Testimoni Shaklee Saya: Asbab Amal Shaklee Selama 10 Tahun | Aeinna Musa

 

Testimoni Shaklee Saya: Asbab Amal Shaklee Selama 10 Tahun

Testimoni Shaklee Saya: Asbab Amal Shaklee Selama 10 Tahun | Aeinna Musa. Sedar tak sedar, sudah 10 tahun saya mengamalkan shaklee suplimen dalam kehidupan seharian. Alhamdulillah Alhamdulillah Alhamdulillah. Kalau nak ikutkan beratus testimoni shaklee saya dan juga beribu dah testimoni shaklee dari pelanggan shaklee saya. InsyaAllah kali ini saya nak kongsikan hanya tiga sahaja dulu testimoni shaklee saya. Jika ada rezeki masa lain kali saya kongsikan pula testimoni shaklee saya yang lain pula ye.


Kehamilan Risiko Rendah.

Selalunya kita dengar kehamilan berisiko atau kehamilan risiko tinggi kan. Namun alhamdulillah kehamilan ketiga  pada umur 33 tahun, doktor sahkan kehamilan ena berisiko rendah sekaligus melayakkan diri untuk melahirkan anak di Hospital Bersalin Risiko Rendah Putrajaya. Kalau nak tahu, hospital ini di bawah Hospital Putrajaya juga dan pada asalnya adalah sebuah apartment namun dah ditukarkan menjadi hospital bersalin. 

Tidak mudah ye nak masuk ke sini kerana ibu-ibu hami yang benar-benar sihat dan hampir tiada risiko ketika hamil sahaja boleh memilih untuk bersalin di sini. Kalau tak silap saya, ada 18 syarat hehe. Banyak kan. Salah satu 'indicator' yang kehamilan kita risiko rendah adalah sticker pada buku pink ada putih. Selain itu, tidak pernah bersalin secara pembedahan, bukan kehamilan anak pertama,  tiada GDM atau diabetes ketika hamil, tiada darah tinggi, Haemoglobin yang 'cantik' juga antara syarat yang dikenakan. 

Alhamdulillah asbab mengamalkan Set Hamil Shaklee yang terdiri daripada minyak ikan Omega Guard, protein energizing Soy Protein, Vitamin C, B complex dan kalsium Ostenutrix, membekalkan nutrisi yang cukup, sihat dan selamat untuk kedua-dua ibu dan baby.

Alhamdulillah, tempoh berpantang pula se awal satu minggu sahaja luka dah baik sepenuhnya asbab pengambilan vivix. Namun, saya masih teruskan berpantang hingga 44 hari bertungku, makan makanan sihat dan lain-lain amalan berpantang traditional saya cuba amalkan demi membantu badan dan emosi kita dapat hak yang sepatotnya. Badan nak pakai lama kan. hehe.


Turun Berat Badan 10kg

Alhamdulillah, ini pon satu testimoni shaklee saya yang agak signifikan dan boleh dikatakan terbaru juga lah. Saya sedar, selepas beranak anak ketiga, metabolis badan dah mula perlahan. Tambahan pula negara kita dilanda virus covid dan semua orang teroaksa berkurung selama 2 tahun lamanya. Tempoh berkurung yang dijalankan oleh kerajaan negara kita memberi satu tekanan pada diri saya apabila berat badan naik mencanak sehingga 69kg. 


Julai 2022, saya mulakan langkah pertama saya untuk mula amal pemakanan dan gaya hidup sihat. Saya rujuk pada mentor dan coach dalam shaklee sendiri di mana ada 3 panduan yang patut saya titikberatkan untuk turun berat badan dengan sihat. 

  1. Pinggan sihat suku-suku separuh
  2. Senaman minima 3 kali seminggu
  3. Ambil suplimen iaitu Set Kurus Shaklee yang selamat, halal dan berkesan.

Saya mula membina komuniti saya sendiri untuk memastikan saya dapat konsisten dalam satu tempoh masa yang lama yang saya namakan sebagai geng IF Jelita. Alhamdulillah, sehingga perenggan ini ditulis, saya dah konsisten selama 11 bulan dan berjaya turun berat badan sebnayak 10kg, masyaALLAH!

Bagi tujuan kurus sihat ini saya fokus pada suplimen shaklee berikut:

  • Set Hello New You ( Cinch Shake, ESP, Omega Guard, Lecithin dan Herblax)
  • ResV dan Vivix 

Tidak penting dari mana kita bermula yang penting pengakhiran kita. Ena berharap dapat berterusan mengamal gaya hidup sihat serta penuaan yang sihat bersama shaklee ini dan mencapai kesejahteraan kesihatan di masa akan datang. InsyaAllah!

 Allah Bagi Imun Badan di Tahap Optimum

MasyaAllah Tabarokallah. Maha Suci Allah Yang Maha Kaya telah mengurniakan imun badan yang optimum pada saya dan keluarga. Testimoni shaklee saya sendiri, asbab mengamal suplimen shaklee ini, apa yang saya perasan, Allah izinkan saya tidak mudah berjangkit walaupun saya menjaga orang sakit. Syukur sangat, Alhmdulillah, di waktu negara di kemuncak serangan virus covid yang dikatakan sangat kuat pada ketika itu (pandemik) Allah lindungi saya dari terkena. 

Alhamdulillah sekarang dah masuk endemik, virus covid masih lagi menyerang ramai rakyat Malaysia ( pada saat saya menulis barisan ini ramai kawan-kawan yang kongsikan mereka sedang kuarantin asbab demam selsema akibat positif virus covid. 

Suami saya sendiri akui saya jarang jatuh sakit (Allah yang izin ye bukan saya kuat pon). Kata suami saya lagi, selama hidup 13 tahun usia perkahwinan jarang sekali dia lihat saya jatuh sakit misalnya demam. 

Apa yang saya nak kongsikan bukanlah nak kata saya hebat subhanallah jauh sekali. Saya suka nak menyeru rakan-rakan semua agar mula kan pengambilan suplimen shaklee dari hari ini. Sungguh, mencegah tu lebih mudah dan lebih murah berbanding merawat!

Testimoni Shaklee sahabat saya.


#NextLevelBlogging

#Blogmegashaklee

#ShakleeThrive2023

#ShakleeTriumph2023


Post a Comment

0 Comments