Antara Tuhan duit (Dunia) & Tuhan Allah.



Assalamualaikum

Kredit to sahabat ena : Saffuwan dhuha , yang berkongsi tazkirah ni dengan ena. Alhamdulillah sahabat yang baik adalah sahabat yang mengingatkan kita kepada HAL YANG BENAR. Manakala sahabat yang sebaliknya, seringkali sinis dan skeptikal ( bersangka kurang baik) terhadap kawannya .


Yang mana satu kita?


Tepuk dada tanya lah iman.


Jom kita amati tulisan kiriman dari sahabat ena ini:

*****



Antara Tuhan duit (Dunia) & Tuhan Allah.


Allah hanya SATU (AHAD); selain Allah tak ada tuhan yg lain. Demikian juga dalam ubudiah (sembahan) hanya pada tuhan yang ESA. Dalam hati manusia TAK boleh ada DUA sembahan; maksudnya kalau ada tuhan Allah "tuhan dunia" kena keluar (pada hakikatnya "dunia" bukan tuhan kerana selain Allah semuanya makhluk).



"TUHAN" ialah sesuatu yg disembah manusia boleh jadi berhala, dunia, $$$$$, ££££ dsbnya. Yg manusia itu sembah pastilah yg di percayainya atau yg diyakininya. Cthnya bila diajak kpd mencari duit maka bersemangat gila malahan berkobar2 hingga sanggup berkorban kerja yg lain demi duit....malam pun tak pe....tengah mlm pun tak pe. Itulah yg dikatakan "keinginan" & kepercayaannya kerana terbit rasa cinta dan kasih kpd mendapatkan duit.




"Sape yg tak nak duit bang, tak usah bohonglah".........




Tetapi bila diajak ke arah beribadat di masjid di kuliah2 ilmu akhirat terus hilang semangat, rasa lemah tubuh, longlai. ...lalu muncullah seribu satu alasan karut marut utk elak daripada hadir majlis2 ilmu atau kuliah2 ilmu. Itu belum lagi diajak utk duduk beriktikaf di dlm mesjid.......menggelupor nak lari...demikian sedikit cth....



Maka "percaya" atau "yaqin" kpd apa2 shj yg disembah melahirkan rasa CINTA/KASIH, langsung dipraktikkannya. Kalau cintanya pada duit atau harta itu tinggi pastilah akan diikuti dgn usahanya yg sungguh2; demikian juga org yg beriman kpd Allah, cinta mereka juga tinggi yakni terus berusaha mencari, mengenal dan mendekatkan diri kpd Allah yg dicintainya itu melalui sebanyak munkin amal soleh agar menjadi bekalan di akhirat.



 Ahli dunia yg cinta dunia dan harta pun sama juga berkejaran ke sana sini mencari keuntungan mengumpulkan harta sebanyak mungkin utk ke mana........?



Demikianlah kisah cinta kpd yg dicintainya. Manusia sanggup berbuat apa shj asalkan puas hatinya yg sebenarnya hatinya itu tidak pernah puas puas.



Carilah dunia utk akhirat. Rezeki yg boleh menolong manusia di dunia dan diakhirat ialah rezeqi yg bersifat HALALAN THOYYIBA; kerana rezeqi yg SYUBHAT & HARAM akan menjauhkan manusia dari keinginannya utk kembali kpd Tuhan-Nya.



Jadi jangan sembah "rezeqi" duit kerana dia bukan tuhan sbb itu ada ADAB2 dlm mencari rezeqi. Nak dpt rezeqi yg Allah redho kena cari dgn Iman dan taqwa bukan dgn ketamakan NAFSU yg bergelegak spt air mendidih.




Harta atau pendapatan yg "syubhat" & "haram" tak dpt di pegang lama2 kerana ia sebahagian drpd "kepanasan" api (neraka)....kerana ia akan terbakar dan turut membakar (memusnahkan) org yg memegang / menyimpannya.




Biznes yg syubhat dan haram tak pernah bertahan lama jika ia dijalankan oleh org2 Islam unless bagi org2 kapir kerana jika ia muslim biz itu pasti binasa (kerana mencampur adukkan halal & haram);



...."kerana jikalaulah DUNIA itu bernilai sebesar sayap nyamuk pastilah Allah akan berikan kpd org Islam" (al-hadis); tapi kerana tak ada nilai lalu Allah beri kpd org kapir agar mereka sentiasa tertipu dgn dunia itu.




Banyak sudah cth2 yg berlaku samaada melibatkan duit rasuah, riba, saham, sistem perniagaan yg tidak comply syariah dsbnya. Jgn habiskan masa bernilai membuat kerja yg kabur dan tidak berfaedah.....seronok hanya sekejap saja sekadar memuaskan nafsi2 semata2.




Maka ISTIKHARAHLAH dahulu sebelum memulakan apa2 pekerjaan atau biz supaya Allah beri petunjuk Halal, Syubhat atau Haram agar wang yg diperolehi itu menjadi bekalan (vehicle) syurga bukan ke neraka.




Apakah Allah tidak berikan kpd org islam kekayaan dan kesenangan? Tidak begitu......tetapi setiap perniagaan org Islam harus mengikuti sistem perniagaan berasaskan SYARIAH dan pasti mereka berjaya...tapi harus punya ilmu syariah biznes bukan main terjah sahaja!


Berusahalah menuju kejayaan perniagaan di dunia ini.



Manusia bila sihat sukar ingat Allah hanya apabila sakit, tua, ditimpa bala baru mereka ingat Allah.



Jadi jangan tunggu saat2 itu utk beribadah dan berubudiah kpd Allah. Mulailah langkah2 terbaik dgn membawa Iman Islam dan Ihsan dalam kehidupan mu kerana itulah penyelamat. Jgn bersangka buruk dlm hati mu. Ingatlah Allah bersifat Rahman lagi Rahim. Kenapa tidak kembali kpdNya!



TAZKIRAH
USTAZ AHMAD TAJUDDIN
FOUNDER OF IMP


*****

Semoga bermanfaat buat pengunjung blog ena.


Salam Jumaat,

Selamat bekerja dan beribadah..

(Banyakkan selawat ke atas Nabi SAW hari ni jom)

Post a Comment

4 Comments

Terima Kasih Singgah Komen di Blog Ena..

Semoga kita semua dikurnia rezeki yang banyak serta berkat dan kesihatan yang baik hendaknya

Have a nice day ahead!