PROMO OCT- HOT SELLING ESP!

Thursday, 18 June 2015

Ibu Hamil dan Menyusukan Anak Juga Boleh Puasa Penuh!


Assalamualaikum 
Bismillah..
masyaALLAH terujanya ena Ramadhan tahun ni.


Rindu sangat dah dengan ramadhan..walaupun terasa baru je ramadhan tahun lepas..hehe


Dah 3 tahun ena berjaya PUASA PENUH , 30 hari sebulan...alhmdulillah, nikmat yang Allah berikan dan kekuatan yang Allah pinjamkan pada ena padahal:


  • Tahun 2012- berpuasa dan hamil 7 bulan

  • Tahun 2013- berpuasa dan menyusukan aeisya 8 bulan

  • Tahun 2014- berpuasa dan menyusukan aeisya 20 bulan ( 1 tahun 8 bulan)

  • dan tahun ini , 2015, ena bakal berpuasa PENUH juga ( insyaALLAH..doa ni.hehe..tolong doakan sama ye..) - berpuasa dan hamil 6 bulan serta menyusukan aeisya 2 tahun 9 bulan!


Ena bersungguh-sungguh nekad nak berpuasa juga walaupun ada rukhsah ( kemudahan yang Allah kurniakan kepada orang tertentu yg dibolehkan berbuka puasa).. Suami dan keluarga tak yah cakap lah, selang sejam tanya ena ok ke..hihi.kalau tak ok, berbuka lah tak apa..alhmdulillah orang2 sekeliling yang sangat2 caring dan loving.hee.


Namun ena tak jadikan rukhsah itu satu alasan untuk ena tinggal puasa di bulan yg Mulia bulan Ramadhan. kerana bagi ena, puasa di bulan Ramadhan adalah SAMA SEKALI TIDAK SAMA dengan qadha' puasa di bulan2 lain..tak sama FEEL NYA.gittew...hee



"Kalau kamu tahu kelebihan Ramadhan nescaya kamu mahu sepanjang tahun adalah Ramadhan.." Maksud Hadith

tapiiiii tidak juga membahayakan diri dengan MEMAKSA DIRI untuk berpuasa padahal tidak mampu. kita kenal diri kita kan. masing2 kenal diri dan tahap kemampuan diri masing2. Allah tak suka orang2 yang zalim atau meletakkan sesuatu bukan di tempatnya..mudah cakap, orang yang suka membinasakan atau merosakkan diri sendiri.


'dan jangan kamu membunuh diri kamu (an -nissa' 4:29)
'dan jangan kamu mencampakkan diri ke dalam kebinasaan (al baqarah 2: 195)


Meh ena kongsikan tips bagaimana ena boleh puasa penuh lagi BERTENAGA semasa hamil dan menyusukan.. ( yela, time hamil dan menyusukan anak, takde datang bulan kan..kalau yang datang bulan tu...ABC- allah bagi cuti..so silalah 'bercuti' dari berpuasa ye;)



Tips Berpuasa Untuk Ibu Hamil dan Menyusukan Anak


Mindset



Ketika Hamil dan menyusukan anak, ena memang TAK PERNAH  PUASA pada bulan2 sebelum Ramadhan iaitu Rejab dan Syaaban. pernah dengar kan, tips utk berpuasa Ramadhan ialah melatih diri berpuasa pada bulan rejab dan syaaban dulu. Maklumlah ena tak tinggal puasa kan, tu yang liat sikit nak puasa tu ( ni tak bagus ni..sila jangan tiru..boleh je nak puasa sunat kannn..)


tapi ena katakan pada diri, insyaALLAH ena KUAT dan boleh berpuasa seperti orang2 lain malah lebih BERTENAGA lagi ketika Ramadhan. Ena tak pernah meragui kekuatan yang Allah kurniakan pada diri ena dan setiap wanita. 

Kata-kata positif ni sedikit sebanyak menyuntik semangat dan KEKUATAN luar biasa dalam diri ena. dan memang benar , APA YANG KITA FIKIR ITU LAH YANG KITA TARIK BERLAKU KEPADA KITA.


Jangan fikir penat atau lapar. bila terasa lapar ..ingat bali mereka yang diuji sepanjang tahun tidak mendapat makanan yang berkhasiat seprti orang2 di Somalia atau negara2 yang sedang berlaku peperangan. 


Banyak istirehat




Bukanlah bermakna selepas subuh, kita tidur je sehingga waktu magrib. Ena masih melakukan kerja2 rumah, masak, basuh baju, uruskan anak malah boleh bisnes lagi MENJANA INCOME dari rumah.


Banyakkan istirehat bermaksud, jangan PAKSA DIRI buat kerja2 yang memenatkan..contohnya bagi surirumah, aktiviti mengemas rumah, mengemop, mencuci toilet dan basuh baju boleh dilakukan pada waktu malam!  pandai2 la susun kerja2 seharian kita ye. Ingat, awak tu hamil/menyusukan anak dan sedang berpuasa;)


Tidur qailullah- tidur lah sekejap 30 minit sebelum zohor. tidur waktu ini dikatakan, 1 minit bersamaan 1 jam!..sunnah tau..dan antara khasiat qailullah ialah mudah untuk bangun bertahajud. cubalah!



Bagi yang bekerja pula, ena sarankan, gunakan waktu 'coffee break' untuk ke surau menunaikan solat dhuha ..insyaALLAH badan akan 'reenergize' semula. pada waktu lunch pula, selepas solat zohor, baring la kejap di surau..tidur sekejap, tak perlu lama..dalam 20 minit pon ok dah.


Sebelah petang pula, dalam jam 3 petang, pergi la toilet untuk mencuci muka. insyaALLAH anda akan terasa lebih segar. 


Pemilihan Nutrisi dan Pemakanan yang Baik dan Betul



Part ni paling kritikal sekali. Nutrisi yang betul dan berkhasiat memberi IMPAK BESAR kepada performance ibu hamil dan menyusukan anak ketika siang hari di bulan Ramadhan.


Ingat, jangan sesekali skip sahur ye.


“Pembeza antara puasa kita dan puasa Ahli Kitab adalah makan sahur”. (Riwayat Muslim).

“Bersahurlah, sesungguhnya pada sahur itu ada keberkatan”. (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)


So tak mahu malas2, wajibkan diri bangun dinihari (waktu sahur) untuk mengamalkan dan menghidupkan sunnah sambil menyediakan badan kita dengan nutrisi yang baik dan lengkap untuk kesihatan anak dalam kandungan dan juga anak yang disusukan.


Waktu sahur, ambillah makanan yang memberi tenaga yang berpanjangan sehingga berbuka.



Pakar dan kaunselor penyusuan badan, Jennifer Hor, menyarankan makanan yang mempunyai indeks glicemik (glycemic index - GI) yang rendah. GI ialah unit pengiraan bagi kesan karbohidrat pada tahap gula dalam darah


Karbohidrat yang terurai dengan cepat semasa penghadaman mempunyai GI yang tinggi manakala karbohidrat yang terurai lebih lambat dan melepaskan glukosa secara beransur-ansur ke dalam darah mempunyai GI yang rendah. Makanan yang rendah GI termasuk banyak jenis sayur-sayuran dan kekacang, kacang pis, mi dan nasi. 


Makanan yang GI rendah ni sangat amatlah sesuai untuk mereka yang mengidap diabetes atau ibu hamil yang ada history ahli keluarga mengidap diabetes. so better prevent awal2.


Ena kongsikan suplimen penting yang wajib di ambil oleh setiap ibu hamil dan menyusukan anak di bulan Puasa.




Ena memilih suplimen Energizing Soy Protein sebagai sumber tenaga berpanjangan di bulan puasa. 




Siap ada kajian tau. PD terbukti mengekalkan kandungan elektrolit dalam badan di sepanjang hari berpuasa. 


Jangan terliur plak ye.. hehe..rasa oren sebenar, tanpa perisa, perasa dan pewarna tiruan!




Meal shakes merupakan suplimen yang tinggi fiber yang membantu ibu hamil dan menyusukan anak mnegekalkan tenaga di tahap optimum sepanjang berpuasa.



Bukan ena sorang je tau yang hamil dan menyusukan anak tapi KEKAL BERTENAGA ketika berpuasa. jom layan video ni. pengakuan ikhlas dari seorang pengamal suplimen shaklee ketika hamil.. ternyata kehamilan keempat beliau ni BERBEZA  dari 3 orang kakak abangnya.





KLIK SINI untuk lebih testimoni KEKAL BERTENAGA berpuasa di bulan Ramadhan

Hubungi ena untuk konsultasi pengambilan suplimen kekal BERTENAGA di bulan puasa.

till then ;)

Your Health and Beauty Consultant:
013 357 3153
013 357 3153
013 357 3153
013 357 3153
013 357 3153


Terima kasih kerana sudi membaca Ibu Hamil dan Menyusukan Anak Juga Boleh Puasa Penuh!.

DISCLAIMER

Segala testimoni /penulisan tentang produk yang dikongsi dilaman ini bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit. Pembaca yg mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan.

111 FORMULA MAGNET REZEKI & BEBAS HUTANG!

111 FORMULA MAGNET REZEKI & BEBAS HUTANG!
Jemput klik BANNER di atas atau Wassap 0177172868 untuk baca REVIEW PERCUMA (39 m/s) 111 Formula Rezeki Melimpah Ruah