Positif Pagi #5 : Apabila Terlalu Banyak Perkara Nak Dibuat!




Assalamualaikum


selamat pagi jumaat yang Super positif ;)


apabila banyak sangat perkara nak buat, sudahnya, satu pon tak buat!


siapa pernah camni angkat tangan sket ..


ena pernah juga camni, so pagi ni nak bagi tips positif untuk urus masa kita sebaiknya supaya LEBIH BANYAK perkara yang produktif dapat dilakukan.




TO DO LIST!



dah semestinya dengan menyenaraikan TO DO LIST dari pagi lagi. bergantung pada seseorang dan gaya mereka bekerja...maksudnya ena, surirumah tidak sama to do list nya dengan mereka yang bekerja di pejabat..faktor-faktor seperti waktu makan, bermain dan tidur anak perlu di ambil kira dalam list .



1) UTAMAKAN PERKARA YANG LEBIH PENTING



pernah dengar atau baca buku  EAT THAT FROG?- saranan penulis uapya menyiapkan kerja2/ projek yang lebih PENTING terlebih dahulu. 


sebagai contoh, bagi orang yang berniaga, planning untuk  membuat marketing adalah lebih penting daripada menyusun pasu di laman rumah.. tidaklah bermakna ena suruh sepahkan pasu2 bunga di laman, tapi allocate masa berkualiti untuk plan marketing dan urus bisnes terlebih dahulu... sebelah petang, waktu terluang, boleh la susun pasu bunga tu;) 



2) MASUKKAN AMALAN2 KEROHANIAN KE DALAM LIST


Amalan kerohanian ini TERBUKTI BERKESAN untuk memudahkan kita menjemput rezeki. Bukankah menjemput itu lebih mudah daripada mencari?



antara contoh amalan ialah 


-solat di awal waktu
-solat sunat dhuha 4 rakaat
-membaca al Quran serta terjemahan
-bersedekah pada yang memerlukan (utamakan keluarga terdekat dan sanak saudara dulu ye)
-berzikir dan selawat
-dan sebagainya



***

ok lah, cukuplah 2 tips dulu untuk positif pagi ni;)


selamat beramal;)


till then.


Post a Comment

0 Comments