5 Cara Mudah Melakukan Diet Intermittent Fasting (IF) Yang Berkesan Bagi Pemula | Aeinna Musa

 






5 Cara Mudah Memulakan Intermittent Fasting Yang Berkesan Bagi Pemula | Boleh dikatakan diet Intermittent Fasting sekarang sangat popular di Malaysia dan juga di luar negara. InsyaAllah dalam entry kali ini saya akan  berkongsi cara mudah bagi pemula untuk melakukan  diet yang sangat 'trending' ini iaitu diet Intermittent Fasting.

    Saya sendiri dah mencuba diet intermittent fasting ini tahun lepas (bermula Julai 2022) dan berjaya turunkan berat badan sehingga 9 kg. MasyaAllah!


Apa itu Diet Intermittent Fasting

Intermittent bermaksud putus-putus atau tidak bersambung. Fasting pula bermaksud puasa. Puasa pula bukan lah sesuatu yang asing bagi kita umat Islam. Umat Islam telah melakukan amalan berpuasa sejak dulu lagi. 

    Apabila digabungkan Intermitent Fasting ia seolah-olah perkara baru dalam hidup kita walhal basic nya juga adalah puasa dan sangat mudah untuk kita melakukan diet 'puasa putus-putus' atau intermittent fasting ini ini. Istilah ini begitu unik dan menarik ramai orang untuk mencuba terutama apabila dikaitkan dengan penurunan berat badan.

    Intermittent Fasting (IF) atau puasa intermiten adalah amalan menjarakkan di antara waktu makan dan waktu tidak makan. IF merupakan perubahan gaya hidup dan corak pemakanan. Menariknya, waktu kita tidur juga dikira sebagai berpuasa kerana tempoh masa hidangan terakhir dengan makan seterusnya dijarakkan lebih lama cuma selama ini kita tidak menggelarnya sebagai puasa. Apabila mendalami maksud dan mengenali apa itu intermittent fasting ini baru lah kita faham, masa tidur juga kita sedang berpuasa!

Baca : Diet Intermittent Fasting

    Bagi pemula yang teruja dengan kebaikkan-kebaikkan Intermittent Fasting ini, sudah pasti tertanya-tanya apa yang patut mereka buat dahulu. Ok jom kita lihat satu-persatu apa yang pemula atau beginner Intermittent fasting perlu lakukan :


1. Betulkan Mindset

    Dalam apa jua tindakan yang kita bakal lakukan, step ini adalah yang paling penting skali. Mereka yang terus buat intermittent fasting tanpa perbetulkan mindset terlebih dahulu tidak mampu untuk konsisten dalam melakukan diet intermittent fasting dalam tempoh yang lama. 

    Salah satu mindset yang saya tanam dalam fikiran adalah saya nak jaga amanah kesihatan fizikal dan mental ni supaya lebih mudah beribadah . Tugas kita sebagai hamba Allah beribadah sepanjang hidup. Jadi sudah tentu intermittent fasting yang banyak kebaikkan pada kesihatan ini kita akan mampu konsisten lama kerana sepanjang hidup kita memerlukan kesihatan yang baik dalam usaha kita beribadah pada Allah. Ada banyak lah mindset-mindset lain yang anda boleh tanam dalam fikiran.

    Buanglah segala pemikiran yang negatif atau tidak membina seperti tidak yakin diri. Kita harus sedar segala nya memerlukan proses jadi terapkan dalam minda bahawa kita seorang yang sabar dan tekun serta konsisten dalam perjalanan kita mengamalkan intermittent fasting untuk sihat.

    InsyaALLAH, jika clear part ni, mudah lah anda nak menjalani amalan atau gaya hidup baru iaitu intermittent fasting.


2. Tetapkan Matlamat

    Jadi, apakah tujuan kita melakukan intermittent fasting? Adakah sekadar mengikut orang atau kita benar-benar ada matlamat dan target yang jelas yang mana kita sangat nekad nak capai beserta 'timeline' yang kita tetapkan.

    Contohnya anda melakukan diet IF atau intermittent fasting untuk turunkan berat badan. Berapa berat badan yang anda nak turun tu dan dalam tempoh berapa lama. Target ni ibarat lokasi yang kita tuju dan pelan perancangan ibarat aplikasi 'waze' yang memandu kita ke arah lokasi yang kita tuju. Jika pelan rancangan hebat tapi tiada arah tuju, itu lah jadi diet 'kelaut' tu hehe. Jangan marah ye, gurau je. 


3. Cari Ilmu

    Mencari ilmu yang betul tentang panduan dan cara melakukan diet intermittent fasting  juga sangat lah  membantu anda untuk menjalani gaya hidup puasa ini dengan lebih baik dan dengan berkesan. Ilmu adalah cahaya, berbeza orang yang buat IF dengan ilmu dan sebaliknya. Contohnya dengan ilmu-ilmu sains di sebalik puasa intermiten ini ia membantu minda kita lebih positif dan tidak mudah give up kerana kita tahu apa kita sedang buat. Kita sedar apa yang kita buat ni akan membuahkan hasil yang baik.

    Selain itu, ilmu yang penting untuk kita dalami dalam menjalani diet intermitent fasting ini juga adalah ilmu pemakanan dan nutrisi. InsyaAllah dengan ilmu ini, kita memaksimakan kesan dan insyaALLAH result juga lebih baik dan cepat. 

    Antara sumber ilmu yang anda boleh dapat tentang intermittent fasting (IF) adalah google, youtube, buku-buku, coach atau kawan-kawan yang telah pon berpengalaman mencuba IF dan mendapat hasil yang baik. 


4. Mula dengan tempoh IF yang pendek

    Mulakan diet intermittent fasting dengan berpuasa 12 jam terlebih dahulu. 12 jam puasa (fasting window) dan 12 jam lagi tempoh anda makan (eating window). Disebabkan teknik 12:12 ni tempoh makan nya panjang jadi dalam pada fasa ini, ambil kira dan ambil berat tentang qualiti makanan. 

  • Elakkan makanan manis seperti kuih muih dan minuman manis
  • Elakkan makanan yang diproses (refined-carbo) seperti nugget, sosej, jajan, burger dan lain-lain.
  • Elakkan makanan yang diperbuat daripada gandum ( gluten) seperti roti dan biskut
  • Limitkan pengambilan karbohidrat seperti nasi dan ubi. Contohnya ambil segenggam sahaja, 2 kali sehari dalam tempoh 12 jam eating-window tu.
  • Lebihkan pengambilan minyak sihat seperti minyak kelapa dna minyak ikan
  • Lebihkan pengambilan protein haiwan seperti daging, kambing, ayam, ikan dan seafood.

 

5. Buat secara berkumpulan

    Point last tapi tidak bermakna ia tidak penting. Nak buat intermittent fasting ni sorang-sorang memang sukar untuk konsisten bertahan lama. Jadi, carilah geng atau kawan yang ada matlamat yang sama dengan kita. Jika anda menyertai komuniti yang sama-sama buat diet IF ni, tentu ada sokongan kumpulan (group support).

    Saya sendiri telah menubuhkan kumpulan sokongan yang sama-sama buat diet intermittent fasting iaitu saya namakan sebagai Geng IF Jelita. Kumpulan ini percuma sahaja jika anda berminat untuk sertai hubungi saya ye di 0177172868.


Sekian perkongsian saya kali ini jumpa lagi next entry. Semoga dipermudahkan urusan kita semua, aameen. Selamat ber- intermittent fasting!


#shakleethrive2023 #shakleetriumph2023 #blogmegashaklee

Post a Comment

0 Comments