Saturday, 27 June 2015

2 Tips Mudah Khatam Al Quran di Bulan Ramadhan




"Barangsiapa yang menunjukkan kepada kebaikan, maka ia (orang yang menunjukkannya) akan mendapat pahala seperti orang yang melakukannya." [HR Muslim, 3509]


Assalamualaikum,


Ena mulakan entry kali ni dengan hadis yang menyuruh kita berbuat baik dan menyebarkan kebaikkan seluasnya. Boleh jadi ia adalah asbab untuk kta terlepas dari seksaan api neraka. insyaALLAH.




Sedih sangat sekarang Al Quran kebanyakkan dijadikan hiasan2 je dalam rumah. Ada yang jadikan hantaran perkahwinan tapi lepas kawen, sekali pon tak di baca! Allahu.




Al Quran untuk di baca ( both bahasa Arab dan tafsir nya sekali) dan di amalkan ajaran/panduan nya di dalam kehidupan seharian kita.



Sempena bulan Ramadhan ni, jom la kita sama hidupkan balik bacaan Al quran dalam rumah kita setiap hari dan semoga ia menjadi habit (tabiat) yang susah untuk ditinggalkan pada hari2 selepas Ramadhan juga. insyaALLAH



Hari ini nak share dua tips mudah untuk khatam al Quran terutama di bulan mulia ni, bulan Ramadhan sekurang kurang nya 1 kali.


Khatam Secara Individu





Bulan ramadhan = 30 hari

1 kali khatam Al Quran = 30 juzuk

Jadi, 1 hari = 1 Juzuk Al Quran

***

1 hari = 5 kali solat fardhu

30 juzuk al Quran = 20 muka surat

Jadi, 1 kali solat = 4 muka surat sahaja!

( rujuk gambar di atas, 2 muka surat di baca SEBELUM solat, dan 2 lagi SELEPAS solat)


Mudah kan?

;)

Cara ini lebih mendidik disiplin diri kerana ia dilakukan seorang diri. Harus lah konsisten membaca mengikut jadual yang ditetapkan..Jika termisses bacaan, cepat2 ganti pada bacaan seterusnya.


Contoh, sebelum zohor kita tidak berpeluang membaca al quran, jadi himpunkan bacaan sebelum zohor ke dalam bacaan selepas zohor. Jadi, 4 muka surat perlu di baca selepas zohor.


atau,


termissed bacaan waktu zohor, 4 mukasurat dari waktu zohor perlu di baca pada waktu solat asar. Begitulah seterusnya. terus ganti jangan tangguh lama2 ye.


Khatam Secara Berkumpulan (Tadarus)





Rindu sangat waktu sekolah menengah dulu. Setiap kali bulan ramadhan , sekolah ena pasti meriah dengan grup2 tadarus al Quran di musolla ( surau sekolah)



Cara Berkumpulan ini lebih cepat dan seronok sebenarnya. Mengaji ramai2;) Seorang membaca 1 muka surat, yang lain2 dengar dan betulkan bacaan.


Selain mengaji dalam bahasa Arab, boleh la tambah 1 lagi aktiviti yang melibatkan al Quran pada bulan Ramadhan iaitu membaca tafsir Al quran dalam bahasa yang kita fahami.. contoh enlish atau bahasa Melayu.





Terima kasih kerana sudi membaca 2 Tips Mudah Khatam Al Quran di Bulan Ramadhan.

DISCLAIMER

Segala testimoni /penulisan tentang produk yang dikongsi dilaman ini bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit. Pembaca yg mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan.

111 FORMULA MAGNET REZEKI & BEBAS HUTANG!

111 FORMULA MAGNET REZEKI & BEBAS HUTANG!
Jemput klik BANNER di atas atau Wassap 0177172868 untuk baca REVIEW PERCUMA (39 m/s) 111 Formula Rezeki Melimpah Ruah