6 Cara Atasi Sakit Ketika Hampir Nak Bersalin ('Labor Contraction')



Assalamualaikum


Hello Mommies!


Apa khabar? minggu ni ena dah masuk 36w. dah mula rasa kelainan pada tubuh terutama bahagian perut. Walaupun ini adalah kelahiran kedua, rasa berdebar-debar tu tetap ada juga.


Sebelum ni ena pernah berkongsi 7 TIP MUDAH BERSALIN.


Kali ini, Ena kongsikan 5 cara lagi untuk atasi tanda-tanda (kontraksi )  hampir-hampir nak bersalin ( ketika dalam wad):



POSISI IBU



Jangan baring secara terlentang kerana berat bayi akan memberi beban yang besar pada tulang belakang dan mengganggu aliran darah. keadaan ini menyebabkan kontraksi makin teruk. Posisi yang sesuai  ketika ini ialah duduk BERSANDAR tegak atau mengadap ke hadapan. Boleh juga sesekali baring secara MENGIRING.


TUKAR FOCUS

Cuba untuk tidak fokus kepada sakit dengan cara banyakkan bergerak atau berjalan terutama ketika di wad. Pergi la ke sudut-sudut bacaan di softboard atau dinding-dinding dalam hospital 
Kaedah banyak bergerak ini untuk mempercepatkan bukaan serviks dan dapat mengurangkan rasa sakit. 


ELAK BADAN DEHYDRATED 


Minum banyak air untuk mengelakkan sel-sel badan kekeringan air. Kekurangan air akan  mengganggu fungsi sel tersebut. Akibatnya rahim tidak megecut dengan cekap. 


Kebiasaannya, ibu-ibu yang sedang berhadapan dengan sakit kontraksi nak berslain ni tak lalu nk makan atau minu. Cadangan ena, minum minuman ISOTONIK..tapi jangan pilih yang tinggi gula dan berkarbonat pula seperti yang terdapat di pasaran sekarang. 


Minumlah minuman isotonik yang berasaskan bahan semulajadi, terbukti selamat, halal, bebas gula dan berkesan mengekalkan hidrasi dalam badan iaitu Performance Drink




MAKAN 



Biasanya dalam keadaan begini, ibu-ibu tidak akan rasa lapar atau kurang minat terhadap makanan. tapi untuk pastika badan bertenaga ketika proses bersalin, ena cadangkan makan sedikit makanan seperti kurma, biskut atau boleh lah ambil nestum yang dicampur dengan Energizing Soy Protein. Minta tolong suami atau sesiapa yang temankan anda ketika di wad.



TEKNIK PERNAFASAN YANG BETUL



Bernafas dengan perlahan-lahan dan relaks atau tenang.


Caranya: tarik nafas menggunakan HIDUNG dan hembus menggunakan MULUT. pastikan proses hembusan nafas lebih panjang dari tarikan nafas.


Bagi umat islam, boleh la BERZIKIR  dan selang selikan dengan teknik pernafasan ni. 


antara zikir yang boleh diamalkan ialah:





URUTAN RINGAN


Minta bantuan suami atau ibu atau sesiapa sahaja yang menemai anda di wad untuk mengurut perlahan-lahan di bahagian belakang anda.



****



5 tips ini semoga dapat membantu ibu-ibu yang bakal melahirkan anak-anak syurga. yang penting JANGAN PANIK..tenang setenang tenangnya..control minda anda n keep POSITIVE. insyaALLAH ena doakan segalanya aka dipermudahkan;))


dah dapatkan set berpantang yang awesome?

jika belom, hubungi ena untuk konsultasi set berpantang yang luar biasa hebat both untuk pemulihan badan ibu dan penyusuan bayi yang ekslusive!






013 3573153



Post a Comment

6 Comments

  1. trm ksh ena atas perkongsian.. kita beza beberapa hari je kan due.

    ReplyDelete
  2. tq ena ...mg Allah permudahkan urusan bersalin kite smua....

    ReplyDelete
  3. tq atas tips2 ni ena. semoga dipermudahkan proses bersalin ena nanti. InsyaAllah...
    Ain anak ketiga pun tengah berdebar menunggu masa. Dah 38 minggu lebih ni. Setiap pregnancy pun berbeza. :)

    ReplyDelete

Terima Kasih Singgah Komen di Blog Ena..

Semoga kita semua dikurnia rezeki yang banyak serta berkat dan kesihatan yang baik hendaknya

Have a nice day ahead!