Persediaan Menyambut Baby (Part 2) :Senarai Keperluan Barang Dalam 'Hospital Bag' Sebelum Bersalin




Assalamualaikum



Kali ni ena nak berkongsi keperluan dan persediaan yang harus dilakukan oleh ibu bersalin. Alhamdulillah, ini kali kedua ena membuat persediaan untuk melahirkan baby ( anak kedua), jadi molek kiranya ena berkongsi pengalaman terutama dengan ibu2 baru ( ibu yang menanti kelahiran anak sulong).


Untuk kelahiran kedua ni, ena dah pon mula membuat persiapan dengan membasuh baju2 aeisya sewaktu aeisya lahir dulu. 









ok , persediaan ni terbahagi kepada 3 kategori iaitu persediaan untuk:


-ibu
-bayi
-bapa




#1- PERSEDIAAN IBU


  • Buku pink ( buku laporan sepanjang check up di klinik kesihatan)
  • Kad Pengenalan
  • 1 helai tuala mandi
  • 2 helai kain batik
  • Selipar toilet
  • Peralatan Keperluan mandi- berus gigi, ubat gigi, sabun mandi, syampu, pencuci muka dan lain-lain
  • Peralatan Penjagaan diri- bedak, lipbalm/lipstik, sikat rambut, getah rambut
  • Peralatan makan minum seperti mug dan sudu.
  • 1 helai tudung instant ( tudung awning lebih baik, jangan bawak shawl susah nk pakai;) shawl instant takpe..hehe)
  • 1 pasang baju untuk pulang dari hospital- lebih baik bawa jubah menyusu je. senang nak pakai. Jika hopital kerajaan, pakai baju yang disediakan
  • 2 pasang baju lengan panjang (tshirt atau blouse) beserta skirt  jika plan bersalin di hospital swasta
  • 1 sweater jika tak tahan sejuk
  • 2 pasang stokin tebal
  • Tafsir Al Quran- untuk di baca semasa warded sebelum bersalin ( in case warded lebih awal)
  • Telekung solat dan sejadah kecil- in case warded lebih awal
  • 2 plastik sederhana besar untuk letak baju kotor dan uri selepas bersalin
  • Minyak selusuh ( cth: minyak kelapa dara)
  • kertas Doa untuk di baca bagi memudahkan bersalin dan segala urusan
  • Kurma
  • Air Zam Zam
  • Air mineral
  • Bengkung moden - tak perlu bawa yang berlilit-lilit tu, susah nk pakai kat hospital. Untuk di pakai SEBELUM makan
  • 1 pack tuala maternity 
  • Bra Menyusu
  • Disposable Nursing Pad ( untuk lapik bra in case susu terlalu banyak terutama anak kedua ke atas)
  • Seluar dalam pakai buang
  • charger handphone
  • tisu
  • Set Bersalin Shaklee- ini set berpantang pilihan ena kerana boleh digunakan sebaik sahaja selepas bersalin. Masukkan dalam pillbox je.



#2- PERSEDIAAN UNTUK BAYI







  • 5 Newborn diaper
  • 3 baju baby seeloknya butang di hadapan- mudah nak dipakaikan
  • 3 seluar panjang
  • romper/jumsuit- ni baju feveret papa aeisya ni..hehe..mudah sebab baju dah sekali dengan seluar
  • Tuala Mandi
  • Wet tissue
  • Selimut baby
  • Kain bedung 
  • Barut perut
  • 2 pasang Sarung Tangan (mitten)
  • 2 pasang Sarung kaki (botties)
  • Minyak telon
  • Bantal
  • Topi bayi
  • Car seat- untuk letak baby dalam kereta ketika pulang dari hospital
  • Toileteries - sabun mandi, bedak, losyen dan syampoo ( ena pakai jenama SebaMed- lembut dan sesuai untuk kulit bayi baru lahir)

Keperluan bayi untuk di bawa ke labour room ( letak siap2 dalam beg kecil dan masukkan dalam 'hospital bag' yang lebih besar tu)


  • 1 pasang mitten
  • 1 pasang botties
  • 1 kain bedung
  • 1 selimut
  • 1 pasang baju butang di depan dan seluar
  • 1 keping diaper






#3- PERSEDIAAN BAPA






  • GL dari company tempat bekerja yang membiayai kos isteri bersalin di hospital
  • Duit yang mencukupi untuk bayar bil hospital (jika tidak ada GL) atau kad kredit (jika ada)
  • Gadget seperti tab/ipad sebagai peneman jika boleh bermalam di wad isteri
  • Toileteris- kalau nak hare dengan isteri pon boleh;)
  • tuala
  • baju dan seluar (jika bermalam)
  • Majalah atau apa2 bahan bacaan
  • Bantal kecil
  • Sweater/ baju sejuk
  • Al Quran (tafsir)
  • Camera
  • Kain pelekat dan sejadah kecil untuk solat




***

Macam banyak pula ye..actualy bergantung kepada keperluan masing2. contoh kalau baby dan ibu takde masalah, ibu tak perlu warded lebih awal dan selepas beralin pon sama,jika semua ok, baby dah berak dan kencing,dalam 24jam boleh terus discaj keluar.



semoga bermanfaat buat ibu2!



Your Certified Shaklee Product Consultant:
 Aeinna Musa / Kekna (0177172868)
Direct Wassap : http://KedaiVitaminBangiKajangPutrajaya.wasap.my atau http://Kekna.wasap.my
COD Kajang dan Bandar Baru Bangi serta sekitar
Pengeposan ke seluruh Malaysia



P/s:

KLIK SINI
KLIK SINI
KLIK SINI
untuk 111 Tips Kaya Rezeki Melimpah Ruah dan Tips Bebas Hutang!


Post a Comment

9 Comments

  1. Semoga dipermudahkan ye aeinna. Tak sabo nak tgk baby aeinna. Baby shakle gitu! ^_^

    ReplyDelete
  2. masa nak bersalin dulu camtu..last2 ada juak yg tertinggal..yg penting plak tu..wet tissue... bygkan laa dak laa bru lepas beranak..bru dpt pegang baby, x gheti plak tu nak cuci2 pegang dia semua..sekali yak yak pulak..chek2 wet tisu xde..nak panggil nurse x larat laa dah pukul 3 pagi.. nak kejut org sebelah ganggu pulak..last2, pakai tisu makan..haha..cian baby..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe..comey je yoorin..penting tu wet tisu..utk wash hand ibu jugak sbb x larat bangun ke toilet..hihi

      Delete
    2. Takpe y0orin, pengalaman tak dpt dilupakan tu; )

      Delete
  3. Semoga Allah permudahkan urusan Aeinna untuk bersalin kali ni. Kalau rasa banyak, boleh dulukan yang penting, mcam yg hospital dekat boleh husband bawak bila perlu.

    ReplyDelete
  4. Thankz share ena.smga dipermudahkankan.ena due bila.

    ReplyDelete

Terima Kasih Singgah Komen di Blog Ena..

Semoga kita semua dikurnia rezeki yang banyak serta berkat dan kesihatan yang baik hendaknya

Have a nice day ahead!