18 Tips Kurus Dengan Cepat | Aeinna Musa

 

Bukti  bergambar saya sendiri berjaya turun 9kg pada tahun 2022
Bukti  bergambar saya sendiri berjaya turun 9kg pada tahun 2022

18 Tips Kurus Dengan Cepat | Aeinna Musa. Tahun 2022 meninggalkan kenangan manis buat saya kerana berjaya turunkan berat badan dari 69 menjadi 60kg. Saya mulakan misi pada bulan Julai 2022 dan berjaya turun sebanyak 9 kg keseluruhan dalam masa 5 bulan. Kalau ikutkan agak cepat juga kan bila fikir balik tapi sebab saya mengalami proses naik turun yang kerap. Naik turun dan  naik turun lagi. Saya betul-betul nekad untuk turunkan berat badan dengan sihat dalam jangka masa panjang walaupun dalam jangka pendek ianya naik turun beberapa kali. Rasanya siapa yang pernah berada dalam journey kuruskan badan, lebih faham apa yang saya cuba sampaikan ini.

Dalam entry kali ini saya tergerak hati untuk kongsikan 18 tips kurus dengan cepat. Kenapa banyak sangat tips? Ini kerana setiap  orang badan nya berbeza dan setiap orang tidak akan serasi dengan tips yang sama. Maksudnya di sini, ada orang serasi dengan tips A dan berjaya turunkan ebrat badan dengan cepat. Namun, ada orang lain pula yang tidak berkesan dengan tips A tapi serasi dengan tips B pula. begitu juga kemungkinan ada orang lain lagi yang tidak serasi dengan kedua-dua tips A dan B tapi serasi dengan tips C.

Pada fikiran saya, elok lah saya kongsikan banyak tips dan kalian boleh cuba mana-mana tips yang kalian rasa suka nak buat. Pilihlah 2-3 tips dan mula buat ye. Jangan bertangguh lagi. Apa yang lebih penting adalah istiqomah dan semangat serta kesungguhan yang tinggi untuk mencapai target yang telah ditetapkan. Ingat ye, tidak penting di mana atau dari mana kita bermula tapi pengakhiran itu yang lebih penting.


Tips kurus dengan cepat


1. Malas makan 

Ok, tips pertama ni paling tak mudah sebenarnya kan terutama mereka yang sejenis 'food lover' macam saya. Jadi apa yang saya buat adalah, saya menggunakan tips no 2 di bawah ini untuk mewujudkan rasa malas nak makan. 

Bagaimana ini boleh berlaku? Teknik kedua ini iaitu Intermittent fasting membantu kita untuk menjarakkan waktu kita boleh makan. Semakin lama, sekiranya sudah terbiasa dengan teknik intermittent fasting ini, kita akan mula rasa malas nak makan. Kalau tak percaya, cubalah lah sendiri ye.

2. Intermittent fasting at least 16:8

Teknik Intermittent fasting ini bukan sahaja trending malah sangat-sangat berkesan. Saya sendiri sejujurnya turun berat badan sebanyak 9kg pada tahun 2022 dengan teknik Intermittent Fasting ini (salah satu teknik yang saya buat dengan konsisten). Alhamdulillah.

Bagaimana saya bermula dari zero sehingga benar-benar faham tentang intermittent fasting dan berjaya memotivasikan diri untuk konsisten sehingga berhasil? Nak tahu lanjut rahsia saya, boleh baca 5 Cara Mudah Melakukan Diet Intermittent Fasting (IF) Yang Berkesan Bagi Pemula

3. Dry fast macam puasa ramadhan

Kebanyakkan mereka yang mengamalkan Intermittent fasting ini selain untuk kurus, mereka juga nak target untuk dapat autopaghy di mana sel sel badan diperbaharui. Badan bukan sahaja kurus tapi sihat juga.

Kalau nak tahu, 'dry fast' pada bulan ramadan mempercepatkan lagi proses badan mencapai autopaghy. Lebih jimat masa lagi tu. alhamdulillah.

4. Ambil meal replacement

Selain berpuasa sama ada intermittent fasting atau dry fast pada bulan ramadan, kita harus lah juga menjaga tempoh 'eating window'. Jangann pula kita beriya berpuasa tapi apabila berbuka, kita makan terlalu banyak dan tidak menjaga atau mengawal kuantiti dan kualiti makanan pada waktu tu.

Cadangan saya, ambil meal replacement supaya dalam 'eating window' kita tidak lah ter 'over' makan. Ena sendiri ada ambil meal replacement dari shaklee. Boleh baca kurus sebelum raya 2023.

5. Berjalan 10 000 steps setiap hari

Haa, yang ini pon saya sendiri buat. Sejujurnya, dengan bergerak aktif sekurang-kurangnya berjalan 10 ribu steps setiap hari membantu kita untuk kurus lebih cepat lagi. Ada hari saya keluar berjalan di tasik atau taman. Namun pada hari yang cuaca tidak mengizinkan, saya akan berjalan setempat dalam rumah saje. Alhamdulillah berpeluh-peluh juga dan badan rasa segar sangat.

6. Makan ulam ulaman 

Pengambilan sayuran membantu badan kita untuk detox badan lebih cepat. Program detox shaklee sendiri, pada 5 hari pertama adalah focus pada fibre loading bermakna, pada 5 hari pertama hanya makan sayur. Teknik ini pon saya buat dan hasilnya sangat-sangta cepat berat badan turun. 3 kg turun dalam masa 5 hari tu. 

Jangan silap ye, teknik ni perlukan bimbingan di mana hanya peringkat awal sahaja kita buat fibre loading ni. Lepas 5 hari kita akan mula ambil protein dan hari ke 7, kita akan ambil suku-suku separuh pula.

7. Tido kualiti (selit Oste)

Kualiti tidur sangat penting. Percayalah, jika kita tak jaga tidur, tidur tak cukup, sangat susah untuk turun berat badan dengan sihat. Cadangan saya, masuk tidur sebeum jam 11 dan bangkit tisur seawal jam 5 pagi.

8. Kawal tekanan

Selain kualiti tidur, tekanan dan emosi tidak stabil juga sangat mempengaruhi penurunan berat badan yang sihat. Sebenarnya, tidur dan pengurusan tekanan sangat berkait rapat dan ia merupakan faktor yang sangat penting. 

9. Periksa hormon

Pemeriksaan hormon dengan doktor bertauliah membantu untuk kita kurus dengan cepat. Kenapa saya masukkan skali tips ini? Ini kerana ada kawan saya sendiri dah melakukan segala tips tapi berat badan 'stuck' dan tidak lagi menurun. 

Salah satu ketidakstabilan hormon yang mengganggu penurunan berat badan adalah penyakit PCOS, iaitu penyakit yang terkait dengan kesuburan wanita. Setelkan dulu penyakit metabolik maka insyaAllah proses penurunan berat badan akan berlaku dengan cepat.

10. Buat bariatric

Tips ini agak kasar bunyinya kan. hehe. Tips ni saya tak bat ye tapi ia sangat  berkesan cuma modal nya agak besar iaitu puluhan ribu. Melalui teknik ini, doktor akan melakukan pembedahan memotong usus, makin pendek usus, makin cepat kita akan berasa kenyang. Apabila cepat makan, kita akan cepat kurus lah kan.

11. Plain Water intake

Pengambilan air kosong sangat penting kerana air kosong juga merupakan ejen detox yang berkesan .Nak tahu tak, otak kita sebenarnya tidak dapat membezakan antara lapar dan dahaga. Jadi jika kita lapar, langkah pertama adalah minum air dulu 2 gelas. Jika dah hilang lapar, makan sebenarnya badan kita dahaga sahaja.

12. Bina / join komuniti orang2 yang semangat nak kurus  sihat ( buat challenge sama2) .

Saya sendiri membina komuniti sihat yang saya namakan Geng IF jelita di mana kami sama-sama belajar dan berkongsi ilmu tentang interminttent fasting. Saling  belajar , saling berkongsi, saling buat sama-sama dan sama-sama dapat result yang baik! Alhamdulillah best sangat.

13. Amal low carbo diet / suku-suku separuh

Teknik 'low  carbo ' diet dan suku-suku separuh ini saya buat pada waktu 'eating window'. Ada ketika saya todak mkaan nasi selama seminggu tapi masih bertenaga dan tidak melepek. Paling best, result dia sangat-sangat banyak turun. bestnye dapat kurus dengan cepat!

14. Cuci usus (herblax)!

Detox secara natural dengan herb lax shaklee.  Herblax shaklee membantu melawaskan dan membuang toksin dalam usus (detox usus). Apabila usus sihat, lebih berkesan lah penyerapan segala nutrisi dari vitamin dan makanan yang kita ambil.

15. Rajin Buat exercise  /senaman seperti ‘weight training’ or lain2 jenis senaman

Senaman seperti 'weight training' sangat membantu untuk menurunkan berat badan dengan sihat dan paling penting kurus dengan cepat. Bonus lagi, siapa yang mengamalkan 'weight training' juga akan dapat manfaat autopaghy lebih ceoat berbanding berpuasa IF selama 18 jam!

16. Cut sugar 100% termasuk kuih muih at least 2 minggu

Ini yang terpaling berkesan sekali kerana gula adalah bahan yang mengganggu proses metabolik badan kita dan mengganggu penurunan berat badan yang sihat. Siapa yang stuck tak turun berat dalam jangka masa lama, cuba lah berpantang daripada mengambil apa sahaja makanan yang tinggi gula contohnya air manis, kuih muih manis, biskut, kek, roti dan sebaginya.

17. Ambil real food elak processed or instant food

Ramai yang tak dapat tahan diri daripada mengambil makanan proses. Ini kerana malaysia ini sangat kaya dengan makanan proses yang sedap-sedap dan sangat manis. Motivasi diri haruslah tinggi untuk menahan diri dari makanan proses dan focus mengambil makanan yang sihat (real food). Libatkan diri dalam komuniti sihat sangat membantu diri kita untuk sentiasa 'aware' dengan challenge yang kita sedang lalui iaitu challenge untuk sihat dan kurus dengan sihat.

18. Lebihkan ambil protein & good fat ( teknik lazy keto)

Teknik  Lazy Keto ini berkesan sangat tau untuk turunkan berat badan dengan cepat dan sihat. Saya sendiri suka teknik ni dan sekali sekala akan mengamalkan teknik lazy keto. Teknik lazy keto ini fokus kepada pemakanan tinggi protein ( protein haiwan) dan minyak atau lemak sihat seperti omega 3, minyak kelapa, minyak zaitun dan sebagainya.


Jika kalian ingin kurus dengan cepat dan sihat tapi tidak ada komuniti yang membantu, jom join komuniti yang saya bina iaitu Geng IF Jelita insyaAllah ada peluang untuk kurus dengan cepat. hubungi saya Aeinna Musa 0177172868


#NextLevelBlogging

#Blogmegashaklee

#ShakleeThrive2023

#ShakleeTriumph2023



Post a Comment

0 Comments