11 Tips Tinggal Bersama Ibu Mertua

Ibu Mertua ena yang tersenyum manis & anak ena Aeisya Safiyya



11 Tips Tinggal Bersama Ibu Mertua | Assalamualaikum entry kali ni ena nak kongsi pengalaman sendiri dan beberapa tips dan panduan tinggal bersama mertua yag ena cedok dari 'sheikh' google. hihi. Semoga tips yang disajikan ni dapat memberi ilham pada pengantin baru yang akan tinggal bersama keluarga mertua / ibu ayah mertua atau pada pengantin pengantin yang memang dah lama tinggal bersama mertua ;)



Tiada salahnya dan tiada seramnya tinggal bersama mertua. Tak dinafikan, ada cabaran tinggal bersama keluarga mertua seperti aurat, 'privacy' dan tak boleh bertindak sesuka hati ikut sedap rasa diri sendiri sahaja. wajib fikirkan untuk kemaslahatan bersama ;) tapi, semua nya berbalik pada diri kita sendiri. Law of Attraction. Apa yang kita fikir, bayangkan malah apa yang kita risaukan juga akan berlaku pada kita insyaALLAH. So, fikir bayangkan yang baik baik sahaja, tak perlu risau benda2 yang tak perlu atau belom berlaku. just be positive as much as you can. ok ok ?


ok ini 11 Tips Tinggal Bersama Ibu Mertua:



#1- Ringankan Tangan Buat kerja remeh yang senang.

Contohnya bangun pagi masak air, Pastu clearkan sinky, basuh pinggan, sambil buat air panas, sambil kumpul baju kotor masuk dalam mesin basuh. Senang je kan? Buat je dulu lama lama jadi ikhlas dan seronok ;)


Ena dari awal lagi dalam mind set ni tak pernah pon fikir seram ke, susah ke, tak best ke duk dengan mertua. tiada negative langsung. Efeknya, memang poitif je la yang ena dapat. Alhamdulillah



#2- Belajar Masak dan memuji Masakan Mertua 

Ibu mertua ena memang superb masakkan nya, biasalah masakkan Kelantan meme sodap ( eh, dah macam loghat nogori lak apesal ena nih..hihi). Tambah plak ena jenis makan tak memilih. Semua ena bedal. haha. Even nasi + kicap pon ena layan. Macam ma ena tak kisah langsung menantu tak pandai masak , yang penting tak malas nak belajar. Ena percaya semua ibu mertua pon macam tu juga. dah tak wujud dah ibu mertua yang cerewet dan garang macam dalam drama tu. no worries k.

pasal masak ni, ya ALLAH sekarang lagi super duper senang nak masak tau. Resepi berlambak kat internet. Kalau tak tahu mana nak rujuk, masuk je blog INI, beribu resepi ada. Ha, ni dah dekat nak bula Ramadhan ni, cepat print resepi best best untuk di masak berbuka puasa nanti. Mesti mak mertua lagi sayang!



#3- Buat kerja tanpa disuruh 


Yang ini memang susah bagi orang yang pemalas. haha. Tapi takpe, boleh ubah. yang tak boleh berubah tu orang mati je;) Kena alert walaupun benda kecik je contoh masak nasi, (dah beriya masak lauk pauk bagai tetiba lupe masak nasi..adei) buat air, gula, garam tinggal sikit tu bagitau lah mak mertua. Nak lagi comey, tolong belikan terus tak payah bagitahu. kalau mak mertua dah siap basuh kain, cecepat la pegi sidaikan kain tu, sentiasa cari ruang untuk involve dalam semua perkara yang mak mertua tu tengah buat. walaupun benda tu kecik dan remeh, tapi kadang2 benda tu besar bagi orang2 tua ni. Kat situ diorang boleh nampak yang kita ni prihatin.


#4- Buat Kerja Sama sama


Apabila tinggal satu rumah, buat la kerja samasama. selain dapat mengeratkan hubungan silaturrahim, ia dapat memberi impak yang positif selepas beraktiviti sama sama ni. Macam ena, dulu waktu sebelum ada anak, setiap minggu ena dan ibu mertua jogging sama sama, ke pasar sama2, masak sama2, kemas rumah sama dan tengok TV sama2. Now dah ada anak, jogging dan tengok tv tu dah tak ada masa dah plus ena sekarang sibuk juga dengan aktiviti bisnes online,Memang takda masa lansung nak baca newspaper apatah  lagi tengok TV, tapi masak dan kemas tu tetap buat walau seibuk mana pon.


So, carilah apa apa aktiviti yang boleh dilakukan besama2 k. dan enjoy k!

#5- Jaga nama baik mertua 


Sama la jugak macam kita jaga nama baik mak kita sendiri. Pakaian dan aurat kena jaga. Tak Kira lah ibu bapa mertua kita ustaz utazah atau bukan, Sekarang dah tak boleh pakai seluar pendek dengan baju nampak ketiak mase sidai kain atau menyapu diberanda rumah. Jangankan mak mertua, mak kita pun tak bagi kan? Tak kiralah kat kampung ke kat bandar. waktu kat arama semua perempuan boleh la nk pakai sleeveless ke apa. kat rumah mertua jangan buat!



#6- Jangan join makcik2 mesyuarat tingkap bergossip. 



Kat bandar ke kat kampung ke, asalkan namanya surirumah dan makcik2, mestilah suka bertandang ke rumah jiran dan bercerita  macam macam. Jangan sesekali join mereka duduk bergossip dan cubalah apa cara sekalipun untuk menjauhi dan tidak terlibat dalam mesyuarat makcik2 tu semua. mujur dan syukur alhamdulillah ma dan mertua ena dua dua pon jenis yang tak suka bergaul dan bergosip kosong dengan jiran2.


#7. Jangan bercerita apa-apa ‘ketidakpuashatian’ anda terhadap mertua atau orang2 dalam rumah mertua anda. 



Jangan sesekali ringan mulut sangat nak bercerita pada jiran, adik beradik suami, ipar duai atau sesapa saja yang boleh membahayakan kedudukan anda selaku menantu yang menumpang di dalam rumah mertua. Jangan percayakan sesiapa walau baik macam mana sekalipun.


Semua tu anda mesti simpan sendiri. dan kalau nak mengadu pada keluarga anda sekalipun, jangan tinggalkan bukti berbentuk sms (takut ade yg jahat tangan pegi bace ape2 yang ade dalam enpon anda tu). dan cakap siang tu pandang2, cakap malam tu dengar2. jangan duk sedap2 mengadu dan mengutuk mertua dalam telefon, rupanya ada yang pasang telinga hahahaha…tapi rasanya anda yang sedang baca coretan di blog ena ni semua baik2 belaka dan bukan jenis kaki mengadu kan;)


#8- Jangan buat muka 



kalau ada yang buat anda marah, tak puas hati atau kecik hati. Dari memek muka kita, orang tua boleh tahu yang kita ni sedang protes secara kurang ajar. Rasanye tak susah nak kawal memek muka kan? Jelingan mata dan cebek mulut senyuman sinis tu kan boleh dikawal:-)

kalau takut kita tak perasan, pesan kat suami suruh tegur kalau kita ada terbuat;)


#9. Jangan berkira harta benda atau tenaga. 



Kadang2 hal2 kecik macam barang mandian atau makanan ringan pun boleh jadi masalah. Apa kes nak fikir banyak buat berat kepala je, niat la sedeqah. kita hidup sama, kongsilah sama2. Kan anda pun menumpang makan beras mak mertua. Bukan suami korang yang sentiasa beli beras kat rumah tu kan? So, hal kecik2 tu tak payah kira sangatla ye. berlebih kurang je, tak jatuh miskin dengan selalu bersedeqah.


10. Belajar dan Hormat Adat Resam Orang


Hak ni memang wajib la bila awak tu berasal dari utara atau selatan tanahair, tibe2 awak kahwin dengan orang pantai timur, dah tentulah banyak yang berbeza. Kata orang, masuk kandang kambing, mengembek. Masuk kandang rimau, mengaum la. pandai2 lah bawak diri kat tempat orang tu.

Sama sama asal pantai timur pun berlainan juga adat resam contoh kelantan dan terengganu. nampak macam sama kan tapi sesungguhnya memang tak sama, tengok lah loghat nya pon dah tak sama;)

11- Doa

Sentiasa titipkan doa buat ibu/ayah mertua dalam solat kita. doa lah supaya Allah sentiasa menjaga hati kita dan supaya hubungan silaturrahim dam uhkuwah dengan family mertua berkekalan hingga ke syurga.



Tips tambahan:



Tips #1 : kalo nampak mak mentua tengah sibuk kat dapo, bawak2 la offer diri nak tolong. tolong godak kuah dalam periuk pon bolehlah dari takde. tunjuk yang kita ni prihatin. jangan pura2 menyibukkan diri bermain dengan anak anda yg dah pandai wat hal sendiri. mak mertua tak berkenan!hihi, yang ni memang berlaku tau. tak percaya takpe la, apa boleh buat kan;)



Tips #2 : kalau buat kerja apa apa kat umah mertua, terutama bab masakan, amalkan petua yg mertua anda bagi. contoh kalo dia basuh sayur selai2, korang basuh la gaya tu jugak. cuci ayam ngan tepung ke, udang belah belakang buang taik ke apa ke.. jangan skip! buat je walaupon korang malas.. nanti mertua sayang kat korang…


Tips #3 : Baca: Formula Tarik Rezeki Melimpah Ruah

Tips #4 : Beri hadiah berupa wang ringgit, barang kesukaan ataupun suplimen kesihatan terutama jika kita tahu ibu or bapa mertua ada sakit tertentu seperti diabetes, kolesterol tinggi, tekanan darah tinggi, sakit lutut dan sebagaianya.

Artikel disunting dari sini: kredit.



sharing is loving ;


+6 013 357 3153
+6 013 357 3153
+6 013 357 3153
Aeinna Musa
ID Shaklee : 960982
COD Bandar Baru Bangi
Pengeposan ke seluruh Malaysia

Post a Comment

2 Comments

  1. wah !! tinggal dengan mertua ? hee~ garu kepala jap.. tapi tak mustahilkan satu hari nanti.. in shaa Allah..

    ReplyDelete
  2. g0od sharing kak...😘😘

    ReplyDelete

Terima Kasih Singgah Komen di Blog Ena..

Semoga kita semua dikurnia rezeki yang banyak serta berkat dan kesihatan yang baik hendaknya

Have a nice day ahead!