10 Langkah Mudah Untuk Bayar Zakat Perniagaan Melalui Maybank2u


10 Langkah Mudah Untuk Bayar Zakat Perniagaan Melalui Maybank2u | Assalamaualaikum  harini Ena sediakan step by step untuk bayar zakat sendiri secara online. Jangan takut untuk keluarkan Zakat kerana Zakat akan menyucikan harta dan insyaALLAH menyuburkan kan lagi harta kita. Ada banyak kategori zakat tapi hari ini Ena sentuh pasal zakat perniagaan ye. 



Ada syarat2 nya yang mewajibkan seseorang peniaga membayar zakat tapi tak salah kalau peniaga peniaga kecil yang belum cukup syarat tapi nak melatih diri bayar zakat perniagaan. insyaALLAH semakin lama semakin banyak zakat yang perlu dikeluarkan. Pada pandangan ena ini lah impian setiap peniaga Muslim iaitu nak keluarkan zakat sebanyak yang mungkin. semakain tinggi zakat yang dikeluarkan bermakna semakin maju dan berkembang lah perniagaan kita. Lagipon, zakat ini bertujuan untuk membantu asnaf Muslim dalam negara kita juga.



Bagi company yang membuat penyata akaun setiap bulan, tak ada masalah untuk tentukan kadar zakat tapi bagi perniagaan yang tiada penyata akaun bulanan, boleh lah tentukan kadar zakat dari nilai keuntungan syarikat (sumber). Mudah sangat kan, rasanya tiada peniaga yang tak tahu berapa keuntungan bulanan mereka. hihi



Ok, baiklah, jom lihat step by step cara untuk bayar zakat perniagaan melalui maybank2u. Log in ke website maybank2u  dan ikuti langkah mudah di bawah!



STEP 1 : 

klik HOME


STEP 2 : 

klik ACCOUNT & BANKING



STEP 3 : 

klik BILL PAYMENT


STEP 4 :

 klik MAKE A ONE-OFF PAYMENT.





STEP 5 : 


klik SELECT FORM LIST kemudian klik ZAKAT & CHARITY





STEP 6 : 


klik LEMBAGA ZAKAT SELANGOR (LZS) atau mana2 pusat zakat  mengikut tempat anda bekerja atau berniaga



STEP 7 : 


Isikan AMOUNT zakat dan NO TELEFON.  Amount zakat adalah 2.5% dari keuntungan syarikat atau guna sahaja kalkulator zakat ini.

Kemudian klik ZAKAT ON BUSINES

STEP 8 : 


klik CONTINUE untuk teruskan




STEP 9 : 


klik REQUEST FOR TAC

STEP 10 : 


Selepas masukkan no TAC yang di hantar ke no telefon kita, klik CONFIRM


SIAP!

TAHNIAH kerana anda menjadi Muslim yang cakna dengan nasib saudara se islam dengan mengeluarkan zakat perniagaan.





Your Beauty & Health Consultant ;


+6 013 357 3153
+6 013 357 3153
+6 013 357 3153
Aeinna Musa
ID Shaklee : 960982
COD Bandar Baru Bangi
Pengeposan ke seluruh Malaysia




Post a Comment

4 Comments

  1. wahhh mudah sangat sekarang.. nak or x.. terima kasih berkongsi

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan.. tu la. jom kita latih keluarkan zakat. sikit2 lama jadi banyak insyaAllah

      Delete
  2. perkongsian yang menarik ena :)

    ReplyDelete

Terima Kasih Singgah Komen di Blog Ena..

Semoga kita semua dikurnia rezeki yang banyak serta berkat dan kesihatan yang baik hendaknya

Have a nice day ahead!