PROMO OCT- HOT SELLING ESP!

Sunday, 28 June 2015

#Cabaran20hari | Pengalaman Sahur


 

hihi, lucu kan gambar ni. Punye lah susah nk bangun sahur..liat je kan..maklumlah bangun dinihari untuk makan , of cos la tak lalu kan



Assalamualaikum

Bismillah, 


Kali ena ni nak cerita pengalaman bersahur yang tak dapat ena lupakan. Nak flash back dari kecik kang lama sangat..dah boleh terbit buku pulak nti..hihi.. nk stori pengalaman yang ena tak dapat lupa je;)


Pengalaman bersahur sebagai studen 

 

Waktu studen la paling sayu sekali bila tiba bulan Ramadhan..  masa berbuka ok lagi la kan, ada bazar dan kantin/cafe kat kolej di universiti.. tapi masa sahur tu memang pilu sungguh.


so apa pengalaman sahur masa studen ni? walaupun tak dibenarkan masak, tapi kami bawak jugak rice cooker untuk masak..haha... menu kebanyakkan sahur waktu ni ialah roti gardenia dan maggi! ironi nya, kami berselere je;)haha



 


sungguh tidak menyihatkan!


nak buek camano waktu ni takde kesedaran kesihatan lagi. shaklee pon tak kenal lagi waktu ni..so belasah je asal sedap di mulut n kenyang di perut! kah3.


Pengalaman tahun pertama bersahur sebagai isteri




Up sikit gambar 4 tahun lepas, tampak muda remaja je we alls kan..hihi..waktu ni aeisya belom ada lagi..belom wujud lagi;)



Gambar pon tak cantik je, maklumlah masa ni mana ada smart fon/android, kalau tak silap amek guna fon nokia je ni..hoho


Tahun pertama sebagai isteri, kami tinggal di Bintulu, Sarawak, di estet kelapa sawit milik Sime Darby. Suami ena kerja sebagai assistant Manager estet kat situ. Dalam ladang sebesar2 alam tu hanya ada 6 biji rumah je!


Cabaran dan pengalaman yang masih segar dlm ingatan ena  ialah nk bangun masak pagi2 seorang diri. Kadang2 naik seram sejuk tau, yela, dikelilingi ladang kelapa sawit yang tebal. Macam2 bermain di fikiran ni ( yag x elok la)...terasa ada ular la..bayangan2 putih la..haishhh.


pernah tu masak laju2 giler n cepat2 kejut suami makan..ena cakap dah nak abes waktu..sebenarnya ena takut..haha


Dah pulak, masak untuk 2 orang je. nak keluar beli/sahur kat kedai mana ada kedai makan restoren kat situ, paling dekat pon 1 jam perjalanan dengan kereta! so boleh bayangkan how isolated are we on that time..hihi.


Masa tinggal kat estet ni tempoh ena mengumpul segala mak nenek resepi. Semata2 nak makan sedap di bulan puasa, sebab tak ley beli kan..kalau nak beli pon takde, and kalau ada pon tak sma la dengan makanan di semenanjung malaysia.


Sedihnya lauk2 selalu je tak abes. makan berdua je kan.

sekarang dah meriah, sejak pindah ke semenanjung, bersahur pon meriah je, duduk dengan family ramai2 kan;)alhmdulillah.


till then ,



KLIK SINI untuk baca lagi Cabaran 20 hari puasa/raya ENA
Terima kasih kerana sudi membaca #Cabaran20hari | Pengalaman Sahur.

DISCLAIMER

Segala testimoni /penulisan tentang produk yang dikongsi dilaman ini bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit. Pembaca yg mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan.

111 FORMULA MAGNET REZEKI & BEBAS HUTANG!

111 FORMULA MAGNET REZEKI & BEBAS HUTANG!
Jemput klik BANNER di atas atau Wassap 0177172868 untuk baca REVIEW PERCUMA (39 m/s) 111 Formula Rezeki Melimpah Ruah