7 Cara Menyambut Ramadhan al Mubarak






7 Cara Menyambut Ramadhan al Mubarak | Assalamualaikum. lagi 1 hari je lagi kita akan menyambut ketibaan bulan yang mulia dan penuh barokah iaitu Ramadhan Kareem. Terasa sayu sangat hati ni. Allahu. jom tengok checklist apa perlu kita buat sebaagi persiapan menyambut ramadhan tahun ini.

1. Banyakkan istighfar dan bertaubat


– Kerana dosa boleh menjadi penghalang kita daripada kebaikan dan kelebihan Ramadhan.


2. Banyakkan berdoa


– Diriwayatkan para Salafusoleh ada yang berdoa 6 bulan sebelum Ramadhan supaya dikurniakan Ramadhan.. kemudian berdoa 5 bulan selepasnya agar diterima amalnya semasa Ramadhan



3. Mohon kekuatan daripada Allah


– “Ya Allah, bantulah kami agar mampu sentiasa mengingatiMu… mensyukuriMu serta mampu beribadat sebaiknya kepadaMu..


4. Bergembira


– Hati mukmin sebenar akan bergembira dengan peluang yang datang bersama Ramadhan.. “Katakan, dengan kunia Allah dan rahmat-Nya, hendaklah dengan itu mereka bergembira..”

5. Persediaan ilmu

– Ambillah masa untuk mengulang kembali ilmu2 berkenaan Ramadhan & Ibadat Puasa – hukum hakam serta adab-adabnya agar dapat kita maksimumkan ganjaran daripadanya


6. Membiasakan diri dengan amalan sunat

– Perbanyakkan puasa sepanjang Syaaban.. banyak membaca quran lebih daripada biasa.. Biasakan bangun seawalnya.. serta amalan-amalan sunat lain – agar bila tibanya Ramadhan.. bukanlah baru ingin bermula !!

7. Saling mengingatkan dan mengucap tahniah

– Penuhkan wall dan status dengan entri yang mengingatkan tentang kelebihan Ramadhan.. Ucapkan tahniah kepada sesama sahabat atas peluang hebat yang dikurniakan Allah ini.. Begitu juga kepada sesama ahli keluarga – pasangan,anak-anak, ibubapa, adik beradik dan kaum kerabat

Tahniah..!! Ramadhan ini mulia.. namun Tuhan Ramadhan jauh lebih Mulia..!!
Moga Allah menerima amalan kita semua.. Amin ya Rabbal ‘alamin…

Sumber



Your Beauty & Health Consultant ;


+6 013 357 3153
+6 013 357 3153
+6 013 357 3153
Aeinna Musa
ID Shaklee : 960982
COD Bandar Baru Bangi
Pengeposan ke seluruh Malaysia



Post a Comment

0 Comments