Sunday, 1 November 2015

Tips Khas Buat Wanita Yang Tidak Dapat Solat Tapi Nak Mengaji AQ


Assalamualaikum


Entry ni khusus ena nak kongsikan terutama buat wanita yang berhadas besar (haid/nifas), para bujangan dan suami2/ayah pon boleh juga ambil tahu , esok2 boleh la ajarkan para isteri pula;)


Ena tergerak hati nak kongsikan ilmu ini untuk membantu para ibu yang dalam pantang dan nifas yang panjang. Haid biasanya dalam 1 minggu macam tu kan, lebih kurang la tapi nifas lama, boleh sapai 60 hari. Bayangkan 60 hari tak mengaji Al Quran. Memang rasa kosong je hidup ni kan. 


Tu yang macam-macam kes sekarang ni. Terbaru, kes ibu yang baru bersalin 10 hari maut selepas terjun dari apartment beliau akibat mengalami kemurungan. Benda-benda macam ni kita nak elak daripada berlaku. Hati yang keras dan kotor mudah digoda dengan bisikan syaitan. Nak mengaji tak boleh pula kan..solat lagi tak boleh.


Lagi pilu setiap kali Jumaat, kawan2 facebook duk update and remind kita supaya baca surah Al Kahfi. Apa perasaan wanita yang sedang haid/nifas? 



"Tidak menyentuhnya (al-quran) kecuali orang-orang yang suci "


Ayat ini membawa perintah larangan keras kerana turut disokong oleh hadis Nabi yang bermaksud: 


“ Jangan menyentuh al-Al-Quran melainkan oleh orang-orang yang suci bersih”



Ulama-ulama Mazhab Syafi’e menetapkan bahawa orang yang berhadas haram memikul atau membawa al-Quran dan menyentuh kertas atau kulit al-Quran yang bersambung dengannya . Begitu juga, jika ditulis ayat-ayat al-Quran di atas kertas atau papan hitam untuk tujuan pembelajaran Al-Quran walaupun dengan menggunakan kain atau pelapik/pengalas, tetap diharamkan tanpa kecuali kerana menjaga kehormatan Al-Quran.
 (sumber)





Al Quran terjemahan (digital)


Tips yang ena nak kongsikan kepada wanita yang sedang haid/nifas yg nak mengaji adalah MEMBACA TAFSIR AL QURAN sama ada mushaf terjemahan fizikal atau digital ( seperti gambar di atas) .



Ulama-ulama Mazhab Syafi’e juga membolehkan umat Islam membawa, memegang dan membaca kitab al-Al-Quran bertafsir yang mana kandungan tafsirnya lebih banyak daripada ayat-ayat al-Al-Quran. Sekiranya kandungan tafsir dan kandungan ayat al-Quran adalah bersamaan dari sudut kuantitinya maka hukumnya adalah makruh dan sekiranya ayat al-Quran lebih banyak daripada tafsirannya, maka hukumnya menjadi haram kembali.






Mudah sangat sekarang kan, boleh download aplikasi terjemahan AQ yang kita suka. Ena suka aplikasi Terjemahan Bahasa Melayu yang ada penanda. Maksudnya kita boleh tanda ayat last yang kita baca dan boleh sambung baca semula bila free.


Jom ena share aplikasi AQ digital yang ena guna. (rujuk gambar kat bawah ni ye)



Ena suka apps ni (dalam kotak merah) Ni untuk Android ye, kalau iphone ena tak tahu applicable ke tak.

semoga bermanfaat,

have a nice day ahead!
Terima kasih kerana sudi membaca Tips Khas Buat Wanita Yang Tidak Dapat Solat Tapi Nak Mengaji AQ.

DISCLAIMER

Segala testimoni /penulisan tentang produk yang dikongsi dilaman ini bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit. Pembaca yg mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan.

111 FORMULA MAGNET REZEKI & BEBAS HUTANG!

111 FORMULA MAGNET REZEKI & BEBAS HUTANG!
Jemput klik BANNER di atas atau Wassap 0177172868 untuk baca REVIEW PERCUMA (39 m/s) 111 Formula Rezeki Melimpah Ruah