PROMO OCT- HOT SELLING ESP!

Friday, 6 October 2017

Sejauh Mana Tawakkal Kita Pada Allah?

Sejauh Mana Tawakkal Kita Pada Allah?


Tawakkal sepenuh hati pada Allah. Doa Tawakkal





Assalamualaikum penghuni syurga!


(Syurga memang sgt2 mahal tak kan pernah mampu terbayar dengan amalan soleh kita yg seciput ni even kita beramal 100 ribu tahun pon tapi perlu YAKIN YAKIN YAKIN atas rahmat Allah insyaAllah pasti Allah kasihani kita dan masukkan ke syurgaNYA)
😊


Itu lah konsep YAKIN


'Yakin' tak boleh nak nampak tapi boleh di rasa oleh tuan badan


Kadang2 kita pelik kenapa seseorang tu kita tengok dia biasa2 je kerjaya nya , isteri pon kerja biasa malah ada pasangan BAHAGIA tu kita tengok molek je belaka aturan hidup dia walaupun hanya suami yang bekerja


Haa kenapa ye?


Bila di selidik ,tahu lah kita TAWAKKAL sang suami pada Allah sangat tinggi
Se tinggi 'tawakkal' nya seekor burung


Umar bin Khattab radiyallahu’anhu berkata, beliau mendengar Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,


“Andaikan kalian tawakal kepada Allah dengan sebenarnya, nescaya Allah akan memberi rezeki kepada kalian seperti memberi rezeki kepada burung. Mereka pergi pagi hari dengan perut kosong dan pulang pada petang harinya dengan perut kenyang.” (Shahih Tirmidzi, hasan shohih)


Sang suami nya YAKIN rezeki Allah pasti akan beri pada keluarga nya dengan CUKUP selagi dia BERUSAHA BERUSAHA dan BERUSAHA


Itu pointnye!

Rasa CUKUPπŸ‘

Dan terus menerus USAHA tanpa gagal!


(Bukan tawakkal kalau hanya berserah & bermalasan ye ☺️☺️)

2 hari lepas kekna ter tengok satu video , sharing dr Zul Yahya pelakon tu. Katanya dulu waktu gaji 20K sebulan tak cukup
Tapi sekarang gaki 3-4K ja sebulan, cukup.
MasyaAllah!


Beza kan rezeki BERKAT dan x berkat ni.
Jadi,


Nikmat rasa CUKUP ni datang nya bersama TAWAKKAL (pada Allah) selepas berusaha yg TERBAIK

Jom refleksi & serap kan konsep tawakkal ni dalam diri, keluarga kita serta team bisnes kita
Ajar anak2 kecil kita tawakkal pada AllahπŸ€—


Janji Allah,πŸ‘‡


“Dan barang siapa yang bertawakal kepada Allah nescaya Allah akan mencukupkan (keperluan)nya.”
(Ath-Thalaaq, 65:3)


πŸ‘‡
Dan sesiapa yang bertaqwa kepada Allah (dengan mengerjakan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya), nescaya akan dijadikan baginya jalan keluar (dari segala perkara yang menyusahkannya).Serta memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas hatinya. Dan (ingatlah), sesiapa berserah diri bulat-bulat kepada Allah, maka Allah cukupkan baginya (untuk menolong dan menyelamatkannya). Sesungguhnya Allah tetap melakukan segala perkara yang di kehendakiNya. Allah telahpun menentukan kadar dan masa bagi berlakunya tiap-tiap sesuatu.”
(At Thalaq : 2-3)


Kekna,


Hanya Berkongsi
Juga utk Ingatan Diri
😊


Terima kasih kerana sudi membaca Sejauh Mana Tawakkal Kita Pada Allah?.

DISCLAIMER

Segala testimoni /penulisan tentang produk yang dikongsi dilaman ini bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit. Pembaca yg mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan.

111 FORMULA MAGNET REZEKI & BEBAS HUTANG!

111 FORMULA MAGNET REZEKI & BEBAS HUTANG!
Jemput klik BANNER di atas atau Wassap 0177172868 untuk baca REVIEW PERCUMA (39 m/s) 111 Formula Rezeki Melimpah Ruah