Selawat Tafrijiyah

Assalamualaikum | Selawat Tafrijiyah disebut juga “Selawat Kamilah” atau “Selawat Nariyah” yang ertinya sempurna atau terbuka sehingga menjadi lapang. Selawat ini jika diamalkan dapat menghilangkan kesempitan dengan izin Allah SWT.
.
Bagi seseorang yang menginginkan agar kehidupan sehariannya berjalan lancar, jauh dari gangguan dan persaingan sebaiknyalah ia mengamalkan Selawat Tafrijiyah dengan membacanya selepas solat fardhu sebanyak yang ia mampu.



.
Fadhilat Selawat Tafrijiyah


Jom sama sama kita amalkan dengan niat yang baik. Menurut Ustaz Sheikh Nazrul Nasir, cepatnya maqbul hajat asbab amalan selawat Tafrijiyah ni, ibaratnya api yang membakar bahan bakar. Subhanallah.

Antara kebaikan  pengamal selawat ini:-

1. Allah akan melenyapkan kesedihan, kesulitan serta bahaya yang menimpa dirinya.
2.Allah akan memudahkan segala urusan hidupnya.
3.Dipancarkan nur (cahaya) dalam hatinya juga ditinggikan martabatnya.
4.Suaranya didengari serta pandangan dan pendapatnya diterima ramai
5.Dia dilindumgi daripada segala bencana dan malapetaka.
6.Dia sentiasa dicintai oleh semua orang.
7.Segala yang dihajati akan dimakbulkan Allah.
8.Dimurahkan rezekinya, dijauhkan daripada kelaparan dan kemiskinan.
.

Imam ad-Dainuri r..a.

11 x – setiap kali selesai solat fardhu, diberkati rezeki, ditinggikan darjat dan dijanjikan husnul khatimah.
41 x – setiap malam secara istiqamah akan tercapai segala hajat.
100 x – setiap selepas solat Hajat beberapa malam- menyelesaikan masalah.
313x – setiap hari, mengetahui rahsia ghaib atau sesuatu yang dikehendaki.
1000x – tercapai segala cita-cita dan tersingkap rahsia yang dikehendaki.
.

Imam Qurtubi r.a.

41 x / 100x – Allah hilangkan segala dukacita dan kesusahannya, memudahkan segala urusan, mengangkat martabat dan darjat, menambahkan haibahnya, meluaskan rezeki dan membuka pintu kebajikan.
.

Imam Sayyidi Muhammad Khafi r.a.

Baca 4444 x dalam tempoh 7 hari 8 malam, kemudian diikuti dengan doa Selawat Nariyahh; Insya Allah tercapai hajat dengan baik dan sempurna.
.
Apabila dibaca 3 kali selepas selesai solat fardhu maka pahalanya samalah seperti haji mabrur/haji yang maqbul.
.
Wallahu A’alam Bissowab




Your Certified Shaklee Product Consultant:
Pengedar Shaklee Vivix Kajang, Bangi, Putrajaya
ID Shaklee: 960982
Aeinna Musa / Kekna (0177172868)
Direct Wassap:
COD Kajang dan Bandar Baru Bangi serta sekitar
Pengeposan ke seluruh Malaysia




Post a Comment

2 Comments

  1. Thanks for sharing. In Shaa Allah akan abam kie amalkan...

    Jom sertai giveaway yg sdg berlangsung di blog Abam Kie? Terima kasih.

    http://www.zukidin.com/2018/04/spm-result-giveaway.html

    ReplyDelete

Terima Kasih Singgah Komen di Blog Ena..

Semoga kita semua dikurnia rezeki yang banyak serta berkat dan kesihatan yang baik hendaknya

Have a nice day ahead!