Monday, 28 September 2015

5 Tanda Sangat Hampir Bersalin


Assalamualaikum


2-3 hari ni ena asyik search je pasal tanda-tanda hampir bersalin. Maklumlah sedang menanti hari kan. Sekarang ena dah 39 minggu, doktor kata dah FULL TERM . Maksudnya dah boleh bersalin ni kalau ikutkan..hihi... Ada banyak tau tanda-tanda tapi ena suka nak fokuskan pada tanda-tanda yang sangat hampir bersalin. 



Dari pembacaan ena, ena nak kongsikan 5 tanda ni. Semoga dapat memberi manfaaat kepada mommies kat luar sana yang juga sedang menanti hari bahagia kelahiran anak syurga masing-masing.



#1-KELUAR DARAH ('VAGINAL DISCHARGE')


Keluar lendir bercampur darah (bloody show) yang berwarna coklat menandakan serviks atau pintu rahim menipis dan sedang membuka. Biasanya ia berlaku beberapa hari sebelum bersalin. Namun ada juga kes seminggu hingga sebulan selepas keluar tanda ni baru bersalin. Bergantung pada individu juga, semua orang  tak sama;)




#2-KEPALA BAYI DAH 'ENGAGED' 


Biasanya, kepala bayi sudah turun ke bawah pada minggu ke 36 kehamilan. Namun ia berbeza pada setiap ibu. Pada saat-saat kehamilan (38 minggu ke atas), kepala bayi akan turun lagi ke dalam rongga pelvis menyebabkan si ibu akan rasa lebih ringan, mudah bernafas tetapi rasa ingin kerap kencing dan buang air besar kerana pundi kencing dan usus 'terhimpit' oleh bayi.




#3-PERUT MENGERAS DAN SAKIT BELAKANG ( 'BELLY CRAMPS AND LOW BACK PAIN'


Sakit di bahagian perut dan belakang seolah-olah senggugut ketika datang bulan (pre-menstrual cramp


#4- KONTRAKSI YANG KONSISTEN

Terdapat dua jenis kontraksi sebelum bersalin iaitu kontraksi sebenar dan kontraksi Braxton Hicks. salah satu cara untuk mengetahui kontraksi yang di alami adalah kontraksi sebenar, tempoh sakit adalah konsisten iaitu 5 minit sekali.




#5- PECAH AIR KETUBAN


Keluar air ketuban sama ada sedikit atau banyak. Ingat lagi pengalaman ena ketika nak bersalin anak pertama. Keluar air sedikit sahaja, tetapi menurut doktor, walaupun sedikit tapi still ada kebocoran air ketuban yang mana membahayakan bayi kerana terdedah kepada jangkitan kuman jika dibiarkan lebih 24 jam. Jika tiada kontraksi berlaku dalam masa 24jam, maka doktor akan 'induce'.



************


Jika mengalami salah satu dari 5 tanda hampir bersalin ini, cepat-cepat la ke hospital ye. Jangan tangguh-tangguh tau.


Momies, barang keperluan ke hospital dah ready ke? Letak siap2 dalam kereta tau. KLIK SINI untuk lihat senarai beg hospital ibu bakal bersalin.

Macam mana dengan  Set berpantang ? Dah beli?

Didoakan mommies yang sedang menunggu hari supaya bersabar banyak2 dan dipermudahkan urusan bersalin. Minta lah suami dan ibu ayah doakan untuk kita ye';)

Terima kasih kerana sudi membaca 5 Tanda Sangat Hampir Bersalin .

DISCLAIMER

Segala testimoni /penulisan tentang produk yang dikongsi dilaman ini bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit. Pembaca yg mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan.

111 FORMULA MAGNET REZEKI & BEBAS HUTANG!

111 FORMULA MAGNET REZEKI & BEBAS HUTANG!
Jemput klik BANNER di atas atau Wassap 0177172868 untuk baca REVIEW PERCUMA (39 m/s) 111 Formula Rezeki Melimpah Ruah