Monday, 2 November 2015

Tips dan Cara Pemakaian Bengkung Yang Betul Semasa Berpantang

Assalamualaikum

Sekarang ena hari ke 25 berpantang, alhamdulillah. Ena rasa dah semakin pulih dan sihat. 


Antara tips yang ena amalkan sepajang berpantang adalah berbengkung.


Jenama bengkung yang ena gunakan adalah keluaran amway. Ena dapat FREE dalam set berpantang amway semasa berpantang anak first. Anak kedua ni ena guna Set Berpantang Shaklee sepenuhnya.






Cara Biasa Pemakaian Bengkung Satu Tali (sumber: google)


Cara makcik urut pakaikan bengkung pada ena. Dia lilit dua kali setiap lubang kiri dan kanan;)

Ketat dan Kemas. Best!

psst: Abaikan lelemak  yang menonjol di sana sini, waktu baru seminggu berpantang, lelemak masih bermaharajalela lagi.mih mih mih.

11 TUJUAN MEMAKAI BENGKUNG SEMASA BERPANTANG



  1. Membakar lemak berlebihan, melangsingkan badan dan mendapat berat yang ideal
  2. Mempercepatkan pengecutan rahim
  3. Merampingkan kembali pinggang
  4. Membentuk potongan badan dan punggung.
  5. Menghalang perut masuk angin semasa berpantang.
  6. Mengelak kekenduran otot perut dan perut menggelebeh.
  7. Mengurangkan sakit pinggang.
  8. Membantu ibu-ibu agar boleh berdiri dan bergerak dengan selesa kerana bengkung bertindak sebagai "support" pada bahagian perut
  9. Baik jika digunakan oleh semua wanita, walaupun bukan ketika berpantang.
  10. Mudah diikat oleh ibu bersalin sendiri, tanpa memerlukan bantuan sesiapa.
  11. Boleh dipakai bila-bila masa (walau bukan masa berpantang), untuk mengempiskan perut dan merampingkan badan.


CARA DAN TIPS PEMAKAIAN BENGKUNG YANG BETUL



* Sapukan minyak/krim bahagian perut, pinggang dan pinggul selepas urutan. Ena sapu krim serbaguna Herbal Blend


* Bengkung diletak mengelilingi kawasan perut

* Berbaring dan ikat dengan kejab bermula dari bahagian atas ke bawah


*Tujuan berbaring supaya lebih mudah untuk ikat lebih ketat memandangkan perut kita meleper ketika dalam keadaan berbaring berbanding berdiri.

*Tujuan ikat dari bawah adalah supaya mudah untuk ibu-ibu nak ke tandas , Memandangkan pemakaian bengkung adalah lama. Cuma longgarkan ikatan di bahagian bawah sahaja. Selepas urusan di toilet, boleh la diikat balik .


* Dinasihatkan memakai bengkung selama 44 hari sehingga 100 hari.


* Bagi yang menjalani pembedahan, bengkung digunakan hanya setelah sembuh dari kesan pembedahan.


Q & A MENGENAI AMALAN BERBENGKUNG



Perlukah saya memakai bengkung? 



* Mengikut ilmu perbidanan moden, kegunaan bengkung, terutama bagi ibu bersalin normal adalah untuk mengelakkan kemasukkan angin sejuk di liang-liang perut. Selain itu dapat memudahkan pengeluaran angin panas dan kotor iaitu dengan ikatan barut dan ubat yang sempurna.


Bagaimanakah ciri-ciri bengkung yang baik? 



Bengkung yang baik adalah bengkung yang mempunyai diameter yang panjang menutupi daripada paras bawah dada sehingga ke bawah pinggul. Ini dapat memberi sokongan yang kukuh ke atas rahim. Diameter bengkung yang pendek akan menyebabkan ia mudah terangkat ke atas. * Ini akan menjejaskan kedudukan rahim kerana bengkung itu akan menekan rahim ke bawah dan menyebabkan posisi rahim menjadi rendah. 



Selain itu, bahagian pinggul serta paha akan tertinggal seperti terlebih isi dan akan menjejaskan potongan badan. Di bahagian pinggang mengecil sedangkan di bahagian atas dan bawah kelihatan besar. Ia juga akan membatasi pergerakan anda dan akan lebih berhati-hati apabila bergerak.


Berapa lama perlu memakai bengkung ketika dalam pantang? 



Ketika dalam pantang bengkung seelok-eloknya dipakai sepanjang masa dan hanya ditanggalkan ketika mandi. Ianya mula dipakai dari hari ke-4 sehingga habis tempoh pantang atau seberapa lama yang anda kehendaki selepas tempoh pantang. Sebaik-baiknya anda mempunyai 2 helai bengkung agar dapat menukar bengkung untuk membersihkannya. Kebersihan amat penting agar tidak timbul masalah lain seperti kegatalan atau kerengsaan pada kulit.



Bolehkan saya memakai bengkung selepas pembedahan?



Anda perlulah mendapatkan nasihat doktor anda sebelum memakai sebarang bengkung. Terdapat bengkung yang mempunyai ciri-ciri tertentu (seperti bengkung strap-on) yang boleh dipakai selepas pembedahan. Pastikan ciri-ciri ini adalah sesuai untuk anda. Bengkung yang tidak mempunyai ciri-ciri khas hanya boleh dipakai selepas luka sembuh atau atas nasihat doktor anda (selepas 2 minggu atau lebih)



Bagaimana pemakaian bengkung dapat membantu saya? 



Pemakaian bengkung yang kemas dan kejab dapat membantu mengembalikan bentuk badan ke bentuk asal dengan lebih cepat. Ia juga dapat mengekalkan posisi yang baik terutama bagi ibu-ibu yang menyusu anak. Biasanya mereka akan duduk dalam posisi yang tidak betul. Baik untuk menyokong tulang anda kerana selepas bersalin berat tidak lagi ditanggung oleh tulang belakang anda. Selain itu, ia juga menyokong dan menguatkan otot-otot abdomen yang lemah akibat regangan ketika mengandung.



Adakah bengkung ini hanya untuk wanita bersalin sahaja? 



Tidak. Ia boleh dipakai oleh sesiapa sahaja termasuk lelaki!



Perlukah memakai minyak dengan bengkung? 



Minyak berubat boleh digunakan sebagai pelembab kulit seperti Krim Herbal Blend. Ianya bagi mengecutkan peranakan, mengempiskan perut dan merampingkan pinggang.



* Beberapa petikan ini diambil dari buku "Ensiklopedia Perbidanan Melayu-Sebuah Perbendaharaan Ilmu Perubatan dan Penjagaan Kesihatan" tulisan Datin Sharifah Anisah Barakbah



Semoga bermanfaat!

sebarang pertanyaan / order, boleh la hubungi ena

013 357 3153



P/s:

KLIK SINI
KLIK SINI
KLIK SINI
untuk 111 Tips Kaya Rezeki Melimpah Ruah dan Tips Bebas Hutang!



Terima kasih kerana sudi membaca Tips dan Cara Pemakaian Bengkung Yang Betul Semasa Berpantang.

3 comments:

Terima Kasih Singgah Komen di Blog Ena..

Semoga kita semua dikurnia rezeki yang banyak serta berkat dan kesihatan yang baik hendaknya

Have a nice day ahead!

DISCLAIMER

Segala testimoni /penulisan tentang produk yang dikongsi dilaman ini bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit. Pembaca yg mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan.

111 FORMULA MAGNET REZEKI & BEBAS HUTANG!

111 FORMULA MAGNET REZEKI & BEBAS HUTANG!
Jemput klik BANNER di atas atau Wassap 0177172868 untuk baca REVIEW PERCUMA (39 m/s) 111 Formula Rezeki Melimpah Ruah