Tips SEO: Rujukan Ena untuk Ranking Blog Menggunakan SEO !



Assalamualaikum.



Apa khabar semua.



Pagi ni ena nak kongsi sedikit ilmu blogging. Walaupun ena masih dikira 'baby' dalam dunia blog tetapi ena suka nak berkongsi setiap ilmu baru yang ena dapat. Supaya ena tak lupa..bukankah ilmu yang bermanfaat itu adalah ilmu yang di amalkan dan disebarkan;)



Oh ye sebelum tu, ena ada sediakan step-by-step cara bagaimana untuk membina blog di blogspot. Ia terdiri dari 60 lebih muka surat bergambar dan sesuai untuk orang yang tidak tahu langsung mengenai blog.


Mudah sangat..ena pon belajar online je dan kami sama2 berusaha melebarkan sayap memasarkan produk kami ke medium blog pula..sebelum ni duk main fb je, kadang2 instagram..hehe..



 Tujuan ena buat tutorial ni kerana kesukaran untuk ena mendapatkan tutorial yang LENGKAP untuk orang yang zero knowledge mengenai blog terutama blog untuk online bisnes. Ilmu yang ena dapat ni, ena terjemahkan dalam bentuk tutorial khusus untuk rakan niaga yang baru nk bermula bisnes secara online.



Buat masa sekarang, ena belom uplod lagi tutorial tersebut tetapi ena dah pon berikan secara PERCUMA kepada setiap rakan niaga ena yang bisnes secara online.


ok, back to the point,


SEO


Definisi: 
(Search Engine Optimization)
SEO merupakan teknik yang digunakan untuk menaikkan popularity blog kita dan ia ditentukan dengan cara melihat carta atau ranking pada enjin2 carian seperti Google, Yahoo, Bing dan sebagainya.






Entry ni ringkas sahaja....cuma nak perkenalkan 2 blog yang menjadi rujukan ena untuk ena tingkatkan SEO blog ena ni...ena panggil depan ni Pakar SEO..hihi



Blog Bahasa Melayu, ena suka rujuk blog Tuan Hasrul Hasan dan blog Tuan  Rahmad

Blog Bahasa Inggeris pula ena suka belajar dari blog HelpBlogger


so uols yang juga mahu tingkatkan quality blog masing2, terutama mereka yang membuat bisnes online, boleh la bertandang ke dua blog yang ena suggest atas ni.


till then;


Semoga bermanfaat!



Post a Comment

0 Comments