Kepentingan Vitamin C Shaklee| Aeinna Musa


Kepentingan Vitamin C Shaklee| Aeinna Musa. Boleh dikatakan semua orang tahu tentang vitamin C, golongan profesional mahupon orang awam termasuklah kanak-kanak pernah dengar tentang vitamin C. Ibu ayah harini sering menyebut tentang vitamin C, selaliunya mereka kaitkan vitamin dengan kepentingan mengambil buah buahan. Situasi ini tidak asing dalam masyarakat kita lagi kerana vitamin C ini banyak manfaat kesihatannya.

Para penyelidik atau saintis bersetuju bahawa vitamin C memainkan peranan yang sangat penting untuk kesihatan tubuh badan manusia. Aspek yang paling penting dari segi kebaikkan vitamin C adalah sifat antioksidan nya. 

Kepentingan Vitamin C

Melawan Radikal Bebas 

Sifat antioksidan pada Vitamin C membolehkan Vitamin C berperanan sebagai 'super ejen' semula jadi yang boleh membantu merawat, melambatkan atau mencegah kebanyakkan masalah kesihatan. Vitamin C meneutralkan radikal bebas, iaitu molekul yang tidak stabil yang boleh merosakkan sel dan menyebabkan penyakit termasuklah penyakit merbahaya. 

Mereka yang mempunyai banyak radikal bebas dalam sistem badan mereka menunjukkan berlakunya satu keadaan yang dipanggil tekanan oksidatif (OS). Banyak penyelidikan moden yang mengaitkan pelbagai penyakit kronik dengan tekanan oksidatif atau OS ini. 

Tekanan oksidatif perlu dikurangkan atau dihilangkan untuk mengelakkan pelbagai masalah kesihatan terjadi. Cara untuk mengurangkan tekanan oksidatif adalah dengan:

  • Meningkatkan sistem imun
  • Menurunkan keradangan
  • Menjaga sel badan agar sentiasa sihat.

Pengambilan Vitamin C yang selamat seperti Vitamin C Shaklee merupakan salah satu cara yang mudah membantu kita menjaga ketiga-tiga perkara di atas bagi memastikan tekanan oksidatif menurun seetrunya memberikan kita kesihatan yang baik dan optima.


Mencegah Anemia  

Mereka yang mengalami kekurangan zat besi atau anemia tidak mempunyai sel darah merah yang mencukupi, iaitu sel darah yang bertanggungjawab membawa oksigen dari paru-paru ke tisu badan. Jenis anemia yang paling biasa terjadi adalah kekurangan zat besi, di mana badan  perlu menghasilkan sel darah merah lebih banyak lagi.

Vitamin C membantu badan kita menyerap beberapa nutrien dari makanan atau suplimen yang kita ambil. Oleh sebab itu lah pakar-pakar kesihatan akan mengesyorkan pengambilan suplemen vitamin C bersama dengan suplemen zat besi untuk membantu merawat anemia. Kajian pada tahun 2019 mendapati bahawa vitamin C meningkatkan penyerapan zat besi sebanyak 67%. 


Melindungi Kesihatan Otak

Aktiviti antioksidan vitamin C memainkan peranan yang agak penting dalam kesihatan otak. Penyelidikan mencadangkan pengambilan diet tetap serta suplemen boleh melindungi anda daripada kemerosotan saraf yang berkaitan dengan penuaan dan penyakit seperti:

  • Penyakit Alzheimer
  • Penyakit Parkinson
  • Sklerosis 
  • Amyotrophic lateral sclerosis (ALS) 
  • Penyakit Huntington 

Vitamin C juga boleh membantu mengurangkan risiko gangguan kesihatan mental termasuk:

  • Kemurungan
  • Kebimbangan
  • Skizofrenia 

Kajian juga membuktikan bahawa kekurangan vitamin C boleh menyumbang kepada keadaan mental dan neurodegeneratif ini dan suplemen Vitamin C boleh membantu mengurangkan gejala. 


Meningkatkan imuniti dan mempercepatkan proses penyembuhan

Ramai yang sedia maklum harini ini bahawa penggunaan paling popular Vitamin C adalah untuk meningkatkan sistem imun. Vitamin C merupakan penggalak imun yang baik dan pada tahap optima dengan cara:

  • Membantu badan anda membuat beberapa jenis sel imun khusus yang melindungi daripada jangkitan
  • Meningkatkan fungsi sel imun tersebut 
  • Melindungi mereka daripada kerosakan oleh radikal bebas 

Banyak kajian yang dilakukan telah membuktikan bahawa kesan vitamin C pada sistem imun boleh membantu dengan jangkitan tertentu, seperti: 

  • COVID-19
  • Pneumonia 
  • Sepsis (penyakit tindak balas yang melampau, mengancam nyawa)
  • Jangkitan pernafasan lain

Vitamin C juga digunakan secara oral (melalui mulut) atau topikal (digunakan pada kulit) untuk penyembuhan kulit. Menurut penyelidikan, penggunaan vitamin C juga: 

  • Mengurangkan kematian akibat melecur teruk (dalam dos oral atau IV yang tinggi sejurus selepas dimasukkan ke hospital)
  • Menggalakkan penyembuhan luka (secara oral atau topikal)
  • Mengurangkan keradangan kulit dalam keadaan seperti psoriasis dan dermatitis atopik (secara oral atau topikal) 
  • Lindungi kulit daripada kerosakan akibat matahari (secara oral atau bersama-sama dengan vitamin E topikal)

Kepentingan atau kegunaan vitamin C ini dipercayai sebahagian besarnya disebabkan oleh aktiviti antioksidan vitamin C bersama dengan keupayaannya untuk menggalakkan penghasilan kolagen dalam kulit. Menurut kajian dari Harvard University, kelebihan ini akan mudah dicapai dengan pengambilan nutrisi dalam makanan (termasuklah dari makanan tambahan seperti vitamin C Shaklee) berbanding topikal kerana kolagen terdapat dalam lapisan kulit yang lebih dalam dan tidak boleh menembusi lapisan luar.

Apakah Kolagen? Kolagen ialah protein dalam badan anda yang menjadikan tisu kuat, berdaya tahan, dan membolehkan badan kita melakukan regangan. Ia nya terdapat di dalam kulit, tulang, otot, tendon, dan rawan.

Testimoni Vitamin C Shaklee






Jemput baca perkongsian sahabat saya Fazrina tentang Kepentingan Vitamin C Untuk Kesihatan

Klik Gambar di bawah untuk terus wassap Aeinna Musa- 0177172868 jika ada sebarang pertanyaan: 

Aeinna Musa- Pengedar  Shaklee Sah dan Aktif di Putrajaya, Bandar Baru Bangi dan Kajang
Aeinna Musa- Pengedar  Shaklee Sah dan Aktif di Putrajaya, Bandar Baru Bangi dan Kajang




#NextLevelBlogging

#Blogmegashaklee

#ShakleeThrive2023

#ShakleeTriumph2023

Post a Comment

0 Comments