5 Review Seikhlas Hati: Pengalaman Sertai Projek Blog Mega Shaklee | Aeinna Musa

Projek Blog Mega Shaklee


5 Review Seikhlas Hati: Pengalaman Sertai Projek Blog Mega Shaklee | Assalamualaikum. Alhamdulillah syukur ke hadrat Ilahi saya berjaya tamatkan cabaran dalam Projek Blog Mega Shaklee selama 2 minggu. Hanya 2 minggu sahaja 'task' yang perlu disiapkan dan itu menjadi 'spark plug' untuk saya dan team aktif semula blog yang dah lama bersawang. 


1. Rezeki dapat join jemaah blogger hebat

        Pada mulanya, saya tidak perasan tentang projek atau cabaran Blog Mega Shaklee yang di anjurkan master upline saya iaitu Master Norita. Downline-downline sayalah (OPE Team) yang perasan terlebih dahulu. Alhamdulillah sebagai satu team yang nak berjaya sama-sama mereka update di group wassap tertutup team OPE Warriors. Rezeki sangat, terus saya daftar dan alhamdulillah terpilih sebagai peserta Blog Mega Shaklee. Bukan calang-calang ye, peserta lain kesemuanya boleh dikatakan blogger hebat dan dah lama membina empyaar bisnes melalui bisnes. Jumlah penyertaan semuanya hampir 200 orang. Terima kasih Master Norita untuk peluang ini! 


2. Berkenalan kawan baru

        Apa yang saya suka sangat dengan Projek Blog Mega Shaklee ni adalah peluang untuk saya mengenali kawan baru dan juga circle baru. Konsep yang diperkenalkan dalam projek kali ini adalah setiap orang diberikan sparring partner di mana kita perlu link kan entry blog kita kepada sparring partner kita sendiri. Sparring partner saya adalah seorang Pensyarah dari Universiti Malaysia Terengganu (UMT) iatu Dr Najihah. Saya perlu masukkan link dari blog Dr Najihah ke entry blog pertama saya iaitu 5 Cara Mudah Melakukan Diet Intermittent Fasting Bagi Pemula . 

        Entry blog pertama saya pula akan berada dalam blog Cik Mila. Apa yang saya nampak dalam projek Blog Mega Shaklee ni, semua orang akan dapat kelebihan di mana masing-masing akan masukkan link entry blog rakan sparring kita. 

        Bagi entry kedua saya iaitu Rahsia Turun 9kg dengan Set Kurus Shaklee pula, peserta diberikan nama sparring yang baru dan entry saya ini di linkkan kepada blog FD Faridah. Apa yang moderator projek Blog Mega Shaklee cuba lakukan adalah untuk membentuk satu rangkaian yang hebat antara blog dengan keyword yang strong seterusnya menjadi 'anchor' di carian google seterusnya akan menaikkan blog-blog peserta projek untuk jangka masa panjang juga. MasyaAllah!


3. Dinobatkan sebagai salah seorang blogger yang menang hadiah premium yang mahal dan berkualiti

       Kesyukuran saya adalah saya telah berjaya dinobat kan sebagai pemenang hadiah exclusive iaitu Nutriferon yang berharga RM198.75, masyaAllah! rezeki besar sangat ni kan. Tak sangka sangat-sangat sebab saingan boleh dikatakan sengit dan blogger yang join sebagai peserta semua hebat-hebat belaka. Penaja Hadiah Projek Blog Mega Shaklee adalah Master Norita di mana beliau  dengan hati yang ikhlas menaja telah 25 botol Vivix, 25 kotak Collagen Plus shaklee dan 25 Nutriferon Shaklee untuk projek Blog Mega Shaklee 1.0 ini.


Kelebihan Nutriferon Shaklee



        Seramai 159 blogger yang berjaya dalam misi Mega Blog Shaklee 1.0 dengan syarat lengkap dan hanya 75 orang yang berjaya dapat hadiah premium. Alhamdulillah, kami sekeluarga memang pengguna tegar Nutriferon shaklee ni. Suka sangat lah bila dapat  nutriferon secara percuma ni.

Testimoni dari suami ena sendiri: Ulser mulut makin berkurang selepas amalkan Nutriferon shaklee




4. Penaja dan moderator yang baik dan berilmu dalam SEO google

        Penaja utama hadiah-hadiah mahal lagi premium adalah Master Norita manakala moderator Projek Mega Blog Shaklee adalah Master Salwa. Master Norita berpengalaman dalam bisnes online (medium blog dan media sosial ) selama 24 tahun lamnya dan kini menjana income 6 angka bersih setia bulan tanpa perlu ada kedai fizikal. 

       Hanya seorang sahaja moderator dalam projek Blog mega Shaklee kali ni. Bayangkan usaha Master Salwa nak sema setiap satu blog peserta seramai hampir 200 orang. Dengarnya beliau  bekerja sampai tengah malam. Subahanallah. 

        Hanya Allah yang mampu membalas jasa-jasa beliau membantu untuk menaikkan empayar shaklee melalui projek Blog Mega Shaklee ini. Master Salwa merupakan seorang guru blogger yang dah mengajar ramai usahawan online membina blog yang diiktiraf dan berdaya saing di google. Alhamdulillah kami sangat bertuah memiliki rakan niaga sehebat Master Salwa yang sentiasa bersemangat tinggi dan positif.


5. Peluang untuk kembangkan networking

    Apa yang kami lakukan dalam Projek Mega Blog Shaklee ini bukan lah untuk kebaikkan jangka pendek semata malah untuk kelestarian blog bagi jangka masa panjang iaitu puluhan tahun. Inilah peluang kami dalam rangkaian Euphoria Team untuk mengembangkan networking dan membina personal branding di google. 

    Projek Mega Blog ini patut diteruskan untuk versi 2.0 kerana terlalu banyak feedback baik yang diterima sepanjang versi 1.0 dijalankan. Alhamdulillah. Jika anda yang sedang membaca entry ini dan ingin menjana income dari rumah atau dari mana anda bersama team yang active seperti kami, hubungi saya, Aeinna Musa sekarang di 0177172868

#shakleethrive2023 # shakleetriumph2023 #blogmegashaklee2023




Post a Comment

2 Comments

Terima Kasih Singgah Komen di Blog Ena..

Semoga kita semua dikurnia rezeki yang banyak serta berkat dan kesihatan yang baik hendaknya

Have a nice day ahead!