Pengalaman Kurus Selepas Bersalin dengan Set Menyusu Shaklee | Aeinna Musa. Bismillahi MasyaAllah. Entry kali ini Ena kongsikan pengalaman ena sebagai ibu yang telah bersalin sebanyak 3 kali, alhamdulillah berjaya kurus semula akhirnya. Namun tidaklah semudah yang disangkan hehe. Berat badan Ena dari 47 kg pernah naik sehingga 75 kg selepas berkahwin. Sangat tak selesa, cepat mengah dan badan cepat penat. Nak solat dan nak buat ibadah pon tak best bila berat badan berlebihan ni. Siapa mengalami je akan faham.
Ramai ibu selepas bersalin seperti ena juga yang mengalami masalah untuk menurunkan semula berat badan. Entry kali ini ena fokuskan kepada ibu menyusu yang nak kuruskan badan. Ada beberapa punca- punca gemuk di kalangan ibu-ibu selepas melahirkan sama ada secara normal atau ceaser. Berikut adalah punca yang berlaku pada ena sendiri dan ena yakin ia adalah faktor yang biasa yang menjadi punca kepada masalah berat badan di kalangan ibu-ibu selepas bersalin dan menyusu badan.
Punca-punca Gemuk Selepas Bersalin
1-Mitos makan untuk 2 orang
Kesilapan yang ena dah lakukan waktu bersalin yang menyebabkan ena sukar turun berat adalah waktu pregnant, tak jaga makan. Konon nya ena fikir makan untuk 2 orang. Padahal itu hanya perasaan dan mitos sahaja. Ibu hamil perlu fokus sahaja pada makan makanan yang seimbang dan berkhasiat. InsyaAllah baby akan dapat kesan dan khasiat dari diet pemakanan ibu. Jadi jangan jadi macam ena sebab dah tersilpa langkah, waktu hamil tidak control makan.
2- Ambil karbohidrat secara berlebihan
Punca gemuk selepas bersalin juga kerana amalan pemakanan kebanyakkan orang asia sendiri iaitu makan nasi atau mee berlebihan. Ada yang mengambil hidangan berat nasi dan mee sebanyak 3 kali sehari dan setiap hidangan sehingga 2-3 pinggan. Amalan ni memakan diri sendiri terutama jika seseorang itu tidak mempunyai gaya hidup yang active contoh nya tidak bersenam. Karbohidrat yang di pecahkan kepada gula yang lebih ringkas dan akhirnya akan ditukarkan kepada tenaga. Tapi in tak berlaku jika badan tak perlukan tenaga. Akhirnya gula ringkas tadi akan disimpan di dalam badan dan membawa kepada penyakit seperti obesitim diabetes dan sebagainya.
3- Metabolisme badan makin menurun apabila meningkat umur
Bagi ibu yang melahirkan anak satu atau dua orang anak, badan masih sihat dan cergas. Berbeza dengan ibu yang melahirkan anak yang ke 3, 4 atau 5 di mana proses penukaran makanan kepada tenaga dah semakin lambat ( metabolisme rendah)
4- Ibu menyusu cepat lapar!
Haa, faktor ni tak dapat nak nafikan. Siapa ada pengalaman menyusukan anak atau pon memang sedang menyusukan anak, tahu lah situasi ni. Ini berlaku kerana menurut satu kajian, ibu yang menyusu badan membaakr 300-500 kalori untuk menghasilkan susu badan sehari. Jika bayi atau anak jenis kerap menyusu, lagi banyak kalori ibu badan ibu terbakar dan ini yang membuatkan ibu menyusu cepat lapar.
5- Kurang air.
Ramai ibu selepas bersalin yang tak berjaya nak kurus sebab tertipu oleh minda sendiri. Ramai yang tak sedar bahawa otak kita tak boleh menafsirkan rasa dahaga tu. Bila kita dahaga, otak menafsirkan bahawa kita lapar. Kalau lapar pon otak tafsir sebagai lapar juga. Jadi macam mana nak tahu kita sebenar nya betul-betul lapar atau cuma dahaga? Cara nya mudah sahaja iaitu setiap kali lapar, minum segelas atau 2 gelas air kosong. Selepas beberapa ketika jika lapar lagi bermakna kita ebtul-betul lapar tapi jika terus takde rssa lapar selepas tu bermakna badan kita kekurang air atau ' dehydrated' je sebenarnya.
Jemput Baca Punca-punca Ibu Gemuk Selepas Bersalin
Pengalaman mahal menyertai Geng Detox demi kurus semula selepas bersalin
Cara ibu menyusu nak kuruskan badan adalah dengan mengetahui punca-punca ibu jadi gemuk dan mencari jalan untuk mengatasinya. Ena nak kongsikan kepada ibu-ibu di luar sana bagaimana akhirnya ena dapat menurunkan sebanyak 9 kg berat badan selepas melahirkan anak walaupun sedang menyusukan anak.
Ceritanya ena menyertai Misi Kempis Geng Detox selepas beberapa siri cubaan untuk detox dan turunkan berat badan sendiri tak menjadi. Memang beza sangat bila kita berada dalam circle yang mempunyai misi dan visi yang sama dengan kita. Semangat untuk menerukan perjuangan sehingga titik akhir tu sentiasa berkobar-kibar dengan galakkan dari Coach Master Dosh dan sokongan peserta-peserta lain.
Recognition dan Hadiah
Syukur Alhamdulillah, daripada 224 peserta yang join, ena merupakan finisher dan mendapat hadiah saguhati untuk projek misi kempis dari Geng Detox yang di adakan pada Ramadhan 2021 haritu. Di bawah ni adalah appreciation post oleh Coach detox kami di facebook beliau sendiri.
Alhamdulillah, melalui anjuran Geng Detox - Geng Sihat Anda, program Projek Kurus #misikempis Siri 3 telah berjaya dilaksanakan dengan jayanya. Objektif program kali ini adalah khusus untuk membantu para peserta menurunkan berat badan secara sihat dan selamat melalui 3 konsep utama:
1) Kawalan makanan
2) Rutin senaman
3) Pengambilan nutrisi.
Tahniah kepada 224 orang peserta yang telah menyertai program ini, dan saya juga mengambil kesempatan untuk memberi pengiktirafan khas kepada para Detox Trainer yang membantu saya mengemudi projek ini.
Tahniah juga kepada 17 orang para pemenang yang berjaya komited sepanjang program dijalankan:
Kurus Selepas Bersalin 3 Orang Anak |
1. Azura Abdul - The BIGGEST WEIGHT LOSER (turun 7.9 kg)
2. Nurul Hidayah - The BIGGEST INCH LOSER (mengecil antara 25 inci seluruh badan)
3. Bazilah - DETOX INFLUENCERS (konsisten sharing menu & detox program di social media)
4. Aeinna Musa - Saguhati
5. Atul Hamid - Saguhati
6. Hanani - Saguhati
7. Arbaeiyah - Saguhati
8. Ghazidi - Saguhati
9. Nasihah - Saguhati
10. Nur Susi - Saguhati
11. Awin - Saguhati
12. Siti - Saguhati
13. Rashidah - Saguhati
14. CikSue- Saguhati
15. Zara - Saguhati
16. Nasihah - Saguhati
17. Nusaibah - Saguhati
Jika anda sebagai ibu yang telah melahirkan atau sedang menyusu badan dan serius nak turunkan berat badan, jemput dengarkan perkongsian ringkas daripada mereka yang berpengalaman di dalam video ini: LIVE jam 3.30 petang 14 Julai 2021(Rabu). Testimoni-testimoni bergambar para peserta juga akan ditayangkan.
Tonton Youtube Live
Tonton Facebook Live:
Cadangan produk Kurus Ibu Selepas Bersalin
Haa, dah tengok sendiri bagaimana ena dan team berjaya menurunkan berat badan walaupun raami antara kami merupakan ibu yang dah banyak kali bersalin tadi dan juga ibu yang sedang menyusukan anak. Sekarang ena nak kongsikan pula cadangan produk atau set kurus khas buat ibu yang menyusu badan.
Berikut adalah 4 jenis pekej yang terdapat dalam Set Kurus Ibu Menyusu
Set Kurus Ibu Menyusu Premium |
Set Kurus Selepas Bersalin (Premium)
- Vivix
- ESP
- Omega Guard
- Alfalfa Complex
- Cinch Tea Mix
Harga Ahli RM 769
- Percuma Keahlian Shaklee
- Free postage
- Jumlah Penjimatan RM236
Harga Retail RM 960
Set Kurus Ibu Menyusu Optimum
Set Kurus Selepas Bersalin (Optimum)
- ESP
- Omega Guard
- Alfalfa Complex
- Cinch Tea Mix
Harga Ahli RM 389
- Percuma Keahlian Shaklee
- Free postage
- Jumlah Penjimatan RM141
Harga Retail RM 485
Set Kurus Ibu Menyusu Popular
Set Kurus Selepas Bersalin (Popular)
- ESP
- Omega Guard
- Alfalfa Complex
Harga Ahli RM 389- Jumlah Penjimatan RM 70
Harga Retail RM 485
Set Kurus Ibu Menyusu Basic |
Set Kurus Selepas Bersalin (Basic)
Basic A
- ESP
- Omega Guard
Harga Ahli RM 248- Jumlah Penjimatan RM 70
Harga Retail RM 307
Basic B
- ESP
- Alfalfa Complex
Harga Ahli RM 185- Jumlah Penjimatan RM 70
Harga Retail RM 228
Basic C
- Omega Guard
- Alfalfa Complex
Harga Retail RM 213
Harga Ahli RM 165
- Jumlah Penjimatan RM 70
Jemput Baca Manfaat setiap produk dalam Set Kurus
Jangan lupa hubungi ena untuk ena guide cara makan set kurus shaklee untuk ibu menyusu yang nak turunkan berat badan.
Kenapa anda perlukan Set Kurus Ibu Menyusu Shaklee ini?
- Set Kurus ini dah terbukti selamat dan berkesan
- Sesuai untuk ibu menyusu badan selepas bersalin Ceaser atau Czer
- Sesuai untuk ibu menyusu badan selepas bersalin normal
- Tidak memudharatkan bayi yang disusukan
- Tidak mengurangkan qualiti dan quantiti susu badan malah memeriahkan lagi susu badan.
- Harga berpatutan dan tahan untuk penggunaan lama (1-2 bulan)
- Bayi cepat kenyang.
Berita Baik!
Ena nak berikan discount sehingga 20% kepada anda dan anda berpeluang menikmati cash rebate bulanan sepanjang hayat!
Terima kasih kerana membaca Pengalaman Kurus Selepas Bersalin dengan Set Menyusu Shaklee | Aeinna Musa. Baarokallahufiikum.
0 Comments
Terima Kasih Singgah Komen di Blog Ena..
Semoga kita semua dikurnia rezeki yang banyak serta berkat dan kesihatan yang baik hendaknya
Have a nice day ahead!