Percaya Sebelum Berjaya | Aeinna Musa


Percaya Sebelum Berjaya



Assalamualaikum 

Subhanallah 

Alhamdulillah 

Allahuakbar

Laa hawla wala quwwata illah billah 

✨✨✨✨✨✨✨✨



Bismillah, 

Tahniah pada kalian yang terpilih tahajud setiap hari, solat sunat Fajar, solat subuh awal waktu, sedekah subuh dan mengaji serta zikrullah. Ucapkan terima kasih Allah , Alhamdulillah 🤲

Perkongsian motivasi ena hari ni InsyaAllah tentang:

PERCAYA SEBELUM BERJAYA

Ramai nak berjaya tapi ramai juga yang tak mampu nak percaya dulu sebelum benar-benar berjaya.

Eh kata nak berjaya, awat tak boleh percaya ek?🧐


Dari pengalaman ena handle team bisnes dan diri ena sendiri adalah sebab kurangnya ilmu!


Kita kurang ILMU YAKIN.


Kita tak tahu macam mana/pada siapa/pada apa/bila/banyak mana nak YAKIN atau PERCAYA.


Haa itu penting nya ilmu tu.

Lebih parah kalau kita tergolong dalam kategori ‘tak tahu yang kita ni tak tahu

Orite,

Takpe.

 Allah yang hadirkan ilham untuk ena dan tulisan  ni sampai pada anda. Tiada yang kebetulan. Semua dalam aturanNYA kan.


Ilmu yakin ( percaya ) ni prinsip asas nya:


Jangan letak keyakinan tu pada HASIL . Sebab boleh jadi Allah berikan yang lain dari apa yang kita minta. Mungkin lebih baik lagi. Allah Maha Mengetahui apa yang lebih baik untuk kita.

Tapi letaklah keyakinan  pada yang kurniakan hasil yakni ALLAH SWT


Allah Yang Maha Memberi

Allah Yang Maha Kaya

Allah Yang Maha Mengatur segalanya

Allah Yang Maha Kuat


Pernah tak kita order di restoren. Contoh kita order Nasi Goreng. Pernah ke kita risau resah gelisah fikir eh macama mana ye kalau bukan nasi goreng yang sampai. Kalau spageti yang sampai camne ek. 


Tak kan?


Kita buat tak tahu je. Kita YAKIN je, chef akak buat nasi goreng dan waiter akan hantar nasi goreng  nanti. So sedikit pon tak ganggu emosi kita. Rilek je kita borak dengan anak-anak dan suami, atau kita dengan tenangnya dapat tengok 'handphone' sementara tunggu order sampai. Betul?


Haa itu pon sebahagian dari YAKIN. Itu cuma analogi nak tunjukkan pada anda, keadaan kita yakin tu.

Jika kita yakin, sedikit pon hati ni tak gelisah. Tak risau. Tak gundah . Tenang-tenang sahaja kan.


Itu baru manusia, kita yakin sampai macam itu sekali. Baru nasi goreng , kita dah yakin.


Cuba lihat alam ini. Cuba lihat diri kita ni. 

Cuba bayangkan Maha Hebat Allah menciptakan makhluk yang complex dan seluruh galaksi yang wujud di atas dunia ni. Setakat nak bagi impian kita tercapai, apa laha sangat bagi Allah.

Setakat nak bagi kita dan team kita sales RM10 000, RM 100 000, RM 1 juta sekalipon kat kita sebulan, apalah sangat bagi Allah. Sedikit amat bagi Allah Yang Maha Kaya.

Mudah bagi Allah. 


Allah kan Maha Berkuasa lagi Maha Kaya.


Kun faa ya kun.

Kalau Allah kata jadi....MAKA JADI👍

Setel hat ni dulu👆

Dengan hanya memahami PRINSIP ni, ‘believe system’ kita dalam minda bawah sedar akan totally berubah.


Bila dah ada ilmu YAKIN/PERCAYA tu susuli dengan tindakan atau usaha kerana tindakan ni akan jadi asbab kepada hasil dan menambah lagi keyakinan dan kebolehan diri kita ( skill bertambah)

🌈 Usaha Marketing Langit

🌈 Usaha Marketing Bumi

Dua-dua penting dan kene buat ye✅

InsyaAllah, mula dengan yakin pada Allah, maka kita mudah untuk bertindak dan menanam dalam minda kita , 'aku percaya sebelum aku berjaya!

 


#NextLevelBlogging

#Blogmegashaklee

#ShakleeThrive2023

#ShakleeTriumph2023

Post a Comment

0 Comments