Giveaway Tudung Bawal by Cik Puan Rrai



Nasihat on pregnancy - Ena nak share 3 nasihat atau tips untuk ibu2 yangsedang hamil, ni bedasarkan pengalanan Ena dah 2 kali melalui proses kehamilan dan sekarang sedang pregnant anak ke 3;)

1- NUTRISI:

 Nutrisi sangat penting , jangan skeptikal pada suplimen sebab doktor Klinik Kesihatan sendiri yang akan cadangakn suplimen yang diperlukan contohnya folic asid, multvitamin, iron tablet, kalsium tablet dan minyak ikan untuk menyokong pertumbuhan bayi dalam kandungan. Cari set hamil dari brand suplimen yang selamat.

Ibu2 jangan culas tau makan suplimen everyday sebab apa yang kita makan (real food) dah tak terjamin kandungan nutrisi  tu kita dapat sepenuhnya, ada yang hilang masa proses memasak  dan sebagainya. Tu belom masuk lagi fast food, instant food dan processed food yang kita makan, semua tu menggangu penyerapan nutrisi dalam badan ibu untuk dibekalkan pada baby dalam kandungan.


2- STRETCH MARK

Ok, ni tips nak bagi kat ibu2 yang sedang hamil. Ena dah buat dan memang menjadi, alhamdulillah takde kesan stretch mark lepas bersalin 2 kali. 

Tipsnya mudah, setiap kali lepas mandi, sapu pelembap pada perut dan peha serta bahagian yang biasanya stretch mark ni terjadi, especially bial dah masuk 3rd trimester. Bila dah masuk 3rd trim, sila buat sehai 2 kali. Uol tahu sendiri kan kat mana;) Tips ni juga untuk elakkan perut ibu jadi gatal bila makin membesar. 


3. MINDA YANG POSITIF

Ni tips yang Ena rasa paling pnting skali. Sebab dalaman kita menentukan luaran. Apa yang kita fikir tu kita akan tarik ia betul2 berlaku pada diri kita. 

So, ibu2 mesti positif dalam segala hal sama ada belaku sebarang isu/ujian ketika sepanjang hamil ni atau persediaan nak menghadapi saat bersalin. Ye, proses bersalin bukan mudah tapi percayalah kalau kita boleh kawal minda dan bersedia dari segi mental (bukan je fizikal ye) , proses kehamilan dan bersalin akan jadi satu kenangan terindah dalam hidup kita.



******
Tu saje lah 3 tips yang boleh Ena share. Ena belom lagi banyak pengalaman pon, bau je pregnant 3 kali. insyaALLAH mana yang baik boleh lah jadikan panduan dan amalan bersama ye. Semoga dipermudahkan urusan ibu2 sedang hamil anak soleh/solehah;)

Baaarokallahufiikum.


Post a Comment

15 Comments

Terima Kasih Singgah Komen di Blog Ena..

Semoga kita semua dikurnia rezeki yang banyak serta berkat dan kesihatan yang baik hendaknya

Have a nice day ahead!