9 Sebab Kenapa Komuniti Bisnes Shaklee Sangat Best | Aeinna Musa

 

Komuniti Bisnes Shaklee Yang Sangat Best

9 Sebab Kenapa Komuniti Bisnes Shaklee Sangat Best | Assalamualaikum, alhamdulillah dalam entry kali nak kongsikan dengan kalian semua 9 sebab kenapa komuniti bisnes shaklee sangat best. Memang best sangat kalau tak best mana kan ena boleh bertahan setia dengan satu bisnes ni selama 10 tahun lamanya. Sudah tentu ada sebab nya tersendiri kan. Kalau ikutkan banyak sangat nak  kongsi tapi untuk kali ini cukup lah saya kongsi 9 sebab dulu ya.

1. Ukhuwah atau bonding yang sangat kuat serta harmoni

        Ena sangat jatuh hati dengan ukhuwah yang wujud dalam komuniti bisnes shaklee ini. Setiap orang dalam kumpulan kami kami rasakan seperti adik beradik dan saling membantu serta tidak lokek ilmu. Bayangkan kalau berjumpa mana-mana ahli kumpulan kami buat kali pertama kami boleh borak mesra seolah-olah dah lama kenal. Semua orang sangat menyenangkan hati dan mesra. Alhamdulillah.

Bonding yang rapat dan mesra sesama ahli kumpulan

2. Menitikberatkan pengisian rohani 

Quran Time dalam Maestro Team pada setiap minggu.


        Apalah erti dunia jika kita tinggalkan akhirat kan. Alhamdulillah seronok berada dalam komuniti bisnes shaklee ini kerana sentiasa ada pengisian rohani daripada leader malah ada juga jemputan luar dari Ustaz bertauliah mahupon pensyarah dari jabatan-jabatan agama islam dari universiti berdekatan. Pengisian slot Quran time adalah bacaan surah Yasin, surah Al Kahfi, Surah Al Mulk dan tazkirah ringkas sebagai penutup.


3. Sistem Dropship kumpulan yang sangat mudah 

        Sistem order yang sangat mudah telah diwujudkan dalam komuniti bisnes shaklee kumpulan kami dimana, exclusive untuk semua pengedar shaklee yang bernaung di bawah Viktoria sahaja kami boleh akses order melalui sistem Yezza. Ala-ala dropship gitu di mana kami pengedar shaklee tidak perlu pegang stok dan tidak perlu bersusah payah buat pengeposan kerana Viktoria Crew akan bantu uruskan penghantaran produk shaklee terus kepada pelanggan dengan menggunakan currier J&T, Gdex atau pun skynet.


4. Marketing tools yang menarik 

        Sokongan dari segi bahan seperti poster dan video menarik juga menjadi sebab kenapa ena jatuh hati dan gembira serta bahagia berada dalam konuniti kumpulan bisnes shaklee ini. Kami berbangga kerana ada antara bahan pemasaran dari kumpulan kami (Maestro Team) digunapakai oleh shaklee HQ shaklee sendiri. 

       Ini memudahkan kami untuk membuat pemasaran online dari mana sahaja kami berada. Segala 'marketing tools' ini disediakan di dalam satu 'support group' khas dan exclusive untuk team kami sahaja. Sekiranya ada pengedar baru yang baru ingin memulakan bisnes shaklee mereka, mereka juga layak untuk dapat akses penuh ke semua  'secret group' ini.


5. Peluang menambah skill

        Sebagaimana syarikat-syarikat swasta dan awam menghantar staf mereka berkursus untuk menambah skill dan pengetahuan, begitu juga kami pengedar shaklee. Kumpulan kami menyediakan platform untuk setiap leader menambah skill komnunikasi, skill 'presentation' dan 'public speaking' di mnaa kami dilatih untuk memberi 'talk' kepada group besar sama ada online mahupon program-program offline.

Marketing Strategy Training pada OPE Team

Ena berkongsi cara dan strategi untuk capai Car Bonus Shaklee seumur hidup

Training untuk Integrated Digital Marketing strategies


6. Reward dan pengiktirafan 

        Demi menghargai pencapaian setiap ahli dan pengedar, kami mendapat pengiktirafan dan hadiah berupa medal, sijil, hadiah produk shaklee premium dan juga barangan lain. Terbaru ena menang hadiah produk shaklee premium iaitu Nutriferon asbab Projek Mega Blog Shaklee 1.0

Reward Amazfit Smartwatch yang ena dapat sebagai pemenang kategori Detox Influencer 2022 

7. Training Class dan seminar  percuma

        Kami juga mendapat akses ke kelas-kelas 'training' dan seminar percuma termasuk dari Doktor dan Pakar Nutrisi bertauliah. Kelas ilmu bisnes dan juga kelas ilmu nutrisi serta kesihatan dan gaya hidup yang sihat dan baik ini menjadi modal kepada pengedar dalam komuniti bisnes shaklee kami untuk memberi konsultasi terbaik kepada pelanggan.

Dr Hafiz Sulaiman antara pengajar dalam team bisnes shaklee kami


Dr Redza Benjamin antara pengajar dalam team bisnes shaklee kami


Dr Haresh Kumar antara pengajar dalam team bisnes shaklee kami

8. Circle yang positif dan saling 'support each other'

      Jujurnya dulu ena sendiri bukan lah orang yang pandai bersangka baik pada orang lain. Komuniti bisnes shaklee dan leader-leader kami lah yang mengajar kami untuk menjadi insan yang sentiasa bersangka baik kepada apa jua situasi yang berlaku dan bersangka baik di atas segala ujian dan cabaran. Ena ingat lagi waktu awal-awal join shaklee dahulu, leader ena menyuruh ena dan semua ahli dalam kumpulan untuk tidak menulis apa-apa perkatan negatif. jaga setiap perkataan yang kita nak sebut atau tulis. hanya perkataan yang positif sahaja dibenarkan ditulis dalam group tertutup kami.

       Masing-masing akan saling mengingatkan. Alhamdulillah di atas budaya ini ena sekarang Allah dah izinkan untuk mampu bersangka baik dan sentiasa positif kembali apabila ada ujian atau perkara negatif berlaku.


9. Bisnes Shaklee adalah bisnes mesra keluarga

        Budaya yang wujud dalam komuniti bisnes shaklee ini juga mesra keluarga di mana kebanyakkan program seperti kelas training dan seminar yang kumpulan kami anjurkan boleh disertai oleh keluarga kita. Anak-anak akan ada 'play area' mereka sendiri .Ibu ayah seronok menimba ilmu dan anak-anak juga seronok bermain dengan kawan baru.

Jika anda yang sedang membaca entry ini dan ingin menjana income dari rumah atau dari mana anda bersama team yang active seperti kami, hubungi saya, Aeinna Musa sekarang di 0177172868

#shakleethrive2023 # shakleetriumph2023 #blogmegashaklee2023




Post a Comment

0 Comments