Vitamin Untuk Wanita 30 Tahun Ke Atas | Aeinna Musa

 

VITAMIN UNTUK WANITA 30 TAHUN KE ATAS


Vitamin Untuk Wanita 30 Tahun Ke Atas | Aeinna Musa. Vitamin atau suplemen  merupakan satu keperluan dan sangat penting sekarang kerana gaya hidup kita dah berubah. Sekarang ini, makanan yang kita ambil tidak cukup nutrisi yang badan perlukan. Terlalu banyak 'instant food' yang sangat kurang sihat sudah menjadi makanan utama harian orang sekarang terutama mereka yang ebrada di bandar dek kerana rutin hidup yang terlalu sibuk.

Oleh kerana itulah, suplemen menjadi sokongan tambahan untuk memastikan badan kita mendapat zat dan nutrisi yang betul. Bukan itu sahaja, tekanan di tempat kerja mahupun di rumah juga menjadi penyebab harini ramai sangat orang mengalami kekurangan beberapa nutrisi penting yang diperlukan tubuh.  Selain itu, cuaca dan pencemaran alam juga sangat mempengaruhi kesihatan kita. 

Kepentingan untuk kita mengamalkan pengambilan suplemen adalah agar badan kita tidak mengalami kekurangan zat nutrien yang membantu mengekalkan kesihatan tubuh badan pada tahap optimum. Tambahan pula, lihatlah di sekeliling kita harini  tidak ramai orang yang mengamalkan pengambilan makanan yang seimbang pada setiap hari. Ada orang tidak suka makan sayur, ada yang tidak suka daging, ada yang tidak suka makan ikan lah. Jadi, dari sini lah berlakunya kekurangan nutrisi tertentu. Suplemen berperanan membantu mengisi lompong nutrisi tertentu dalam badan akibat dari amalan 'memilih' makanan.

Walaubagaimanapon, suplemen bukanlah menyamai makanan sebenar. Kita tetap perlu ambil makanan sebenar juga. Ingat ye, suplimen hanya melengkapi sahaja. Amalan yang paling baik dan terbaik adalah mengamalkan makan makanan berkhasiat. 

Entry ini khusus tentang vitamin untuk wanita yang berumur 30 tahun ke atas. Wanita perlu mengambil makanan tambahan sebab ada masanya nutrisi dari makanan harian tidak mencukupi akibat dari proses memasak dan sumber makanan itu sendiri.  Makanan tambahan ini sebagai 'backup plan' bagi memastikan tubuh mendapat kesemua nutrisi lengkap yang diperlukan. 

Sebagai contoh, wanita 30 tahun ek atas perlu mengambil zat besi untuk mengatasi penat dan lemah dek kerana wanita mengalami haid atau kehilangan darah pada setiap bulan. Tambahan pula, wanita juga berisiko untuk mengidap osteoporosis (tulang rapuh). Jadi wanita perlu menjaga kesihatan tulang agar kuat, jadi kalsium sangat penting. Kalau tak cukup kalsium, risiko patah tulang tinggi.

Pada zaman sekarang ramai wanita 30 tahun ke atas yang bekerja dan mempunyai gaya hidup yang sangat sibuk. Makanan siap (instant food) menjadi pilihan walaupun kita maklum ianya kurang nutrisi. Pengambilan  makanan tambahan menjadi satu pilihan bijak buat mereka. Walaupun begitu, suka saya ingatkan di sini, agar wanita 30 tahun ke atas tidak menjadikan alasan untuk mengambil makanan tidak sihat dengan alasan tidak mengapa suplimen kan ada.Rutin mengamalkan makanan sihat tetap penting tau. 

4 Jenis Cadangan Vitamin Untuk Wanita 30 Tahun ke Atas


Vita Lize

Vita Lize merupakan multivitamin yang lengkap dengan pelbagai vitamin untuk wanita 30 tahun ke atas. Multivitamin shaklee berwajah baru



GLA


GLA complex shaklee sinonim dengan kesihatan dalaman wanita.


Omega Guard

Omega Guard merupakan minyak ikan asli yang bercirikan 'pharmaceutical grade'.



Ostenutrix

Ostenutrix adalah suplimen kalsium-magnesium untuk kesihatan tulang dan sendi-sendi wanita berumur 30 tahun ke atas.




Yang paling penting tetap kena amalkan diet seimbang dengan makan buah-buahan, sayur-sayuran, protein, dan bijirin. Jangan lupa air kosong pun kena minum banyak. Dapatkan konsultasi terbaik dari mereka yang pakar dalam bidang komposisi badan atau pakar nutrisi.  


Jemput baca perkongsian Puan Fazrina bertajuk Vitamin untuk wanita umur 40 tahun awet muda dan sihat



Klik Gambar di bawah untuk terus wassap Aeinna Musa- 0177172868 jika ada sebarang pertanyaan: 

Aeinna Musa- Pengedar  Shaklee Sah dan Aktif di Putrajaya, Bandar Baru Bangi dan Kajang
Aeinna Musa- Pengedar  Shaklee Sah dan Aktif di Putrajaya, Bandar Baru Bangi dan Kajang




#NextLevelBlogging

#Blogmegashaklee

#ShakleeThrive2023

#ShakleeTriumph2023

Post a Comment

0 Comments