Persediaan Menyambut Baby (Part 3) : Senarai Lengkap Keperluan Ibu dan Bayi Baru Lahir (New Mommy WAJIB Baca!)





Assalamualaikum


Atas ni gambar anak syurga ena Aeisya Humaira berumur 7 hari. Waktu ni majlis tahniq di rumah tokma dan tokbah humaira di Bandar Baru Bangi Sekyen 8.



saje belek2 gambar lama..mengimbau kenangan katanya..hehehe.




btw, ena sedang blogwalking mencari2 senarai keperluan ibu dan bayi baru lahir. Dah anak kedua pon masih nak cari senarai ye..haha...dah lupo ni nak buek camano..hihi..





ok jom kita tengok satu apa keperluan ibu dan bayi..kepada New Mommy, semoga senarai ini membantu anda membuat persediaan rapi menyambut kelahiran zuriat dari syurga;) tidak lupa juga ibu2 yang melahirkan anak kedua , ketiga dan eterusnya..boleh jadi, dah lupa dah persediaan yang dibuat ketika anak ulong dek kerana jarak yang agak jauh..bertahun2 macam kami ni...jarak aeisya humaira dan adik nya yang bakal lahir ni 3 tahun;)



KEPERLUAN IBU BERSALIN


Tengah ushar bengkung moden ni. ada dealer premium beautiful tak sini, contact la ena, jangan lupa bagi harga jatuh gaung ye.hihi




Set Berpantang
(Ena suggest Set Berpantang Shaklee untuk penyembuhan luka bersalin yang cepat, pulihkan tenaga dan membantu banyakkan susu ibu yang)


Tungku
(seeloknya jenis batu sungai tu..kalau yang ringan2 macma kebanyakkan tungku moden sekarang tak best.


Kain Batik
( perlu banyak..dalam 5 helai ke atas. bet juga pakai kain batik ni sebab jenis cotton kan. nk ke toilet pon senang;)


Stoking Tebal 
( at least 3 pasang)


Minyak Urut
( minyak panas)

Tukang Urut/Confinement Lady
(book siap2 tukang urut. biasa ibu elepsa bersalin normal, hari ke 3 dan ke atas dah boleh berurut..jangan lama2 nanti badan sakit sebab dah masuk angin)


Bengkung 
( insyaALLAH  kali ni nak cuba bengkung moden lak;)sebelum ni pakai yang lilit 2, 8 tahun baru siap pakai.haha)


Maternity Disposable Pad 


Baju Sejuk (sweater)





KEPERLUAN BAYI YANG BARU LAHIR








PAKAIAN


Bedung
(10 helai)

Barut Perut Baby
(beli la 10 helai..sebab baby kadang berak akan kena pada barut perut ni.so kene la tukar skali..pengalaman ena, aeisya dulu poo poo 5-8 kali sehari!

Sapu tangan
(berguna untuk lap mulut baby jika baby termuntah atau selepas menyusu.)

Romper/Jumpsuit
(papa aeisya memang suka baju jenis romper ni..cute katanya kalau baby pakai)


Baju lengan panjang dan Seluar panjang
(3 pasang)

Baju lengan pendek dan Seluar pendek
(3 pasang)

Baju dan seluar yang lubang2
(3 pasang)


Selimut
(2 helai)

Topi
(1-2 sahaja)

Mitten and booties
(3 pasang)

Tuala Kecil
(untuk lap muka/pipi baby selepas menyusu)






**pastikan baju n seluar baby dari jenis kain kapas!
**tak payah beli banyak2 pakaian baby, sebab nanti akan dapat hadiah banyak dari kawan dan saudara mara yang datang ziarah baby;)


DIAPERING



Diapers
( saiz newborn ye, beli satu or dua pack je dulu, jangan banyak2 sebab baby cepat besar...kalau rajin boleh la beli cloth diapers yang washable tu..kalau rajin la.ena kurang rajin sikit..sikit je..hihi)


Wet Tisssues
(yang ni boleh borong banyak2..sebab pengalaman ena, sampai aeisya umur 3 tahun ni pon  masih gunakan wet tissues;)


Tikar Kecil
( yang ni khusus untuk tukar lampin baby..biasa kalau beli totebeg baby tu mmg dah ada changing mat ni kat dalam)


Botol Sembur Air
(ni penting sebab selalu tukar diaper baby kat katil je)


Detergent khas untuk cuci pakaian dan botol2 susu baby
(ingat, kulit baby SENSITIF sangat..detergent biasa mungkin akan menyebabkan ruam2 pada kulit bayi. ena guna set pencuci shaklee sebab ia terbukti selamat untuk bayi)




Shaklee Detergent yang terbukti selamat untuk baby


BABY CARE & GROOMING



Bakul Pakaian
(untuk simpan pakaian baby ,ena suka yang ada penutup, nampak kemas..container tu beli kat tesco je)

Bakul kecil
(untuk letak barangan grooming anda baby care

Besen Mandi

Tungku Baby
(dulu mak mertua ena buat sendiri ni..isi lada hitam je dalam uncang kecil, panaskan dan tuam perut dan badan baby lepas mandi)


Mandian Baby- shower gel/syampoo
(ena guna SebaMEd..sama dengan kakak nya aeiya humaira)

Bedak
(yang ni aeisya tak pakai..tak elok tau untuk paru2 baby..tak payah beli lah.nti dapat juga hadiah dari orang yang datang ziarah..hihi)

Minyak Telon
(ena suka brand amway,wangi!)

Sikat Rambut
(aeisya tak guna sangat sebab dari kecil rambut nya kurang.,hehe)

Krim Pelembap
 (in case ada ruam2-ena guna Herbal Blend Shaklee)

Gunting Kecil

Pemotong Kuku

Methylated Spirit - Alcohol 70% 
(biasa dibekalkan oleh pihak hospital-untuk cuci tali pusat baby yang belom tanggal..kalau tak cukup boleh beli di farmasi atau kedai barangan baby)

Cotton Ball
(untuk apply alcohol ketika cuci tali pusat..tapi kalau dapat alcohol yang jenis sekali dengan kapas tu, tak perlu beli cotton ball ni)

Cotton Bud
 (untuk cuci telinga atau hidung baby)

Termometer
(untuk monitor suhu in case baby/mommy demam)

Nasal Aspirator
(guna ketika baby selsema atau hidung tersumbat)



NURSERING/KEPERLUAN TIDUR BABY



Tilam
(beli dari jenis kain kapas ye, sebab baby cepat panas/berpeluh)


Kelambu
(yang ni kami memang beli sebab kat kampug banyak nyamuk..tapi nyamuk kampung tak  bahaya macam nyamuk bandar;)


Ubat Nyamuk 
(jenis cecair tu, memang berkesan sangat..dan mudah di bawa ke mana2 juga)

Baby Cot

Comforter

BARANG KEPERLUAN BREASTFEEDING


insyaALLAH, niat untuk full breastfeed akan diteruskan juga untuk adik aeisya humaira ni. kakak nya dah masuk 3 tahun masih lagi BF..hihi.rezeki anak..alhmdulillah.



Botol Susu

Puting

Berus Pembersih Botol

Sterilising Tablet
(ena guna jenama Pureen)

Cecair Pencuci Botol
(ena guna  Jenama Shaklee-Dish Wash Concentrate)

Breast Pump Set
(ena guna spectra 3...dulu la...mesinnya pon dah rosak..insyaALLAH nak grab yang baru untuk adik aeisya humaira)

Cooler Bag Set : Storage Bottle & Ice Gel
(sangat2 penting bagi ibu yang bekerja ofis hour..ibu bekerja dari rumah macam ena, tak perlu kot )

Warmer 

Tempat menyimpan botol susu yang dah bancuh

Bottle Sterilizer

Storage Bottle

Nursing Cover

Nursing Bra

Nursing Pad Washable : Jenama Fiffy

Nursing Pad Disposal : Jenama Bebe

Thermos

Nipple Cream


*****

okie, lengkap sangat senarai ni.

apa pon, ia bergantung kepada keperluan masing2..


tulis balik barangan yang benar2 anda perlukan sahaja


kalau boleh berjimat, berjimat lah selagi boleh...macam ena alhmdulillah, untuk anak kedua ni tak banyak dah nk kene beli..ada la tambahan sikit2.


mommie yang dah sarat tu jangan lupa siapakan 'HOPITAL BAG' tau


Baca :Senarai Keperluan Barang Dalam 'Hospital Bag' Sebelum Bersalin


Your Certified Shaklee Product Consultant:
 Aeinna Musa / Kekna (0177172868)
Direct Wassap : http://KedaiVitaminBangiKajangPutrajaya.wasap.my atau http://Kekna.wasap.my
COD Kajang dan Bandar Baru Bangi serta sekitar
Pengeposan ke seluruh Malaysia



P/s:

KLIK SINI
KLIK SINI
KLIK SINI
untuk 111 Tips Kaya Rezeki Melimpah Ruah dan Tips Bebas Hutang!



Post a Comment

15 Comments

  1. Nursing pad washable tu kak beli kat mana?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kedai yg jual peralatan baby..macam Manjaku..nak beli kedai online pon ada banyak..

      Delete
  2. Replies
    1. Ikut kesesuain..x perlu sedia semua ..pilih mana yg penting j3 dlu..mcmpam susu tu ena beli lepas bersalin..stroller pon

      Delete
  3. wowww...!! panjang nya list.. hehehehe.. thanks for sharing this.. :)


    sambil-sambil sudilah kiranya join GIVEAWAY ain juga.. InsyaAllah ada 2 hari lagi...!!

    ParodyMe : 1st Giveaway By DRAMATIC UNIQ.. Wang Tunai RM350 untuk dimenangi Jemput join tau.. tQ so much..!! :)

    ReplyDelete
  4. Sukanya entry ni! Tercari2 apa nk prepare lastly jumpa blog ena . 👍

    ReplyDelete
  5. Alhamdulillah sangat berguna blog ni.saya pun xperlu nak pening2 tanya orang barang apa yang perlu disediakan sebelum bersalin ni.hehe.terima kasih banyak Ena.

    ReplyDelete
  6. lengkapnya tips yang sis berikan. semoga bermanfaat kepada semua bakal ibu diluar sana. lebih lebih lagi kepada siapa yang baru 1st time nak menimang cahaya mata.

    Eh, ibu2 suke tak kalau nak buat photoshoot baby. bolehlah jenguk facebook kita "the photolicious"

    https://web.facebook.com/thephotolicious/?ref=br_rs

    ReplyDelete
    Replies
    1. ada tgk hasil kerja the photolicious cantik2 sgt

      Delete

Terima Kasih Singgah Komen di Blog Ena..

Semoga kita semua dikurnia rezeki yang banyak serta berkat dan kesihatan yang baik hendaknya

Have a nice day ahead!