Syoknya Raya Dengan Shaklee | Aeinna Musa

 

Raya 2023 Bersama Keluarga Mertua di Bangi

Raya 2023 Bersama Keluarga Saya di Paka, Terengganu


Syoknya Raya Dengan Shaklee | Aeinna Musa. Alhamdulillah alhamdulillah alhamdulillah atas nikmat kurniaan NYA untuk sepanjang Ramadan dan Syawal bersama keluarga. Ramadan bulan penuh barokah, bulan pesta ibadah. Pada bulan Ramadan kesihatan kita semua alhamdulillah berada di paras optimum kerana amalan berpuasa merupakan proses detox (toksin keluar dari badan) dan badan kita lebih sihat dan kuat insyaALLAH. 


Baca juga : 7 Tips Raya dengan Shaklee lebih sihat 


Bermaafan di pagi raya

Bermaafan di pagi raya

Bermaafan di pagi raya


Bulan Syawal pula bulan bermaafan sesama keluarga, saudara mara, jiran tetangga dan kenalan . Umat Islam juga mengambil peluang untuk menyambung silaturrahim dan kunjung mengunjung. Disebutkan dalam hadis, amalan menyambung silaturrahim ini menjadi asbab murah rezeki dan umur yang panjang.



Dari Abu Hurairah, Rasul shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,

 مَنْ سَرَّهُ أَنْ يُبْسَطَ لَهُ فِى رِزْقِهِ ، وَأَنْ يُنْسَأَ لَهُ فِى أَثَرِهِ ، فَلْيَصِلْ رَحِمَهُ 

 “Siapa yang suka dilapangkan rezekinya dan dipanjangkan umurnya hendaklah dia menyambung silaturrahim.” 
(HR. Bukhari no. 5985 dan Muslim no. 2557)


Pada bulan Syawal juga, banyak makanan terhidang. Ada makanan berat seperti nasi minyak, nasi dagang, nasi impit kuah lodeh , kuah kacang, satey, air manis dan macam-macam lagi. Kebanyakkan makanan ini sangat tinggi gula dan kalori. Selain itu , kuih muih dan kuih raya yang tinggi gula dan diperbuat dari tepung gandum juga menjadi punca badan mula radang. Kesan radang ini membuatkan berat badan mula naik, sistem percernaan tidak berfungsi dengan baik, sistem pertahanan badan mula lemah dan akibatnya badan mula akan menunjukkan simptom tidak sihat se awal seminggu beraya. Allahuakbar!


Pelbagai Juadah raya yang sedap. Kene lah pandai control makan kalau tidak akan membahayakan kesihatan kita.


Ramai yang berjaya turun berat badan selepas 30 hari berpuasa pada bulan ramadan namun berat badan naik semula setelah seminggu beraya pada bulan syawal hehe. Antara masalah kesihatan yang timbul seawal minggu pertama bulan syawal:

  • berat badan naik
  • perut sebu
  • sembelit/tidak lawas
  • selesema
  • pening kepala
  • demam
  • cirit birit

Hal ini berlaku kerana kesan dari pengambilan juadah raya yang tinggi gula dalam kuantiti yang tidak terkawal. Shaklee memperkenalkan set raya dengan shaklee yang membantu kita untuk optimakan kesihatan pada bulan syawal.


Kurus ni hanya lah sampingan, yang utama set ini membantu kurangkan radang dalam badan dan mengeluarkan toksin dari badan.



1- Alfalfa Complex

  • Alfalfa membekalkan lebih 300 nutrien dan mineral termasuk kalsium, fosforus, besi, magnesium, klorofil, bioflavonoid, mineral surih dan vitamin
  • Sangat membantu proses pencernaan
  • Ambil 6-10 tablet setiap hari 



2- Herblax


  • Membantu melancarkan 'pembuangan' setelah makan pelbagai juadah raya.
  • Membantu melegakan sembelit ringan
  • 120 tablet sesuain untuk orang dewasa
  • Ambil 4 biji setiap malam sebelum tidur




3-Lecithin


  • Lecithin dinamakan pengemulsi semulajadi
  • Memecahkan lemak kepada molekul halus untuk penghadaman.
  • Ia menyebabkan lemak itu terapung di dalam darah dan seterusnya menvegah lemak dari melekat pada dinding memberan
  • Lecithin berfungsi memecahkan lemak baru jadi cara pengambilannya adalah sebelum makan
  • 180 softgel untuk orang dewasa
  • Ambil 6 kapsul setiap hari



4- Omega Guard

  • Membantu membakar lemak dengan pantas selepas makan rendang dan makanan berminyak.
  • Dihasilkan dari minyak ikan berkualiti tinggi
  • Omega Guard berfungsi memecahkan lemak lama, jadi cara pengambilannya adalah selepas makan
  • 90 kapsul sesuain untuk dewasa
  • Ambil 3 biji selepas makan




4 sekawan suplimen raya dengan shaklee ini sangat membantu mereka yang inginnkan kesihatan terbaik pada bulan syawal. Makan secara berpada-pada dan ambil suplimen shaklee untuk mengelakkan simptom badan yang tidak sihat ketika berhari raya. Syoknya raya dengan shaklee!


Jika ingin mendapatkan suplimen raya shaklee ini boleh lah hubung Aeinna Musa 0177172868. InsyaAllah, konsultasi terbaik buat mereka yang menghubungi kami dengan sendiri.



#nextlevelblogging #blogmegashaklee #shakleethrive2023 #shakleetriumph2023

Post a Comment

0 Comments