7 Cara Cepat Turunkan Berat Badan dengan Set Hello New You | Aeinna Musa



Bila tamatnya raya, ramai mula risau semula bila berat badan naik, perut pon makin buncit semula.


7 Cara Cepat Turunkan Berat Badan dengan Set Hello New You. Hari raya semua umat islam bersuka ria menyambut kemeriahan raya terutamanya juadah yang sedap. Hari raya sinonim dengan juadah raya yang pelbagai dan ter amat sedap. Akibatnya, badan mula naik semula dan banyak toksin terkumpul. Shaklee memperkenalkan set detox yang insyaAllah iaitu set Hello New  You bagi membantu sekiranya mereka mengalami situasi yang sama.


Sebelum saya share tentang 7 cara cepat turunkan berat badan dengan Set Hello New You, saya nak tekan kan di sini untuk sama-sama kita perbetulkan semula niat. Apa niat kita nak kurus? Bare in mind, bukan nak kurus semata nak cantik sahaja ye tapi kita nak SIHAT.  Berapa ramai orang kurus tapi ada gerd, ada kolesterol tinggi, dan macam-macam lagi penyakit yang meresahkan diri sendiri baik fizikal mahupon mental. 

Keadaan di mana BMI yang overweight atau obes,  ia mengundang banyak penyakit. Kalau nak tahu World Health organisation (WHO) telah gariskan bahawa obesiti adalah sejenis penyakit. Haa terkejut bukan? Saya pon baru tahu tentang ni asbab nak tulis artikel di blog. So kalau ada orang kata 'aku gemuk tapi aku takde penyakit', itu salah! hihi gelak dalam hati. Kita2 je tahu k.hehe

Sesetengah penyakit pula ada yang develope slowly tanpa kita sedar pon. Tup-tup masa tahu tu, dah ‘end stage’ Nauzubillah. Oleh sebab itu, sangat penting untuk kita semua ada kesedaran awal untuk menjaga kesihatan. Ini lah yang paling menyeramkan. Jadi 3 prinsipal ini kene pegang dan amal sepanjang hidup kita:

    1) Makan suku-suku separuh

    2) Senaman at least 3 kali seminggu ( 20 minit setiap sesi)

    3) Ambil suplimen yang selamat berkualiti halal dan berkesan

Jadi dalam entry kali ini, ketiga-tiga prinsip amalan hidup ini saya tekankan. Saya nasihat pda diri sendiri dan semua pembaca, 'jaga perut'. Lebih tepat lagi, JAGA USUS. Percaya tak, banyak penyakit termasuk penyakit mental juga berkait dengan kesihatan USUS. Kalau mampu, usahakan lah untuk masak sendiri di rumah at least 5 hari seminggu. Weekend kalau jalan-jalan tu takpelah kita diskaun (cheat day), boleh makan kat luar tapi masih dalam kuantiti yang sederhana. Ok jom kita lihat apakah 7 cara cepat turunkan berat badan dengan set Hello New You iaitu suplimen dari shaklee yang berkesan untuk tingkatkan kualiti kesihatan kita.


cara cepat kurus
Set Hello New You dari shaklee


7 cara cepat turunkan berat badan dengan set Hello New You


1-Elak gluten. 

Gluten sangat menggangu kesihatan usus  tanpa kita sedar.  Ada badan yang terus intolerance dan menunjukkan simptom dan ada badan boleh terimadan tiada simptom yang keluar. Gluten ada dalam roti dan biskut-biskut komersial dan homemade juga. Mereka menggunakan tepung gandum dalam pembuatan roti dan biskut. Alternatif lebih sihat jika anda suka roti, belilah gluten-free bread. Harga agak mahal sedikit or boleh je buat sendiri kalau  rajin ( campuran tepung beras dan tepung jagung dalam kuantiti yang betul akan bagi juga charateristic seperti roti dari tepung gandum . Kalau tak rajin, control lah sedaya upaya yang kita mampu. Kalau mampu elak, elak. Kita taknak gluten ni mengganggu usus kerana jika fungsi usus tidak baik, makan penyerapan nutrisi terbaik dari set Hello New You juga akan terkesan juga.


2- Elak gula putih. 

Ramai yang tidak sedar bahayanya gula putih ni. Jika anda suka sangat makan manis, untuk permulaan ganti dengan gula merah   atau pemanis zero calori yang ada dijual di pharmacy. Namun, ingat ye walaupun dah tukar kepada gula organik sekalipon, tetap lah kene jaga kuantiti pengambilannya ye kerana gula tetap gula. Gula yang tinggi dalam badan gula mengganggu fungsi suplimen yang kita ambil iaitu terganggu juga lah niat kita untuk turunkan berat badan dengan cepat dengan set Hello New You. Hati-hati ye.  


3- Ambil suplimen . 

Fungsi suplimen dalam menurunkan berat badan adalah untuk melengkapkan nutrisi yang kurang kerana kita dah mula kawal pengambilan makanan kan. Jadi, sudah tentu akan memerbi kesan juga kepada nutrisi yang badan kita perlukan. Suplimen dalam set Hello New You ni nemmpunyai nutrisi yang lengkap  untuk sel badan yang sihat, detox usus dan seterusnya membakar lemak serta memberi tenaga juga.


4- Elak processed food . 

Haa yg ini banyak teramat sangat di sekeliling kita. Taknak ckp panjang boleh google je. Focus ambil real food sahaja ye. Ajak dan ajar anak-anak dan keluarga kita untuk makan real food banyak-banyak. Kalau tak boleh masak, beli pon boleh. Ramai je orang jual REAL FOOD. Makan dari  pelbagai sumber protein haiwan, ambil minyak sihat, ambil sayur dan buahan secara sederhana.  Ambil sumber karbohidrat secara sederhana dari sumber real food contoh nasi dan umbisi (ubi). Lebih baik lagi nasi yg dimasak dgn santan atau minyak ghee kerana akan menurunkan glisemik index makanan tersebut.


5- Ambil probiotik dan prebiotik. 

Ini boleh diambil dari makanan atau suplimen. Kat klinik homopati ada jual suplimen probiotik. Ena pernah beli juga. Fokus probiotik dan prebiotik ni untuk meningkatkan  kesihatan usus yang lebih baik. bila usus baik dan sihat insyaAllah segala nutrisi dari pemakanan harian dan dari suplimen dapat diserap secara optimum dalam badan kita.


6- Senaman. 

Senaman sangat penting selain membakar kalori dengan cepat senaman juga membantu kita untuk kawal stress lebih baik. Selain itu, senaman juga jalan pintas untnk badan kita mencapai autophagy iaitu keadaan di mana  sel badan kita yang sihat akan makan sel badan kita yang rosak. Haa menarik kan. Teknik berpuasa selama 18 jam dapat aktifkan autopaghy dalam badan kita namun dengan senaman hanya perlu sekitar 15-30 minit lebih sahaja  (bergantung kepada jenis senaman yang kita buat). Mudah je kalau tak biasa bersenam, mula sahaja dengan berjalan kaki di taman. Sehari dapat 6000 langkah dah ok sangat dah yang penting konsisten. kalau nak tahu siapa yang ambil set hello new you dan amal senaman lebih cepat turunkan berat badan berbanding mereka yang amal set hello new you tetapi tidak bersenam.


7- Circle. 

Cari circle yang nak sihat sama-sama. Saya sendiri ada menyediakan support group yang dinamakan geng IF Jelita di mana dalam group ni saya kumpulkan mereka yang nekad, komited dan bersungguh serta bersemangat untuk turunkan berat badan dan mengamalkan gaya hidup yang sihat setiap hari. Inspirasi dan motivasi dari kumpulan sebegini membantu kita lebih konsisten dalam journey sihat kita  untuk turunkan berat badan dengan cepat dengan set Hello New you.

turun berat badan dengan cepat
Set Hello New You bantu turunkan berat badan dengan cepat dan selamat. Promosi harga RM353 ini sah untuk bulan MAY 2023 sahaja ye ;)

Ini lah Set Hello New You yang terdiri daripada:

  • Cinch Cafe latte-
  • Cinch Vanilla-
  • Omega Guard-
  • Lecithin-
  • Herblax-


Semoga perkongsian 7 cara cepat turunkan berat badan dengan set Hello New You ini memberi idea dan inspirasi untuk kalian bermula hari ini. Saya sendiri belom 100% menggunakan dan ambil bahan 100% yang sihat. Saya juga masih berusaha dan sentiasa berusaha dalam membentuk dan melahirkan anak-anak generasi keluarga yang sihat tubuh badan bermula dari kesihatan usus dan juga mental.  Kita terus belajar dan amal sama-sama. Pepatah arab mengatakan ‘Tak dapat buat semua jangan tinggal semua’. 


InsyaAllah moga dipermudahkan urusan kalian semua



#NextLevelBlogging

#Blogmegashaklee

#ShakleeThrive2023

#ShakleeTriumph2023

Post a Comment

0 Comments