Teringin Nak Terbang Bersama Singapore Airlines !


Teringin Nak Terbang Bersama Singapore Airlines | Assalamualaikum. hai semua. Korang pernah tak pergi ke europe? Kalau tak pernah apa kata korang set satu masa, kumpul duit siap-siap then plan pergi ke Europe satu hari nanti. Sebabnya dengan pengalaman korang nanti, kekna gerenti korang akan berpuas hati. Memang ramai cakap kalau nak pergi belah sana duit kena banyak tapi segalanya possible kalau kita pandai menyimpan dan pandai plan dari segi setting bajet serendah yang mungkin.

Yang penting niat dulu, set target dan insyaaAllah korang akan sampai ke sana suatu hari nanti.
Apa yang korang tau pasal Airline kebanggaan negara jiran kita? Singapore Airlines ni antara airlines yang besar untuk seluruh Asia Tenggara. Diorang based dekat Changi International Airport, dan boleh terbang ke lebih kurang 62 destinasi seluruh dunia. Wow kan!

Dalam flight ni ada economy class, premium economy, business, first class dan suites. Ikut korang lah nak naik yang mana-mana sebab based kepada bajet korang jugak kan. Kalau nak yang paling murah pilihlah economy class. Makanan pun ada disediakan kalau flight jauh. Untuk yang lain-lain, lebih selesa dan ada makanan yang special. Tapi kalau economy pun okay sebab takdelah jauh mana dari KLIA ke Singapore kan.


So untuk dapatkan Singapore Airlines promo yang murah korang kena pergi kat web Traveloka. Dekat Traveloka korang boleh buat online booking, korang kena bukak Traveloka web atau apps, search dulu logo Emirates, then isikan detail macam destinasi yang korang nak pergi contohnya London, cari tarikh yang korang plan, preferably bukan musim cuti sekolah atau perayaan. Lepas tu click search flight, dank orang akan nampak list of flights yang ada pada tarikh yang korang pilih tu. Korang pilih yang mana satu korang nak, isi detail passengers, lepas tu buat payment. Ada banyak cara nak buat payment tapi yang senang online banking atau kad kredit. Kalau semuanya okay korang akan dapat e-ticket kat dalam account Traveloka korang atau email. Simpan elok-elok dan jangan hilangkan tau. Sebab e-ticket nilah proof masa korang nak check in kat airport nanti.


Once korang dah dapat cari best flight to London nanti korang boleh google pasal London. So disebabkan itu aku share sikit apa yang korang boleh buat kat sana. Terfikir-fikir aktiviti unik yang menarik untuk dibuat semasa berada di kota London? Apa kata kalau korang sekeluarga pergi menonton filem di atas bumbung bangunan yang berlatar belakangkan view pencakar-pencakar langit di sekitar London? Rooftop Film Club ditubuhkan untuk memberikan pengalaman luar biasa di mana wayang bersatu dengan view dan udara segara di luar. Siapa kata nak tengok wayang mesti duduk dalam tempat tertutup? Bukan itu sahaja, kerusi yang disediakan juga sangat comfy dengan sesetengah tempat lengkap dengan headphone berkualiti tinggi untuk korang mendengar dialog tanpa sebarang gangguan bunyi. Pernah jumpa aktiviti macam ni di Malaysia?


Korang mungkin pernah dengar tentang muzium patung lilin manusia yang realistik ni di mana-mana bandar besar di dunia, tapi kalau korang nak tahu Madame Tussauds London adalah muzium original patung lilin ni. Ianya mula diwujudkan pada tahun 1836 di Baker Street London. Walaupun harga tiketnya bukanlah murah, tapi korang sekeluarga dapat mendekati ramai selebriti dan orang-orang besar di dunia untuk bergambar dengan mereka walaupun sekadar patung. Sangat real! Kat sini terdapat lebih daripada 250 buah nama besar untuk korang ‘temui’ dan bergambar bersama. Antara tarikan menarik yang ada kat sini adalah patung lilin Prince Harry dan Meghan, yang menariknya, korang boleh memilih latar belakang di mana korang ingin ‘menemui’ mereka, sama ada di pantai, semasa wedding dan banyak lagi. Seronok kan kalau dapat pergi bercuti kat London lebih-lebih lagi dapat experience best kat dalam Singapore Airlines. Dah la dapat harga yang murah melalui Traveloka.


Kekna yakin korang takkan menyesal nanti. Apa-apa pun selamat terbang ke London bersama Singapore Airlines!



Dah lama kami tak bercuti satu family. Jom booking tiket di Traveloka!


With love,
-Kekna-


Post a Comment

0 Comments