Friday, 1 January 2016

Penyelamat Kita Di Akhirat Kelak






🌿Takzirah...

Tika seorang muslim itu meninggal dunia, bagi mereka yang suka membaca Al-Quran.. maka Al-Quran itu akan dtg dan duduk di antara jasadnya dan kain kafan. Dan di dalam kubur nanti, ketika Malaikat Mungkar dan Nangkir dtg utk menyoal si mati itu tadi, maka Al-Quran akan datang dan berada di antara ruh yg sedang duduk itu dan malaikat yang akan menyoal.

Lalu berkata para malaikat, "Ketepi kau dari situ, kami datang mahu menyoal ruh ini, jangan kau menghalang pandangan kami". Lalu berkata Al-Quran kepada para malaikat " Manusia ini ketika hayatnya selalu bersamaku, aku akan perlihara dia dari kesusahan kubur".

Al-Quran itu akan berpaling kepada ruh itu tadi, dan berkata kepadanya "Ketika di dunia, kau selalu membacaku, setiap malam dan siang kau mengalun suara dengan ayat² ku, kau mencintaiku tak kenal waktu, maka dengan itu aku jadikan kau kekasihku kini, dan org yang aku cintai akan pula sangat dicintai oleh Allah swt. Bertahanlah dikau jangan kau gentar, aku akan membelamu!"

Lalu Al-Quran kembali memandang malaikat lalu berkata "Jalankan apa yg diperintahkan padamu ke atas ruh ini, akan tetapi aku bersaksi atas pemilik Kaabah dan pencipta teragung bahawa aku akan menyelamatkannya dari segala kesusahan yang mungkin mendatanginya dan akan menemankannya masuk ke dalam Syurga!"

MashaaAllah!! Bacalah Al-Quran walau hanya satu huruf kerna ia adalah teman kita di alam barzakh.

Allahuakbar

Sumber : IKIM


Jadikan tahun 2016 tahun kita membaca Al Quran... jgn tinggalkan... sebaik-baiknya selepas setiap solat fardhu....kalau xdpt, baca tiap2 hari, xdpt juga- baca tiap2 minggu, xdpt juga - bacalah tiap2 bulan....asalkan jgn di tinggalkan langsung....

Wallahu a'lam
Terima kasih kerana sudi membaca Penyelamat Kita Di Akhirat Kelak.

DISCLAIMER

Segala testimoni /penulisan tentang produk yang dikongsi dilaman ini bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit. Pembaca yg mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan.

111 FORMULA MAGNET REZEKI & BEBAS HUTANG!

111 FORMULA MAGNET REZEKI & BEBAS HUTANG!
Jemput klik BANNER di atas atau Wassap 0177172868 untuk baca REVIEW PERCUMA (39 m/s) 111 Formula Rezeki Melimpah Ruah