Follow Us @sihatcantik_byena

Thursday, 31 August 2017

Promosi Merdeka Ogos 2017

15:27 0 Comments



Promosi Merdeka Ogos 2017 | Assalamualaikum. Ogos bulan kemerdekaan Negara kita. Tambah lagi tahun ni kita menyambut ulangtahun kemerdekaan yang ke 60 tahun

Shaklee Malaysia juga tak berkecuali membuat promosi hebat dan menarik bulan ni. Fokus promosi bulan ini adalah Omega Rewards , Keahlian Baru , Set Kesihatan Wanita dan Cooler Bag Vivix yang sangat exclusive




Promosi Merdeka

1) Omega Rewards


Belian 5 botol Omega Guard, layak dapat e-voucher bernilai RM60  dan boleh digunakan untuk next purchase. alid sehingga 


E-voucher valid sehingga 15 September 2017

KLIK SINI untuk  beli sekarang dan dapatkan penjimatan sehingga RM 163.55 !



Keahlian Baru serta promo PWP tumbler dan Vita C dengan harga RM60 sahaja!

2) Keahlian Baru


Jadi ahli shaklee dengan hanya RM69 dan buat belian 100uv dalam satu resit, anda layak untuk grab promo bulan ni iaitu Vitamin C dengan harga RM60 dan Tumbler exclusive new color 



KLIK SINI  dan isi form di menu tab 'Join Now' untuk pre aktif kan membership. insyaALLAh selepas submit form, pihak kami akan menghubungi dan bantu anda untuk buat activation penuh




Set Kesihatan Wanita beserta PWP tumbler Follow Your Heart yang sangat cantik 

3) Set Kesihatan Wanita

Setiap pembelian Set Hamil Shaklee, Set Berpantang Shakele dan Set Cantik Shaklee anda layak untuk grab Follow Your Heart Tumbler semerah makngah tu. Cantik sangat kan


KLIK SINI untuk self-shop Set Cantik Shaklee (Ever Vibrant Set)

KLIK SINI untuk self-shop Set Hamil Shaklee (Prenatal Set)

KLIK SINI untuk self-shop Set Berpantang Shaklee (Postnatal Set)



PWP beg untuk simpan vivix dan sudu exclusive untuk 3 jenis set dia atas.


4) PWP Cooler Bag + Exclusive Vivix Spoon

Cantik sangat cooler bag & spoon exclusive ni. Boleh muat 4 botol vivix dalam satu masa tau

KLIK SINI untuk beli 2 botol Vivix dan dapat FREE MEMBERSHIP dan FREE POSTAGE , jimat lebih RM300

KLIK SINI untuk beli Set Kesihatan Lelaki (Amazing Golden set for him)





Hubungi kami untuk info/order:

Your Certified Shaklee Product Consultant:
Aeinna Musa / Kekna (0177172868)
Direct Wassap:
http://KedaiVitaminBangiKajangPutrajaya.wasap.my atau http://Kekna.wasap.my
COD Kajang dan Bandar Baru Bangi serta sekitar
Pengeposan ke seluruh Malaysia



Saturday, 26 August 2017

Tips Mudah Atasi Gastrik

14:56 0 Comments

Tips Mudah Atasi Gastrik | Gastrik Dan Cara Atasinya

Gastrik merupakan masalah lazim dan secara umumnya boleh dibahagikan kepada dua jenis iaitu gastritis (keradangan lapisan mukosa yang melapik dinding perut) dan ulser perut atau peptik pada lapisan sel yang lebih dalam (lebih teruk berbanding gastritis).

Biasanya, apabila orang berkata mereka ada masalah gastrik, ia merujuk kepada keadaan pertama (gastritis). Secara semula jadi, sel perut menghasilkan asid hidroklorik yang berfungsi mencerna makanan. Sel perut menghasilkan lapisan mukosa (lapisan pertahanan) sebagai pelindung daripada kesan asid hidroklorik.

Pengeluaran atau rembesan asid hidroklorik berlaku apabila ada makanan untuk memulakan proses pencernaan dan gastrik berlaku apabila tiada keseimbangan antara kuantiti rembesan asid hidroklorik dengan kekuatan lapisan pertahanan. Jika lapisan pertahanan ini menjadi lemah, ulser berlaku kerana asid hidroklorik boleh sampai ke sel dan menyebabkan keradangan.

Jika orang mengadu sakit perut ketika lapar, ia menandakan asid hidroklorik terlalu banyak dalam perut dan sebaliknya sakit perut selepas makan, ia mungkin menandakan masalah ulser perut kerana lapisan mukosa yang sudah lemah.

Tanda Gastrik
Tanda gastrik mudah dikesan kerana ia menyebabkan ketidakselesaan pada perut. Antara tandanya ialah :
• Sakit perut (pada bahagian atas perut atau abdomen)
• Rasa senak, berangin atau pedih
• Rasa tidak selesa
• Kembung, sendawa berulang kali dan kerap kentut selepas makan
• Rasa mual (loya) dan muntah
• Hilang selera makan
• Berat badan turun (pada peringkat teruk)

Jika sampai peringkat teruk, ulser perut menyebabkan pendarahan dan ia boleh dilihat dalam dua bentuk iaitu :
• Najis menjadi hitam seperti tar
• Muntah mengandungi darah atau berwarna gelap seperti kopi

Siapa Yang Berisiko?
Gastrik boleh berlaku pada sesiapa saja. Secara umumnya lebih rama lelaki mengalami masalah gastrik dengan nisbah 1.5 hingga 2 kali ganda berbanding wanita. Ia biasanya disebabkan gaya hidup dan faktor risiko seperti :

• Individu yang kerap mengambil ubat tahan sakit dalam tempoh lama seperti ubat anti keradangan bukan steroid (NSAID). Ini termasuk aspirin (yang diambil pesakit jantung untuk mencairkan darah)
• Merokok dan banyak minum minuman keras. Asap rokok dan alkohol boleh memberi kesan negatif dan mencederakan lapisan pertahanan (lapisan mukosa)
• Jangkitan bakteria Helikobakter pilori (H pilori). Bakteria ini berupaya melemahkan lapisan mukosa.
• Individu yang banyak mengalami tekanan sama ada tekanan kerja, peribadi, sosial atau mendapat jangkitan kuman yang teruk juga lebih berisiko diserang masalah gastrik. Malah masalah gastrik juga kerap dikesan pada pesakit yang baru menjalani pembedahan besar kerana pembedahan juga adalah satu bentuk tekanan kepada badan.
• Individu yang suka mengambil ubat tradisional, terutama yang mengandungi akar kayu. Ia termasuk ubat tradisional Cina dan Melayu kerana kebanyakan ubat tradisional dicampur steroid supaya ia lebih berkesan dan mujarab.

Rawatan
Terdapat tiga jenis ubat untuk gastrik iaitu:
• Antasid - bertindak memperbaiki dan memberi lapisan tambahan kepada lapisan pertahanan (mukosa) yang diambil tiga kali sehari
• Antagonis H2 - berfungsi mengurangkan rembesan asid. Ubat antasid dan antagonis H2 diberi untuk gastritis
• Perencat pam proton (PPI) - bertujuan mengurangkan rembesan asid dengan lebih berkesan; biasanya diberi kepada pesakit yang alami gastritis teruk atau ulser perut.

Masalah yang kerap berlaku ialah pesakit tidak menghabiskan ubat diberi dan biasanya mereka berhenti mengambil ubat selepas tiga atau empat hari iaitu apabila kesakitan
hilang.

Mengapa perlu menghabiskan ubat? Ubat diberi sebenarnya membantu memulihkan lapisan pertahanan dalam perut dan ia mengambil masa dua minggu untuk kembali normal. Memberhentikan pengambilan ubat selepas tiga atau empat hari bermakna anda sengaja mengundang gastrik untuk datang balik.

Malah lebih baik jika pesakit jalani pemeriksaan teropong perut (endoskopi) untuk mengetahui tahap masalah dan melihat sama ada pesakit mengalami jangkitan bakteria H pilori bagi menentukan jenis ubat yang sesuai.

Jaga Pemakanan, Ubah Gaya Hidup
Selain pengambilan ubat, pesakit perlu menjaga pemakanan dan mengubah gaya hidup bagi mengelak serangan gastrik berulang. Antara perubahan yang perlu dilakukan ialah:
• Berhenti merokok dan minuman beralkohol
• Hentikan pengambilan ubat tahan sakit
• Amalkan pemakanan sihat dan makan secara teratur (sarapan, makan tengah hari dan malam). Pada bulan puasa, kena bangun sahur dan sebaiknya melewat-lewatkan bersahur
• Makan sedikit-sedikit tetapi kerap
* Kurangkan makanan berempah, bercili, masam
• Kurangkan minuman mengandungi kafein (kopi, teh dan minuman berkarbonat)
• Ambil susu kerana sifat susu yang beralkali boleh mengurangkan keasidan perut
• Kurangkan pengambilan makanan yang disifatkan berangin. Jenis makanan iniberbeza antara individu dan ubah suai mengikut keperluan masing-masing.

sumber: mingguan wanita


Buat Muslim , ketika diserang gastrik kekna sarankan supaya banyakkan ISTIGHFAR dan  berdoa dengan doa Nabi Ayub :

Doa Nabi Allah, Ayub



GASTRIK TIADA, PUASA.PENUH




Alhamdulillah, mak saya ade gastrik terok...
Perlu makan sekurang2nye 2jam.sekali...

Sampaikan kalo travel g memana, kena standby makanan dalam kete... roti, nasi, benda yang boleh mengenyangkan...

Saya cuba test bagi minum.esp, sebabkan mak xreti minum.soya dan takpenah minum soya, saya suggestkan campur dgn milo...

Alhamdulillah, boleh masuk dgn tekak dia..
Nak sihat kan, kena telan jugak la..😂
Nak dijadikan citer, mak amik esp sebulan seblm puasa..

Selama sebulan puasa, mak dapat puasa penuh...

Sampai sekarang, mak masih consume esp...
Nampak lebih bertenaga sebab mak meniaga..

Kulit lebih sihat...

ESP 👍

-Puan Nabilah Sabri-


Dapatkan Set Gastrik Shaklee anda di SINI (self-shopping) 



HUbungi kami untuk info/order:

Your Certified Shaklee Product Consultant:
Aeinna Musa / Kekna (0177172868)
Direct Wassap : http://KedaiVitaminBangiKajangPutrajaya.wasap.my atau http://Kekna.wasap.my
COD Kajang dan Bandar Baru Bangi serta sekitar
Pengeposan ke seluruh Malaysia




Tuesday, 15 August 2017

9 Bahaya Kosmetik dan Make Up Bagi Ibu Hamil

14:52 0 Comments
KOSMETIK YANG TIDAK BOLEH DIGUNAKAN SEMASA HAMIL


Bahan bertoksid dalama kosmetik dan make up dan sangat berbahaya kepada ibu hamil




9 Bahaya Kosmetik dan Make Up Bagi Ibu Hamil

Perhatikan pada label dan bercakap dengan ahli farmasi yang bertugas ketika membeli bahan kosmetik yang dijual di farmasi.


Ini bagi mengurangkan risiko kemudaratan ketika hamil, elakkan kosmetik yang mengandungi bahan-bahan ini.

1. Aluminum chloride hexahydrate: Terutama pada deodorant dan spray antiperspirant.

2. Beta hydroxy acids: Salicylic acid, 3-hydroxypropionic acid, trethocanic acid and tropic acid pada kream pemutih muka.

3. Kream sunscreens: Avobenzone, homosalate, octisalate, octocrylene, oxybenzone, oxtinoxate, menthyl anthranilate and oxtocrylene.

4. Diethanolamine (DEA): terdapat pada shampoo.

5. Rebonding rambut. Bahan kimia yang meluruskan rambut mengandungi formaldehyde, quaternium-15, dimethyl-dimethyl (DMDM), hydantoin, imidazolidinyl urea, diazolidinyl urea, sodium hydroxymethylglycinate, and 2-bromo-2-nitropropane-1,3-diol (bromopol).

6. Bahan pemutih kulit seperti hydroquinone, idrochinone and quinol/1-4 dihydroxy benzene/1-4 hydroxy benzene.

Antara bahan terlarang dalam kosmetik hari ini


7. Bahan plastik dan pengawet mengandungi propyl, butyl, isopropyl, isobutyl dan methyl parabens.

8. Bahan plastik dan pewangi sentetik mengandungi diethyl dan dibutyl phthalates.

9. Ubat jerawat dan pembersih muka Vitamin A, retinoic acid, retinyl palmitate, retinaldehyde, adapalene, tretinoin, tazarotene dan isotretinoin.

Dan banyak lagi...

-DrZubaidi-

#keknaShares
#takHamilPonTakBolehGunaJugakkk
#cekBahanDalamMekupSekarang


Your Certified Shaklee Product Consultant:
 Aeinna Musa / Kekna (0177172868)
Direct Wassap : http://KedaiVitaminBangiKajangPutrajaya.wasap.my atau http://Kekna.wasap.my
COD Kajang dan Bandar Baru Bangi serta sekitar
Pengeposan ke seluruh Malaysia



DISCLAIMER

Segala testimoni /penulisan tentang produk yang dikongsi dilaman ini bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit. Pembaca yg mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan.