5 Kelebihan Bisnes Online Tanpa Modal Dari Rumah | Aeinna Musa

5 Kelebihan Bisnes Online Tanpa Modal Dari Rumah | Aeinna Musa
5 Kelebihan Bisnes Online Tanpa Modal Dari Rumah 



 5 Kelebihan Bisnes Online Tanpa Modal Dari Rumah. Ingat lagi masa saya mulakan bisnes online saya dulu  iaitu sekitar awal akhir tahun 2012. Turning point saya mencuba bisnes online selepas membaca buku "Mudahnya Menjemput Rezeki tulisan Ustaz Fathuri. Buku ni bukan saya beli tapi adik yang sedang belajar di Msedir waktu ni beli dan menggunakan alamat saya untuk postage buku. Jadi sementara tunggu dia balik Mesir, saya minta izin untuk membaca buku ni.

Nak dijadikan cerita, punya lah keyakinan diri meningkat lepas baca buku Mudahnya Menjemput Rezeki, saya terus mencari jalan untuk berhubung dengan stokis buku ni. Dari situ lah ebrmula perjanan sebagai 'online seller' di mana saya mula mempromosikan buku ini dalam bentuk penceritaan dan feedback diri sendiri mengamalkan tips yang dikongsikan penulis buku. 

Alhamdulillah, bisnes buku mendapat sambutan yang tinggi namun saya tak dapat teruskan atas faktor modal. Kemudian saya mencuba pula bisnes emas secara atas talian. Keluarga dan kawan-kawan pelik dan tertanya macam mana saya buat bisnes online menjual emas. Waktu ni saya jadi dropshiper je, tak pegang stok dan emas terus diposkan kepada pelanggan. Rupanya ramai yang mempercayai saya dan alhamdulillah urusan jual -beli makin rancak. Pelanggan yang tak pernah jumpa pon percaya untuk membeli emas bernilai 5 angka .

Ku sangka panas hingga ke petang rupanya hujan di tengah hari. hehe. Bisnes online ini juga tidak bertahan lama. Bisnes emas ni seronok namun saya mendapati kekangan saya apabila ramai pelanggan mula request untuk cod. Kekangan dari segi modal untuk buat ready stok dan risiko keselamatan memandangkan waktu ni anak saya bayi lagi serta risiko kerugian apabila berdepan dengan scammer. Saya jadi makin takut dan risau apabila ramai kawan-kawan kene tipu waktu jual beli emas.

Walaupun sangat berat hati namun keputusan telah dibuat, saya mencuba pula Bisnes Online Shaklee dan tidak lagi meneruskan bisnes emas. Saya seronok waktu mula-mula buat Bisnes Online Shaklee apabila saya mula dapat pelanggan sebelum saya sendiri mencuba produk. Kisahnya, saya daftar sebagai pengedar sah shaklee dan saya juga terus buat belian Ostematrix (sekarang nama nya OsteNutrix) dan Energizing Soy Protein (ESP). Oleh kerana terlalu excited,  saya cuba-cuba iklankan di facebook saya dan ada yang berminat untuk mendaftar sebagai ahli dan nak jadi pengguna shaklee. Saya berjaya close deal waktu tu pelanggan pertama saya nak cuba ESP di saat order saya sendiri pon belom sampai hehe.

Selepas kejadian tu, makin teruja saya nak berkongsi tentang keistimewaan dan kelebihan produk Shaklee hanya di media sosial saya hingga hari ini.



5 Kelebihan Bisnes Online Tanpa Modal Dari Rumah 


Pejam celik pejam celik dah masuk tahun ke 10 saya buat Bisnes Online Shaklee hanya dari rumah. Saya ingin berkongsi dengan kalian semua, 5  kelebihan bisnes online shaklee ini. 2 kelebihan yang tertera pada tajuk ini sangat menepati situasi saya since saya merupakan surirumah dan mempunyai kekangan dari segi modal. Ingat lagi di awal entry ni saya kongsi kisah saya tak dapat nak teruskan bisnes kerana modal.

1- Marketing tools disediakan 

Macam mana saya boleh menjual produk walaupun produk shaklee yang saya order untuk kegunaan sendiri pon belom sampai? Ini kerana Bisnes Online Shaklee ini menyediakan sokongan dari segi marketing tools atau alatbantu pemasaran yang bersistem. Setiap pengedar akan mendapat akses ke website atau telegram rasmi bisnes online shaklee di mana dari website dan telegram itulah kita boleh guna segala poster, info kempen, info produk, testimoni , video content dan lain-lain lagi. 


KLIK gambar  untuk terus ke Telegram rasmi Bisnes Online Shaklee



2 - Pemasaran meluas di semua platform online yang dibenarkan.

Saya mula membuat pemasaran atau merketing melalui media sosial sahaja dan saya sangat selesa serta mendapat ramai customer dari 'online'. Antara medium yang Bisnes Online Shaklee benarkan pengedarnya membuat pemasaraan adalah:

  • Facebook
  • Instagram
  • Tiktok
  • Twitter
  • Blog
  • Youtube

Pihak Shaklee tidak membenarkan pengedarnya membuat pemasaran di e-commerce. Ini kerana e-commerce biasanya tiada servis selepas belian dan banyak isu buang harga di sana. Peraturan ini demi menjaga eksklusiviti dan quality serta nama brand shaklee itu sendiri. Bayangkan apa berlaku jika ramai-ramai pengedar 'buang harga' dan tiada servis selepas belian? Sudah tentulah nama shaklee akan buruk dan tidak lagi bertahan dalam market. Situasi ini amat menyedihkan padahal qualiti produk shaklee adalah 'beyond organik', selamat, natural, halal dan  berkesan!

Selain marketing tools dari shaklee, team kami juga menyediakan platform untuk semua orang berkongsi idea, poster serta video pemasaran yang lebih menarik dan trending lagi. Ramai yang berkongsi hasil kretiviti di situ dan support group tu boleh di akses oleh semua ahli team kami. Apa yang leader kami terapkan adalah bersatu padu untuk sama-sama maju, saling membantu , saling berkongsi ilmu dan tidak kedekut dalam berkongsi. Alhamdulillah.

3- Pembelajaran tanpa henti

Bisnes Online Shaklee memberi peluang untuk saya sentiasa menambah ilmu kerana terlalu banyak kelas-kelas yang diadakan oleh pihak company dan juga leader. Kelas ilmu produk, kelas tips pemasaran online, kelas motivasi serta kelas spiritual untuk mantapkan lagi kerohanian dan sentiasa bersemangat dalam berusaha.

Selain ilmu bisnes dan ilmu kesihatan, kelas dan seminar yang diadakan dalam team saya juga mengajar tentang ilmu kehidupan. Memang seronok dan saya dulunya negatif orangnya alhamdulillah setelah buat bisnes online shaklee, saya mampu mengawal emosi bersangka baik pada orang lain dan pada Allah serta sudah pandai berfikiran positif.

Bagi saya yang seorang surirumah , saya rasa sangat bertuah kerana dapat akses pada ilmu-ilmu mahal dari team bisnes online shaklee hanya dari hujung jari sahaja dan ia nya memberi impak yang besar kepada diri, keluarga dan keseluruhan kehidupan termasuk hubungan saya dengan Pencipta kita yakni Allah SWT. Alhamdulillah.



4- Prospek kita yang luas iaitu satu Malaysia 

Walaupun pemasaran dibuat di hujung jari dari rumah sahaja namun dalam bisnes online shaklee kita mampu 'reach out' semua rakyat Malaysia walau di mana mereka berada. Ena dapat customer dari rakyat Malaysia yang tinggal di New Zealand dan ada team ena sendiri yang dapat customer dari rakyat Singapore juga. 

Bagaimana mereka tahu kewujudan kita? Jawapannya nya adalah melaui medium online sama ada google atau media sosial. 

Lagi satu keistimewaan bisnes online shaklee adalah shaklee mendapat awards Trusted Brand 2 tahun berturut-turut dan ini menjadikan ramai rakyat Malaysia yakin dan mula mencari serta 'repeat order' produk shaklee. Kita hanya perlu buat pemasaran dan 'branding online' insyaAllah ramai yang akan  jumpa kita dari carian google dan media sosial juga.

Shaklee Trusted Brand



5- Sesuai untuk semua orang kerana tanpa modal dan hanya dari rumah

Bisnes online shaklee  untuk mereka yang sangat sibuk seperti pelajar, surirumah, penjawat awam, pekerja swasta, malah mereka ynag dah pencen pon boleh juga. Tidak kisahlah apa jawatan kita sekarang, tidak kisah siapa kita kerana  bisnes online shaklee ini memberi peluang bisnes kepada semua lapisan masyarakat kerana ianya mudah dan boleh dilakukan dari mana kita berada termasuklah hanya dari rumah! 

Bisnes online shaklee zero modal kerana kita boleh lakukan ia secara 'dropship' namun ada modal yang kita masih perlu berikan iaitu:

  • Modal Kesungguhan dan NAK yang tinggi
  • Modal Komitmen
  • Modal Masa
  • Modal Tenaga


Bisnes Online Shaklee bukan bisnes biasa-biasa malah ianya merupakan satu kerjaya di mana anda boleh jadikan bisnesini sebagai satu kerjaya sebenar anda. Bisnes ini bukan sahaja membantu kita mendapat pendapatan lumayan malah ianya juga memberi kita peluang untuk membantu lebih ramai orang lain juga menambah pendapatan dan mempunyai kesihatan yang baik.

Peluang Pendapatan dari bisnes online shaklee. ok juga ni sebagai income part time kita kan?

Jika anda berminat untuk memulakan Bisnes Online Tanpa Modal Dari Rumah atau dari mana sahaja anda berada boleh hubungi saya Aeinna Musa 0177172868




#shakleethrive2023
#shakleetriumph2023
#blogmegashaklee
#kocekraya2023
#tabungsekolah2023

Post a Comment

0 Comments