Assalamualaikum
Ena nak kongsikan satu ilmu iaitu teknik bernafas ketika bersalin dari Majalah Mingguan Wanita. Teknik pernafasan yang betul sangat PENTING untuk memastikan oksigen dibekalkan kepada baby dalam kandungan adalah maksimum dan juga membantu ibu mengawal rasa sakit contraction.
Akibat Cara Pernafasan Yang Salah
-Menambah rasa takut dan pernafasan menjadi pendek dan laju (panic breathing)
- Panic breathing menyebabkan otot-otot tubuh yang berkait dengan proses kelahiran akan menjadi sangat TEGANG dan mengurangkan kadar bekalan oksigen dalam darah dan juga kepada bayi
-Proses kelahiran menjadi lebih lambat dan panjang apabila ibu mencuri nafas yang mana menyebabkan bayi masuk semula ke peranakkan
- Bahu bayi tidak dapat melepasi faraj sedangkan kepala sudah pon berjaya keluar seterusnya menyebabkan risiko kompilasi semasa proses kelahiran
-ibu mudah letih kerana tidak rileks dan meneran lebih banyak
Peranan Suami
- Sama-sama belajar dan berlatih cara pernafasan yang betul
-Supaya, suami menjadi penguat semangat isteri ketika meneran di dewan bersalin
- Dah tentu kita lebih selesa bersama dan mendengar arahan suami. Pegang tangan suami dan buat teknik bernafas ni sama-sama.
-Suami pula perlu bertenang dan melakukan teknik ni dengan betul untuk megurangkan rasa sakit isteri.
Pernafasan Masa Meneran
- Ikut gesaan yang datang melalui kontraksi untuk meneran apabila cukup 10 cm
-boleh meneran beberapa kali selagi masih berasa gesaan untuk meneran ( semasa berlakunya kontraksi)
- Langkah Teknik Pernafasan :
FASA 1: Air ketuban pecah
FASA 2: kontraksi bermula dan mula rasa tidak selesa. Mulakan teknik bernafas yang dipelajari
FASA AWAL KONTRAKSI : Mulakan pernafasan dalam
MASA TIADA KONTRAKSI: Bernafas dengan normal
KONTRAKSI: Lakukan pernafasan dalam
CUKUP 10cm dan BAYI DAH BERSEDIA: Kontraksi, curi nafas dan tunggu arahan MENERAN. Pernafasan dalam dan teran sambil hembus KUAT. Pernafasan normal dan tunggu kontraksi kedua, lakukan pernafasan dalam dan teran
Persediaan Teknik Pernafasan yang Betul
-mengikuti kelas antenatal bersama suami seawal minggu ke 25 kehamilan
-ahli fisioterapi turut mengambil bahagian dalam kelas antenatal tersebut untuk mengajar persediaan bersalin ketika di wad bersalin
-perlu lebih kerap bersenam ( tidak semestinya jogging, boleh lakukan aktiviti senaman yang ringan atau mengambil suplimen yang betul dan berkesan bagi memastikan badan sentiasa BERTENAGA dan ada stamina.
***
Lihat Video yang ena kongsikan ni..insyaALLAH anda lebih faham macam mana cara mudah bersalin dengan mengawal pernafasan
Point nya adalah:
PERNAFASAN DALAM
-bernafas dengan panjang secara perlahan dan dalam (slow and deep breath) sambil dalam hati sebut 're'.
-bernafas dari hidung dan hembus nafas melalui mulut sambil dalam hati sebut 'laaaaakss'
-rilex
**INGAT!
jangan bernafas pendek dan laju. ia akan membuatkan si ibu cepat penat dan hilang fokus serta panik.
Semoga bermanfaat buat ibu ibu yang sedang menanti kehadiran orang baru yang comel dari syurga ;)
Jom kita praktis.
PRACTICE MAKES EXPERIENCE!
6 Comments
Thank you ena..")
ReplyDeleteTak lama lg wawa pula merasa ni;)
Deletenice sharing ... cer share surirumah vs ibu berkerjaya tu, tertarik lak dengan topik tu :)
ReplyDeleteinsyaALLAH Zie
Deletekena belajar ni..walaupun belum kawen lg tp ilmu mcm ni bermanfaat
ReplyDeleteharussss..sooner or later insyaALLAH thirah juga akn melalui nya
DeleteTerima Kasih Singgah Komen di Blog Ena..
Semoga kita semua dikurnia rezeki yang banyak serta berkat dan kesihatan yang baik hendaknya
Have a nice day ahead!