Berakhirnya 7 hari di Bulan Ramadhan

Assalamualaikum

Alhamdulillah
Alhamdulillah
Alhamdulillah
Alhamdulillah
Alhamdulillah


Tak puas rasanya, nk ucap ALHMDULILLAH banyak2 kali..


Syukur ke hadrat Yang Maha Kuasa kerana makyong ni dah pon berjaya menjalani ibadah puasa dari hari pertama hingga ke hari ke tujuh iaitu harini. Rasa nak nanges pon ada....sebabnya, dah 3 hari ena diserang batuk berkahak.


Ironinya, ena masih mampu meneruskan puasa dengan bertenaga sehingga waktu berbuka. Pelik. tapi itulah kuasa Allah yang meminjamkan ena tenaga untuk berpuasa dan menyusukan Aeisya Humaira , 2 tahun 9 bulan!


Pada perkiraan ena yang lemah ini, terdetik juga kat hati camne nk teruskan berpuasa, by hari ke 3 dah batuk2... 


Ada sesuatu ena nak kongsikan  di sini. Bagaimana makyong yang hamil 24 minggu berpuasa dan menyusukan dalam keadaan batuk2?


 Aktiviti harian diteruskan seperti biasa, update blog, marketing online, bisnes coaching secara online, bungkus barang untuk dipos, keluar ke pos laju, buat kerja rumah, uruskan anak solehah Aeisya Humaira yang semakin bijak itu, ditambah dengan tadarus al Quran secara online dan masak berbuka. 

Tak terfikir dek akal kan?


Sebenarnya, apa yang membuatkan ena dapat meneruskan jihad ena berpuasa dan melakukan aktiviti sebagai working-at-home-mom adalah kerana keberkatan di Bulan Yang Mulia, Bulan Ramadhan dan rahmat serta keizinan dari Allah jua.




Suplimen sebagai Penyokong Kesihatan Ena




Suka ena nak berkongsi di sini. Alhmdulillah, sepanjang berpuasa ena tidak 'missed' lagi mengambil suplimen kesihatan ibu hamil dan cadangan set berpuasa serta makanan sunnah seperti susu segar, kurma dan madu.


Ena sedar, dalam keadaan begini ena perlukan sokongan nutrisi untuk memastikan tahap kesihatan ena adalah optimum demi orang orang kesayangan ena- suami, aeisya dan baby dalam perut yg makin membesar ni. So ena tak boleh culas atau malas2 nak ambil suplimen. Lagipun, ena nekad untuk berpuasa penuh kerana nak sangat merasai keberkatan dan rahmat nya berpuasa di bulan Ramadhan


Pada sahabat blogger, doakan ena dapat meneruskan jihad berpuasa di bulan Ramadhan ni sehingga hari terakhir bulan ni ye. Terima kasih ;)

Post a Comment

0 Comments