Saturday, 5 September 2015

64 Tips Blogger Hebat




Assalamualaikum,


ena nk kongsi 64 Tips Menjadi Seorang Blogger Hebat, ni ena ambil dari satu blog ni semasa blogwalking tadi.


jom kita lihat apa tipsnya:

  • Jika belum ada blog, daftar dulu PERCUMA dengan blogger. 5 Minit jer pasti siap.

  • Gunakan blogger sebagai platform. Nak guna Wordpress pun boleh, tapi kalau masih baru baik guna blogger jer... mudah dan mesra alam..

  • Beli nama domain (beli siap-siap baru blog korang nampak profesional)

  • Mana nak beli domain? Boleh beli dengan NETKL - Service diorang TERBAIK setakat ni lah... (kalau tak pandai boleh mintak tolong blogge-blogger otai...bayar RM10 jer.. diorang boleh bantu)..ena ada kongsi satu link beli DOMAIN MURAH, klik SINI ye.

  • Kalau korang tak nak beli domain pun tak dak masalah... ok jer... tapi URL korang ada "dot.blogspot"

  • Belajar selok belok blogspot (Search di Google - "tips Blogspot" bersepah panduan macam mana nak guna blogspot ni. Ena suka RUJUK SINI dan SINI  untuk tips blogging;)

  • Sebagai permulaan, post entry sekerap yang mungkin. Kalau bole setiap hari sehari.

  • Mulakan blog anda sekurang-kurangnya 8 - 10 entry.

  • Jangan tulis diari pendek. Tetapi tulis artikel macam mana karangan sekolah rendah dulu-dulu. (mesti korang masih ingat - ada pendahuluan > isi kandungan > penutup)

  • Buat satu page yang bernas dan ringkas tentang diri korang. (supaya pembaca kenal penulis yang hidup, bukannya robot) "About me"

  • Buat satu lagi page untuk pembaca hubungi "contact page" (sekurang-kurangnya email dan no fon)

  • Sebaiknya senaraikan entry post yang korang nak tulis. (Tajuk-tajuk supaya mudah korang mengarang)

  • Tulis untuk pembaca mudah membaca, bukan artikel yang syok sendiri dengan bahasa kiasan yang korang sendiri pening untuk tafsir kan.

  • "Content is not King" tetapi memberi faham itu paling penting.

  • Jangan meniru atau "copy and paste" blog orang lain.

  • Sertai mana-mana blog network atau forum. Dalam facebook banyak fanpage yang mempunyai ramai blogger-blogger berkumpul. Contohnya DENAIHATI NETWORK.

  • Tulis artikel "Power" dengan jiwa.roh.hati. (kerana pembaca akan membaca dengan hati juga)

  • Jangan mengkritik orang lain, kerana setiap kita punya kelebihan masing-masing.

  • Baca blog-blog berjaya sebanyak mana mungkin (memudahkan korang dapat idea)

  • Kemudian, pilih blog-blog hebat yang sesuai dengan cara penulisan korang sebagai mentor.

  • Jangan terlampau banyak gadget merapu di blog korang, terutama banner-banner iklan yang menyemakkan mata memandang.

  • Jemput orang lain untuk turut sama menjadi penulis di blog korang. Kalau boleh, bayar la setiap entry post yang diorang tulis. (Bukan senang untuk mengarang artikel)

  • Senaraikan 30 Blog Hebat yang sama niche dengan korang untuk komen, berhubung, dan jadi penulis jemputan.

  • Setiap hari, hantar komen korang ke setiap 30 blog hebat tersebut.

  • Baca blog mereka untuk dapatkan inspirasi. (baca betul-betul, bukannya skip dan terus komen)

  • Setiap artikel yang korang post mestilah sekurang-kurangnnya 300 hingga 350 patah perkataan. (Supaya google menganggap artikel anda berkualiti)

  • Gunaan RSS subscriptions. (bahasa mudahnya, PENTING supaya pembaca mendaftarkan email mereka untuk dapatkan kemaskini dari blog korang) Tak faham search google.

  • Untuk menambah ilmu, beli ebook atau download video youtube "Panduan Menulis Blog?"

  • Gunakan Google keyword tool. (sangat penting supaya artikel yang korang tulis bertepatan dengan kehendak pembaca - mesra SEO) - search google lagi kalau nak cara guna GOOGLE KEYWORD TOOL.

  • Gunakan juga "Google Analytics" (mudah korang nak semak jumla tepat pembaca yang berkunjung ke blog korang)

  • Semak dan baiki artikel korang sebelum "publish to public" (gunakan fungsi draft dalam dashboard blogspot)

  • Gunakan fungsi "Tags" untuk setiap entry post korang. Sekurang-kurangnya 3.

  • Dalami dan pelajari ilmu tentang asas (SEO - Search Engine Optimizer) Juga search dalam google banyak diterangkan.

  • Kalau ada benda percuma boleh lah tawarkan kepada pembaca yang paling banyak komen untuk membina jaringan dan bertinteraksi. (Nak mudah bagi duit kepada tukang komen paling banyak)

  • Set dalam minda, korang ada adalah Blogger Hebat. Kerana blogger hebat lain juga bermula dari bawah.

  • Berkawan dengan ramai blogger dan tanya tips dari mereka.

  • Sertai pertandingan atau segmen-segmen yang dianjurkan oleh blogger lain untuk membina brand blog korang.

  • Promosikan setiap artikel yang telah korang post di laman-laman sosial seperti facebook, tweeter, tumblr dan lain-lain.

  • Ping blog korang di busuk.org dan blogr.my

  • Minta pandangan pembaca tentang design dan kehendak pembaca. (Apa yang mereka mahu)

  • Jadikan menulis blog sebagai kerja sambilan di rumah. Ingat! Bukan sekadar menulis diari harian sahaja. Anggap menulis artikel itu adalah kerja dan hobi serentak.

  • Cuba jadikan pengunjung blog anda sebagai pembaca dengan cara berbicara melalui artikel yang ada tulis.

  • Cara saya tulis artikel mudah. Kalau nak ikut, bergantunglah. (Saya ada maklumat untuk dibuat artikel. Saya tulis pendahuluan, isi dan penutup. Kemudian saya tukar semua sekali dalam bentuk perbualan. Seolah-olah sedang bersembang minum kopi dengan anda semua. Simple kan?)

  • Submit blog url anda kepada "Search Engine seperti google, bing, yahoo, dan banyak lagi)

  • Tidak perlu sempurna dalam menulis artikel korang. Tetapi cuba jadikannya unik, bernilai dan membantu ramai orang diluar sana yang mencari maklumat.

  • Berkongsilah apa yang ada anda. apa yang anda tahu. Kerana ilmu yang dikurnia itu adalah untuk diamal dan dikongsikan bersama-sama.

  • Bina jenama anda sendiri.

  • Sebulan sekali backup blog anda. (anda fungsi backup di bahagian dashboard blogspot). Ia sangat penting sekiranya berlaku apa-apa yang tidak diingini.

  • Fokus kepada menghasilkan artikel yang berkualiti. Jangan lagi fokus nak buat duit pada peringkat permulaan ini.

  • Lawati blog-blog lain dan letakkan link blog mereka dalam blog anda. Ia dipanggil backlink. Sekiranya anda jujur, insyaAllah mereka juga akan buat seperti anda. Nak mudah, sertai mana-mana segmen yang menawarkan backlink.

  • Jadi diri sendiri, dan seorang yang bertanggungjawab terhadap apa yang anda tulis. Ia etika dalam penulisan blog.

  • Motivasikan diri anda setiap hari untuk menulis blog melalui dalam diri sendiri. Maksudnya anda menulis bukan kerana faktor lain, tetapi disebabkan diri anda sendiri yang ingin menulis. Dalam islam, tulis dari diri yang paling dalam iaitu kerana Allah s.w.t.

  • Jujur dan jangan menipu.

  • Rajin.

  • Tetapkan blog anda dalam satu-satu niche sahaja. Kalau boleh fokus dengan satu tema. Contohnya kalau anda menulis tentang politik, jangan terlalu cerita benda lain. Kalau nak cerita pun kaitkan dengan politik balik.

  • Sentiasa mengikuti perkembangan semasa, apa yang pembaca inginkan.

  • Banyakkan membaca area nich blog anda.

  • Senaraikan siap-siap tajuk artikel yang akan anda tulis untuk satu bulan.

  • Dalam setiap tajuk tersebut, masukkan isi-isi penting yang anda ingin ceritakan.

  • Jadualkan tarikh dan waktu akan anda publish.

  • Buat satu vision board dan tampal di depan meja laptop.

  • Contoh vision board seorang blogger. Tulis jumlah artikel yang anda siapkan dalam tempoh 3 bulan pertama. Berapa jumlah pendapatan yang anda ingin hasilkan dalam tempoh setahun.

  • Banyakkan membaca kerana ia boleh meransang minda untuk menulis selain meningkatkan jumlah perbendaharaan perkataan.

  • Postifkan diri anda, ruangkan masa bersama diri sendiri, keluarga dan kawan-kawan atau jiran tetangga. Banyakkan berdoa dan bersedekah.


waaahhh banyaknya tips..banyak lagi yang ena tak buat ni.. jom sama2 buat jom!

Semoga berjaya.

credit
Terima kasih kerana sudi membaca 64 Tips Blogger Hebat.

7 comments:

  1. Assalamualaikum aeinna Musa,

    Info berguna utk blogger lain especially newbie.. Apa yang paling penting kena 'RAJIN'.. Setiap blog ada keistimewaannya sendiri kann.. Saya pun sedang rajin berblogwalking & menambah kenalan bloggers.. Seronok kannn..

    ReplyDelete
    Replies
    1. TQ LZ..ni pon edang merajinkan diri utk BW,,harap dpt konsisten la setahun dua dan selama2 nya..hehe

      Delete
  2. good strategies nona!..ena pon sama gak..sehari 3 artikel yang eirus atau perkongsian tips yg agak panjang2 sket..hihi//yang lain boleh la share pic n bercerita secara santai..5-8 entry perday..we can do it nona..jom!

    ReplyDelete
  3. bagus info ni ena...KG nk cuba jg blogger hebat konon

    ReplyDelete
  4. omg.. thank you sangat2.. very informative..
    sy dah bookmark page ni utk baca lg kalau lupe :-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama2..semoga bermanfaat..ena kongsikan je

      Delete

Terima Kasih Singgah Komen di Blog Ena..

Semoga kita semua dikurnia rezeki yang banyak serta berkat dan kesihatan yang baik hendaknya

Have a nice day ahead!

DISCLAIMER

Segala testimoni /penulisan tentang produk yang dikongsi dilaman ini bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit. Pembaca yg mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan.

111 FORMULA MAGNET REZEKI & BEBAS HUTANG!

111 FORMULA MAGNET REZEKI & BEBAS HUTANG!
Jemput klik BANNER di atas atau Wassap 0177172868 untuk baca REVIEW PERCUMA (39 m/s) 111 Formula Rezeki Melimpah Ruah