#Cabaran20hari | Resepi Hidangan Sahur Paling Ringkas



Assalamualaikum


Alhamdulillah..hari ini hari ke 12 kita berpuasa ..bermakna hari ke 12 lah kita dah bersahur kan ( bagi yang belom miss sahur lah,..hehe)


Memang ada orang tak suka sahur, alasannya tak mahu/sayang nak ganggu waktu tidur, malas nk bangkit dari tidur. Berbeza dgn ena, ena suka sebab ena fikir ena mesti bertenaga dan kekal cergas walaupun berpuasa di siang hari.. Selain untuk tenaga, ada keberkatan dalam makan sahur sepertimana hadis di atas.. so jangan kita malas2  bangun sahur tau


Setakat harini syukur masih ada rezeki untuk bangun sahur setiap hari. Ni menu sahur ena setiap hari pada tahun ni. ni kira ringkas lah ni..tak boleh lagi ringkas sebab ena makan untuk 3 orang! haha

nasi putih



  • Nasi putih + lauk pauk - yg ni wajib..since ena sedang hamil dan menyusukan anak, sangat penting untuk ena dapatkan energi dari karbohidrat iaitu nasi yang di makan bersama lauk2.

  • Lauk plak tak kisah langsung, kadang2 hanya ikan bilis goreng atau sambal hitam je..asal ada nasi..hehe

  • ena amek 1 senduk nasi je, tak banyak pon;)

 kurma

  •  Kurma - ni juga merupakan pembekal tenaga yang terkenal lagi dan juga merupakan makanan sunnah. Pon dikatakan sangat2 berkhasiat buat ibu2 menyusu dan ibu hamil, iaitu untuk banyakkan susu dan untuk pertumbuhan janin yang baik dalam kandungan ibu.

  • So ena wajibkan diri  ambil kurma 2-3 biji setiap kali sahur;)

 vitamin Hamil



  •  Vitamin Hamil  -fungsi nya untuk membekalkan nutrisi yang cukup kepada si ibu dan baby dalam kandungan. Dr Zubaidi menekankan kepentingan vitamin prenatal (ibu hamil)



  • Vitamin Pilihan ena ketika hamil kali ini ialah vitamin shaklee yang terdiri daripada:

 -multivitamin ( vita lea), protein ( energizing soy protein), kalsium (ostematrix), minyak ikan ( omega guard), vitamin C dan vitamin B.


Suplimen Kekal Bertenaga di Bulan Puasa

  • Minuman energi yang sihat dan penuh nutrisi khusus untuk bulan puasa ( protein (Energizing Soy Protein), fiber, multivitamin dan multimineral(meal shakes) dan minuman kekal terhidrat sepanjang hari (performance drink) ini ena ambil setiap pagi selepas sahur.


Begitulah menu sahur ena pada setiap hari. ena pastikan ena ambil ke empat-empat menu/nutrisi di atas. Tiada lah lain melainkan untuk lebih bertenaga dan kuat untuk menjalani ibadah puasa di samping keadaan diri yang sememangnya diberikan rukhsoh untuk tidak berpuasa. 



Rukhsoh ( kemudahan) itu kan pilihan, jika tidak memudaratkan, boleh untuk berpuasa seperti biasa. Yang penting kesihatan ibu, anak yg menyusu serta anak dalam kandungan di utamakan dlu sebab tu ena ber ikhtiar untuk kekal sihat dengan makanan tambahan juga.


Ternyata, 


Setelah 12 hari berpuasa, ena tak pernah lagi rasa kering tekak walaupun mengalami batuk2 berkahak sejak hari ke tiga berpuasa. Bibir pon tak kering. ALHAMDULILLAH..


KLIK SINI untuk baca lagi Cabaran 20 hari puasa/raya ENA


jumpe esok untuk topik cabaran  seterusnya
till then,


Post a Comment

7 Comments

  1. Hahaha. Betul tuu. Paling mudah masak nasi

    ReplyDelete
  2. Kunjungan balas... :)

    Saya tak dapat nasi tak apa.. tapi kurma tu WAJIB makan.. paling2 3 biji.. hehehehe.. Makan kurma baru la rasa real bersahur.. :)

    ReplyDelete
  3. Follower #42

    Salam.. haiii... DRAMATIC UNIQ nak maklumkan, Exchange Feed Group ada menganjurkan GIVEAWAY MEGA RAYA Dengan hadiah bernilai RM 3100.00 Jemput join tau. Boleh buat duit raya. Terima Kasih.. :)

    ReplyDelete
  4. tq drammatiq uniq sudi follow ena

    ..haha..sama lak kita ye..hantu nasi/haha

    ReplyDelete

Terima Kasih Singgah Komen di Blog Ena..

Semoga kita semua dikurnia rezeki yang banyak serta berkat dan kesihatan yang baik hendaknya

Have a nice day ahead!