Rakyat Terengganu, Jom Mohon Rumah Mampu Milik Sekarang (sehingga Nov 2015 shj)!

Assalamualaikum


ada warga terengganu yang belom memiliki rumah sendiri tak?

kalau belom, jom isi permohonan Rumah Mampu Milik Negeri Terengganu.

lihat senarai projek perumahan di SINI.



PERMOHONAN DIBUKA PADA
1 November 2015 (8.00 pagi)
HINGGA
30 November 2015
















Syarat-syarat Kelayakan Permohonan Rumah Kos Rendah / Mampu Milik


  • Warganegara MALAYSIA; keutamaan kepada rakyat Terengganu
  • 18 tahun sehingga 50 tahun sahaja layak memohon
  • Berkahwin; 10 % diperuntukkan kepada golongan bujang
  • Pemohon dan pasangan belum memiliki rumah
  • Pemohon dan pasangan tidak pernah menerima anugerah / bantuan tanah kediaman daripada pihak kerajaan
  • Pendapatan isirumah (pemohon dan pasangan) tidak melebihi RM3000 sebulan
  • Bagi pemohon dan pasangan dari penjawat awam, hanya yang bergred 1 hingga 22 sahaja layak memohon
  • Anggota beruniform bertugas di luar kawasan (luar Terengganu) layak dipertimbangkan
  • Isteri kedua / ketiga / keempat layak dipertimbangkan sekiranya mempunyai pendapatan sendiri
  • Pemohon berumur 50 tahun ke atas boleh dipertimbangkan dengan syarat mempunyai jaminan bayaran daripada ahli keluarga terdekat
  • Kelulusan khas akan dipertimbangkan bagi penduduk yang terlibat dengan bencana alam / kebakaran atau pengambilan balik tanah oleh pihak kerajaan

Cuba jaya je k

mana tahu rezeki kan;)

selamat mendaftar!

Post a Comment

0 Comments