Kaya Menurut Perspektif Islam





Assalamualaikum

ena dapat perkongsian ni di group bisnes ena...sangat bermanfaat untuk disebarkan terutama mereka yang skeptikal menjadi kaya. Ada segelintir sahabat ena yang takut untuk JADI KAYA kerana drama tV menggambarkan orag kaya penuh dengan sikap ujub, sombong dan sebagainya.


Hakikatnya, Allah sangat2 menuntut hambaNYA berusaha sehingga jadi kaya dan gunakan kekayaan di jalan agama Allah. Salurkan ke jalan yang betul, insyaALLAh harta kita bertambah berkat ,


ok jom kita amati kata2 Ustaz Nouman


 Perkongsian Ustaz Nouman Ali Khan. 4 Ogos 2015 (Bayyinah Quran Intensive Day-3).

( Rakan saya yang hadir berkongsi melalui catatan ini ) :)

=============


Doa Nabi Sulaiman 'alaihissalam.

قَالَ رَبِّ اغْفِرْ لِي وَهَبْ لِي مُلْكًا لَّا يَنبَغِي لِأَحَدٍ مِّن بَعْدِي إِنَّكَ أَنتَ الْوَهَّابُ

Katanya: " Wahai Tuhanku! Ampunkanlah kesilapanku, dan kurniakanlah kepadaku sebuah kerajaan (yang tidak ada taranya dan) yang tidak akan ada pada sesiapapun kemudian daripadaku; sesungguhnya Engkaulah yang sentiasa Melimpah kurniaNya ". (Sad : 35)



1. Doa ini antara doa yang telah mengubah cara fikir dan perspektif saya tentang hidup. Saya yakin ramai juga mengalami hal yang sama.



2. Sudah beberapa kali datang orang kepada saya mengadu, "saya bekerja sebagai jurutera, saya rasa nak berhenti dan nak belajar agama, bukankah belajar/menjadi jurutera adalah duniawi, saya ingin cari akhirat". 


"Saya akauntan, saya habiskan masa 9 jam bekerja dan hanya 1 jam baca al-Quran. Saya nak berhenti dan baca Quran/belajar agama untuk cari akhirat"



3. Ini adalah cara fikir yang tidak tepat. Agama tidak menyuruh kita semua HANYA belajar agama dan tinggalkan ilmu-ilmu dan kerja-kerja lain. Ini dibuktikan di dalam Al-Quran sendiri bagaimana bilamana Allah SWT menyuruh kita melihat alam, keluar bermusafir, melihat bagaimana burung terbang melebarkan sayap dsb.


 Itu semua memerlukan kita keluar, melihat, mengkaji dsb, bukan hanya duduk membaca Al-Quran.




3. Doa Nabi Sulaiman ini sangat penting kita fahami bila kita berbicara tentang topik ini. Apa doa Nabi Sulaiman? Selepas memohon ampun kepada Allah SWT (yang mana kita semua perlu lazimi), beliau memohon apa? 



Beliau meminta kekuasaan/kerajaan yang tidak akan diberikan kepada orang lain selepasnya. Bukankah permintaan itu permintaan duniawi? Mengapa beliau meminta kuasa/kerajaan?


Berdoalah untuk manjadi orang Kaya Yang Beriman dan Bertaqwa



4. Beliau memohon kerajaan yang hebat kerana denganya beliau akan dapat beramal, melakukan kebaikkan, mengumpul pahala, membina legasi dan mendapatkan Syurga. 


Nabi Sulaiman tahu pentadbiran (governance) adalah kekuatan beliau, maka beliau memohon kepada Allah SWT kekuatan dan kurniaan dalam bidang yang beliau kuasai. 



Bayangkan kepakaran Nabi Sulaiman mentadbir bukan hanya terbatas kepada mentadbir manusia, tetapi mentadbir jin syaitan, haiwan, alam dsb.



5. Perlu kita fahami satu hal, siapa Nabi Sulaiman yang ada kemahiran sebegini hebat? Beliau adalah anak kepada Nabi Daud AS. Dalam Al-Quran hanya 2 orang Nabi yang Allah isytihar mereka sebagai Khalifah. Nabi Adam dan Nabi Daud 'alaihimussalam. Nabi Daud adalah seorang pemerintah yang hebat pada zamannya. 



Kemudian Nabi Sulaiman mewarisi kehebatan ini, maka Nabi Sulaiman tahu kelebihan yang beliau miliki, maka beliau mahu kelebihan & kekuatan tersebut digunakan untuk beramal soleh, untuk membina & meninggalkan legasi yang hebat dan terbaik.



6. Maka apa kelebihan yang kita ada? Semua kita ada kelebihan-kelebihan dan kekuatan-kekuatan tertentu. Hendaklah kita gunakan kekuatan tersebut untuk beramal soleh dan membina legasi. 



Berzikir, baca Al-Quran, beristighfar dsb kita hanya mampu buat untuk beberapa tahun selagi hayat dikandung badan, namun meninggalkan legasi baik diatas muka bumi akan banyak menyumbang kepada akhirat kita walaupun selepas kita mati.




7. Fokuskan kemahiran dan kekuatan yang kita ada untuk digunakan buat menggandakan amal soleh. Bina dan tinggalkan legasi yang hebat & terbaik!



8. Baca ayat seterusnya bagaimana Allah mustajabkan doa Nabi Sulaiman.



فَسَخَّرْنَا لَهُ الرِّيحَ تَجْرِي بِأَمْرِهِ رُخَاءً حَيْثُ أَصَابَ

Maka (Kami kabulkan permohonannya lalu) Kami mudahkan baginya menggunakan angin yang bertiup perlahan-lahan menurut kemahuannya, ke arah mana sahaja yang hendaK ditujunya; (Sad : 36)

وَالشَّيَاطِينَ كُلَّ بَنَّاءٍ وَغَوَّاصٍ

Dan (Kami mudahkan baginya memerintah) Jin Syaitan; (ia memerintah) golongan-golongan yang pandai mendirikan bangunan, dan yang menjadi penyelam (bagi menjalankan kerja masing-masing). (Sad : 37)



Selamat beramal!

============

Post a Comment

10 Comments

  1. Ingin juga jadi kaya dan Insha Allah dapat membantu mereka yang memerlukan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yg penting niat kita kan.x salah jaadi kaya raya sekalipon;)

      Delete
  2. amin~ semoga kita diberi kekuatan untuk mengamalkannya.. ^_^

    ReplyDelete
  3. nk kaya baguslah, tp kite nk kaya dri segi ape, dan untuk ape kekayaan trsebut, cek balik hati, kan, hhehe

    , haii, salam kunjungan balik

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu..yg penting,Kaya iman+ kaya jiwa insyaAllah

      Tq dtg bberkunjung blog ena ,bb_nona

      Delete
  4. Semoga kita kaya di dunia dan akhirat

    ReplyDelete

Terima Kasih Singgah Komen di Blog Ena..

Semoga kita semua dikurnia rezeki yang banyak serta berkat dan kesihatan yang baik hendaknya

Have a nice day ahead!