9 Keperluan Wanita Mengandung | Aeinna Musa

 

9 Keperluan Wanita Mengandung



9 Keperluan Wanita Mengandung | Aeinna Musa.  Setiap pasangan yang berkahwin insyaAllah akan melalui satu fasa di mana sang isteri atau wanita mengandung buat kali pertama, kedua, ketiga dan seterusnya mengikut qadarullah rezeki yang ditetapkan Pencipta kita Allah Yang Maha Esa. Seorang wanita mengandung akan melalui fasa yang asing ketika hamil bukan sahaja ketika mengandung kali pertama malah setiap kali mengandung, berbeza pengalaman. Pengalaman wanita mengandung setiap anak itu berbeza walaupun dari rahim yang sama. Jom saya bawakan 9 keperluan penting wanita mengandung dalam entry ini. Mudah mudahan perkongsian ini menjadi panduan kepada pasangan yang telah berkahwin di luar sana.

Sokongan emosi dan fizikal dari orang sekeliling: Wanita Mengandung sangat memerlukan sokongan emosi dan fizikal dari keluarga terutamanya suami dan orang sekelilingnya termasuklah kejiranan dan di pejabat. Orang sekeliling boleh membantu sedikit sebanyak meringankan kerja-kerja harian dan memberikan sokongan moral serta semangat dan mengambil berat kepada wanita mengandung. Sokongan ini membantu wanita mengandung rasa lebih dihargai, rasa tenang dan sentiasa positif menjalani proses kehamilan sehingga bersalin.

Makanan Tambahan: Makanan tambahan atau suplimen sangat penting dan ini merupakan keperluan yang tidak sepatotnya di ambil mudah oleh semua wnaita mengandung kerana ia mempengaruhi kesihatan fizikal dan emosi ibu dan juga bayi kandungan. Doktor juga mungkin akan menasihati pengambilan suplemen seperti vitamin tertentu bagi memenuhi keperluan nutrisi tambahan semasa mengandung kerana ada banyak faktor hari ini hang memungkinkan wanita mengandung tidak mendapat nutrisi yang betul dan cukup untuk dirinya serta bayi. Antara nutrisi penting yang wajib wanita mengandung ambil pada setiap hari adalah:

  • Protein
  • Multivitamin
  • Zat Besi
  • Vitamin B
  • Kalsium
  • Magnesium
  • Vitamin C
  • Asid Lemak Omega-3

Jemput baca (klik ye) testimoni saya  sendiri mengamalkan suplimen ketika hamil dan  (klik sini ye) kisah seorang doktor hamil yang asalnya anti-suplimen namun akhirnya akur bahawa beliau memerlukan suplimen untuk menyokong nutrisi sepanjang kehamilan.

Diet harian yang berkhasiat. Wanita mengandung perlu menjaga pemakanan mereka dengan makan makanan yang berkhasiat seperti sayur-sayuran, buah-buahan, protein, dan kalsium. Makanan seperti ikan, telur, sayur-sayuran hijau, dan susu adalah penting untuk pertumbuhan bayi.  Air minuman yang mencukupi: Memastikan tubuh sentiasa cukup cecair adalah penting semasa mengandung. Minumlah air secukupnya dan elakkan daripada terlalu banyak minuman bergula.

Cukup Rehat: Wanita mengandung memerlukan rehat yang mencukupi untuk membolehkan tubuh berehat dan pulih dari tanda-tanda keletihan semasa mengandung. 

Rutin pemeriksaan doktor secara berkala: Wanita mengandung perlu menjalani pemeriksaan doktor secara berkala untuk memastikan kesihatan mereka dan perkembangan bayi dalam kandungan berjalan dengan baik.

Pengetahuan tentang proses kehamilan dan bersalin: Wanita mengandung perlu memahami proses bersalin dan bagaimana untuk bersedia menghadapinya. 

Pemakaian yang baik selesa: Pakaian yang selesa dan longgar membantu wanita mengandung merasa lebih selesa semasa perut mereka semakin membesar. 

Kebersihan diri: Kebersihan diri yang baik adalah penting untuk mencegah jangkitan dan masalah kulit semasa mengandung. 

Pengurusan stres yang baik: Mengandung boleh menjadi masa yang mencabar secara emosi, jadi penting untuk menguruskan stres dengan baik melalui pelbagai cara seperti meditasi, senaman, atau berbual dengan rakan-rakan yang memahami.


Semoga perkongsian entry 9 Keperluan Wanita Mengandung ini memberi bermanfaat kepada kalian semua. Jemput kongsikan kepada ahli keluarga dan rakan-rakan anda yang sedang mengandung

Jemput baca perkongsian sahabat saya Sumaiyah M Zulkifli yang mengupas 5 keperluan Wanita Mengandung dari sisi yang berbeza.

Klik Gambar di bawah untuk terus wassap Aeinna Musa- 0177172868 jika ada sebarang pertanyaan: 

Aeinna Musa- Pengedar  Shaklee Sah dan Aktif di Putrajaya, Bandar Baru Bangi dan Kajang
Aeinna Musa- Pengedar  Shaklee Sah dan Aktif di Putrajaya, Bandar Baru Bangi dan Kajang




#NextLevelBlogging

#Blogmegashaklee

#ShakleeThrive2023

#ShakleeTriumph2023

Post a Comment

0 Comments