Pengalaman Ramadhan Dengan Set Puasa Shaklee | Aeinna Musa

Pengalaman Ramadhan Dengan Set Puasa Shaklee | Aeinna Musa. MasyaAllah dalam sedar tak sedar kurang 2 minggu je lagi nak masuk ke Bulan Ramadhan 2023. Cepat sungguh masa berlalu. Setiap kali nak masuk bulan puasa ena teringat pengalaman Ramadhan ena dengan Set Puasa Shaklee. 

        Sememangnya setiap tahun ena berpuasa set puasa shaklee namun kenangan paling utuh dalam ingatan ena adalah sewaktu sedang sarat hamil anak kedua. Waktu tu bulan Ramadhan tahun 2015 ena sedang sarat hamil anak kedua iaitu 8 bulan umur kandungan. Bayangkanlah dalam keadaan diri sendiri nak berjalan pon macam peguin, ada anak umur 3 tahun yang masih perlukan perhatian kita, kene masak untuk family mertua dan pada masa yang sama ena juga menguruskan perniagaan online juga.

         Kalau nak fikir balik macam tak logik boleh lalui ramadhan tahun tersebut dengan baik yang mana Allah izinkan ena berpuasa penuh. Salah satu asbab nya, berani ena katakan adalah asbab Set Puasa Shaklee. Setiap hari di bulan ramadhan pada waktu bersahur dan berbuka, Set Puasa Shaklee lah yang menjadi peneman. 

Set Puasa Ramadhan membekalkan tenaga sepanjang hari insyaAllah

Manfaat Set Puasa Shaklee 


Set Puasa Shaklee yang ena amalkan setiap bulan Ramadhan ini insyaAllah:

  1. Membekalkan tenaga berpanjangan
  2. Kenyang lebih lama
  3. Tidak terasa haus yang keterlaluan
  4. Dapat fokus menjalani ibadah puasa dengan baik walaupun sambil bekerja kerana tidak melepek atau keletihan

Set Puasa Shaklee yang ena amalkan terdiri daripada 3 produk ini :

  1. Energizing Soy Protein (ESP)
  2. Cinch Shake
  3. Performance Drink (PD)

Energizing Soy Protein (ESP)


         Energizing Soy Protein (ESP) adalah protein premium dan berkualiti tinggi yang berasaskan daripada soya bukan GMO. Ia membantu untuk rasa kenyang lebih lama dan rasanya sangat sedap. Selalunya ena ambil ESP ni waktu berbuka puasa. Ena suka sangat blend dengan kurma yang telah direndam terlebih dahulu. 

           Pada tahun Ramadhan yang ena sarat hamil tu, waktu berbuka memang tak dapat langsung nak makan nasi atau kuih muih ke apa. Kalau ena paksa makan confirm akan muntah semula. Perut tak boleh terima lagi makanan walaupun sebenarnya sedang lapar asbab berpuasa sepanjang hari. Syukur alhamdulillah sangat dengan adanya ESP ni, alternatif untuk ena berbuka dengan bertenaga dan tidak menyakitkan badan sendiri. 

         Pelbagai resepi ena buat dengan ESP untuk berbuka. Kadang-kadang ena campur dengan buah-buahan (blend), dengan kurma, dengan susu segar pon ada juga. Lepas berbuka dengan ESP ena akan solat magrib. Rehat dan mengaji sekejap kemudian lepas solat isyak barulah ena akan menjamah nasi, lauk pauk mahupun kuih muih.

Cinch Shake

Kenyang bertenaga apabila bersahur dengan set puasa shaklee Cinch Shake Shaklee


       Cinch Shake juga merupakan alternatif protein berkualiti tinggi, rendah glisemik index dan mempunyai 3 perisa yang sedap-sedap belaka iaitu Cafe Latte, Chocolate dan Vanilla. Ena dah cuba kesemua perisa ni semua sedap-sedap belaka. Cinch Shake ini ena ambil waktu sahur, sangat mudah dan cepat penyediaannya.  

            Waktu sahur adalah waktu paling mustajab kita mengamalkan istighfar. Jadi pada pendapat ena, satu usaha ikhtiar untuk kita lah dalam memudahkan penyediaan sahur kita. Cinch Shake ini insyaAllah cepat sangat penyediaannya tambahan pula ia memberi kita nutrisi yang hebat isyaAllah, kenyang yang lama dan juga bertenaga. Jadi, dapatlah kita mengamalkan istighfar dan fokus berdoa pada waktu mustajab iaitu 30 minit sebelum azan subuh. Moga kita dapat manfaatkan waktu sahur dengan perbanyakkan istighfar.



Performance Drink (PD)



        Performance Drink (PD) adalah sejenis minuman isotonik yang bebas karbonat (tiada gas) yang memberi kesegaran kepada kita. Jujurnya setiap kali Ramadhan ena mengamalkan minuman Performance Drink Shaklee ni ketika berbuka dan bersahur juga. Alhamdulillah waktu berbuka ena rasa sangat segar dan Allah bagi hilang haus serta merta tanpa perlu minium air bergelas-gelas banyaknya. Mudah kata, air Performance Drink ini memberi kepuasan yang maksima. Bancuh sejuk-sejuk lagi sedap tau!

        Sama juga waktu bersahur, ena akan minum Performance Drink  Shaklee ni bersama vitamin-vitamin lain seperti nmultivitamin, vitamin C , minyak ikan dan sebagainya.



Selamat menyambut Ramadhan 2023. Jika anda berminat untuk mencuba Set Puasa Shaklee boleh hubungi Aeinna Musa di 0177172868



Sehingga berjumpa lagi next entry ye

#shakleethrive2023

#shakleetriumph2023

#blogmegashaklee

Post a Comment

2 Comments

  1. Pengalaman mengandung di bulan puasa memang sangat mencabar.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye betul sangat. yang mengalami je boleh faham

      Delete

Terima Kasih Singgah Komen di Blog Ena..

Semoga kita semua dikurnia rezeki yang banyak serta berkat dan kesihatan yang baik hendaknya

Have a nice day ahead!