1 quran. last pernah khatam seorang diri tahun sebelum hamilkan aeisya.


Selain tu, ena sertai grup sokongan membaca tafsir al quran juga.di Telegram. Fungsi grup ni untuk mengingatkan ahli supaya IQRA' iaitu membaca tafsir Al quran dan bukan hanya baca dalam bahasa Arab. sebab bahasa Arab kita tak faham kan.


Sangat penting untuk kita tahu makna Al Quran so that boleh lah kita mengamalkan isi2 yang di ajar dari AQ.


Semoga hijrah ini berkekalan sehingga lah selepas bulan ramadhan juga..aameen.

Diajar Puasa sejak kecil

Sejak kecil lagi ena dan adik beradik dididik supaya berpuasa. Pernah la skali, masa tu sekolah rendah lagi. Kalau tak silap darjah 3 kot. Ena berpakat dengan jiran2 dan adik2 untuk 'ponteng puasa' dengan hanya 'mencuri' makan buah limau kasturi yang dipertik sendiri dari belakang rumah. Kalau ingat balik macam kelakar je..apa lah sangat buah limau kasturi tu bukans edap pon...dan yg penting tak kenyang pon!


waktu ni tak reti lagi erti puasa yang sebenar!


Ma dan abah ena kerja di ladang.turun dari pagi, petang baru balik. tapi tak pernah ea tengok mereka 'ponteng' puasa sebab penat/letih.


Puasa vs hamil dan menyusukan aeisya


Alhamdulillah, Ramadhan 1436H  2015M jatuh pada saat ketika ena hamil 23 minggu. Besar maknanya tu..sepertimana kakaknya Aeisya Humaira, kali ni si adik pon turut berpuasa dari dalam kandungan ena lagi. Aeisya dlu pon lebih kurang macam ni juga umurnya ketika Ramadhan 1443H ( 3 tahun lepas).


Harapan dan doa ena agar ena di pinjamkan kesihatan yang berpanjangan untuk meneruskan puasa sebulan di bulan ramadhan seperti tahun2 lepas.


Yela, aeisya masih lagi menyusu badan sekarang ni, walaupun umur nya dah pon 2 tahun 9 bulan! anak manja mama ni..hehe

 
Berpuasa dan hamil 6.5 bulan sambil menyusukan aeisya 2 tahun 9 bulan! gambar latest ni.baru amek smalam;)




 
Gambar ena sedang mencuba niqab milik sepupu. saje amek aura..hehe.
 Berpuasa dan menyusukan aeisya 2 tahun 7 bulan  ;)
 


 
Berpuasa ketika menyusukan aeisya 1 tahun 8 bulan. tengok lah lengan aeisya tu, 'doyot' sangat kan..hoho




 
Berpuasa ketika menyusukan aeisya yang berumur 8 bulan



Walaupun hamil dan menyusukan, ena tetap nekad dan menjaga mindset sebaiknya supaya ena dapat menikmati ibadah berpuasa di bulan Ramadhan. Selagi mampu, ena akn berpuasa juga..dah nekad dah;) wanita hamil dan menyusukan dapat rukhsah untuk tinggal puasa kan tapi bila fikir2 orang2 yang sepanjang tahun tak dapat makanan yang cukup apatah lagi berkhasiat, terus rasa bersemangat dan kuat untuk teruskan puasa.



Lagipula, ena tahu tahap kesihatan ena dan ena mampu untuk berpuasa di kala hamil 6 bulan setengah ni.dah ada pengalaman dulu waktu pregnant aeisya, alhmdulillah.


Inilah didikan awal ena kepada baby dalam perut ni..supaya dia kenal erti puasa sebenar. Dan supaya dia tergolong dari kalangan manusia yang kuat dan nekad untuk mengamalkan ajaran Allah, Rasul dan  Al Quran;)aameen


KLIK SINI untuk baca lagi Cabaran 20 hari puasa/raya ENA

till then,
Terima kasih kerana sudi membaca #Cabaran20hari | Erti Puasa Pada Anda.

DISCLAIMER

Segala testimoni /penulisan tentang produk yang dikongsi dilaman ini bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit. Pembaca yg mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan.

111 FORMULA MAGNET REZEKI & BEBAS HUTANG!

111 FORMULA MAGNET REZEKI & BEBAS HUTANG!
Jemput klik BANNER di atas atau Wassap 0177172868 untuk baca REVIEW PERCUMA (39 m/s) 111 Formula Rezeki Melimpah Ruah