Tips Travel to Bangkok | Aeinna Musa



Tips Travel to Bangkok
Tips Travel to Bangkok


Tips Travel to Bangkok | Aeinna Musa. Ramai ibu ayah yang suka bawa anak-anak travel ke luar negara. Salah satu lokasi yang saya cadangkan untuk melawat adalah Bangkok, Thailand. Lokasi nya behampiran dengan Malaysia menjadikan ia satu lokasi pilihan ramai rakyat Malaysia sama ada persendirian mahupon percutian syarikat. Lokasinya yang hanya bersebelahan dengan Malaysia menjadikan Bangkok, Thailand sebagai percutian yang menjimatkan. 

Dalam entry Tips travel to Bangkok kali ini saya ingin kongsikan beberapa rujukan, panduan atau tips  untuk membantu anda merancang perjalanan dengan baik. Di sini adalah  beberapa tips travel ke Bnagkok yang boleh anda ambil kira dalam merancang perjalanan dan percutian anda.

Tiket Penerbangan

Buat penempahan tiket penerbangan dari Malaysia ke Bangkok  melalui website seperti airasia contohnya . Carilah promosi atau tawaran murah agar dapat mengurangkan kos tiket penerbangan. Tips untuk dapat tiket yang lebih murah adalah booking pada waktu bukan public holiday dan pilih lah hari 'weekdays'.  

Penginapan

Pastikan ada survey lebih awal tempat penginapan yang sesuai dengan bajet sebelum membeli tiket penerbangan. Ada beberapa pilihan seperti homestay, hotel, hostel, chalet atau apa-apa penginapan alternatif yang sesuai dengan bajet yang telah kita ditetapkan sendiri. 

Rancang Itinerari

Buat itenarari untuk merancang jadual perjalanan  dengan teliti. Tetapkan dari awal lagi lokasi-lokasi yang ingin di lawati serta aktiviti yang ingin dilakukan. Tips tambahan, pilihlah tempat aktiviti yang berdekatan dengan lokasi penginapan bagi mengurangkan kos pengangkutan. Jika bawa anak kecil, pilih lah aktiviti indoor dan hadkan aktiviti luar. Bawa bekalan air secukupnya terutamanya pada hari cuaca panas.

Pengangkutan Awam

Pengangkutan awam di Bangkok seperti Skytrain BTS (Bangkok Transit System), MRT (Mass Rapit Transit), bas dan tuk tuk (kenderaan 3 roda yang menggunalkan enjin motosikal) adalah cara yang paling berkesan untuk bergerak dari satu tempat ke tempat lain. Ia juga lebih murah berbanding menggunakan teksi atau kenderaan sewa.

 Makanan Tempatan

Jangan lepaskan peluang untuk mencuba makanan tempatan yang lazat dan murah di kedai-kedai atau gerai pinggir jalan (street food). Sedikit tips tambahan, elakkan makan di kawasan pelancongan yang mungkin lebih mahal dari harga biasa.

Tawaran Diskaun

Rajin-rajin untuk cari tawaran promosi untuk  makanan, pengangkutan atau perkhidmatan lain. Banyak laman web dan aplikasi menawarkan tawaran hebat di Bangkok. Boleh lah mula buat carian di google ye.

 Tawar Harga

Sekiranya anda membeli di kedai-kedai di Bangkok, jangan lah  malu untuk menawar harga di pasar atau kedai-kedai kecil. Kalau nak tahu anda boleh mendapatkan barangan dengan harga yang jauh lebih rendah sekiranya anda rajin untuk meminta diskaun atau menawar harga lagi.

Simkad Telekomunikasi Tempatan

Jangan lupa juga untuk membeli simkad telekomunikasi tempatan bagi memastikan anda dapat menggunakan internet dan membuat panggilan dengan harga yang lebih murah semasa berada di Bangkok. 

 Elakkan Musim Cuti

Ini tips paling penting juga ni iaitu jika boleh, elakkan lah elancong pada musim cuti sekolah atau cuti umum. Ini kerana harga penginapan dan tiket penerbangan pada waktu ini sangat lebih mahal. 

 Anggaran Tambahan

Secara keseluruhan, selain perbelanjaan asas, pastikan anda menyediakan dana tambahan juga untuk hal-hal kecemasan atau perkara yang tak terduga. Mana lah tahu, kot-kot anda nak extend percutian ke kan. Apabila dah ada dana kecemasan, maka dapat lah kita teruskan plan yang di luar jangkaan ini.




Klik Gambar di bawah untuk terus wassap Aeinna Musa- 0177172868 jika ada sebarang pertanyaan: 

Aeinna Musa- Pengedar  Shaklee Sah dan Aktif di Putrajaya, Bandar Baru Bangi dan Kajang
Aeinna Musa- Pengedar  Shaklee Sah dan Aktif di Putrajaya, Bandar Baru Bangi dan Kajang




#NextLevelBlogging

#Blogmegashaklee

#ShakleeThrive2023

#ShakleeTriumph2023

Post a Comment

0 Comments