FOLLOW ME

''Ya Hayyu, Ya Qayyum, dengan rahmatMU daku memohon pertolongan. Baikilah, perelokkanlah seluruh urusanku dan urusan keluarga serta sahabat2 ku dan janganlah Engkau serahkan diri kami ini kepada kami walau sekelip mata''

Aameen

Mutiara Kata

"KESIHATAN ITU BAK MAHKOTA DI KEPALA ORANG ORANG YANG SIHAT, TIDAK DAPAT DILIHAT KECUALI OLEH ORANG ORANG YANG SAKIT SAHAJA"

Saturday, 1 August 2015

Hilang 125 kg dalam 18 bulan!




Turun 125 kg dalam 18 bulan?


Mungkin anda tidak hairan sangat jika anda bukan berstatus Mega-Obes seperti saya.

Ok.


Apa kata, kalau saya kongsikan rekod 6 bulan pertama saya berjaya turunkan 60kg? Mungkin anda berminat untuk terus membaca..."



Saya Aizat Razak, berumur 31 tahun. Tanpa disedari, leka dalam kesibukan kerja, makan, minum, lepak tengah malam dan tidak membuat sebarang aktiviti yang mengeluarkan peluh, berat semakin bertambah sehingga 220kg dan makin banyak kesulitan yang dihadapi. Antaranya, tali pinggang kereta sudah semakin ketat, nak pilih kerusi di restoran untuk makan pun semakin susah, naik tangga penat, dan kalau naik flight atau bas pasti tidak muat, sedangkan saya suka melancong ke sana sini. Paling penting, bila mahu solat, kena solat duduk sebab susah nak duduk dan bangun.



“Dah takdir aku macam ini, nak buat macam mana lagi?” “Bukannya aku minta dilahirkan gemuk” “Apa yang penting adalah dalaman seseorang, bukannya penampilan luaran”



Entah berapa kali saya pujuk hati saya dengan ayat-ayat di atas.



Tetapi mama tak jemu-jemu memberi nasihat untuk berubah. Sehinggakan pada sekitar November 2013, nasihat mama agak berlainan. Kedengaran mama seperti merajuk dengan saya.



“Berubahlah Aizat. Kalau Aizat masih tak sihat macam sekarang ini, siapa nak jaga Aizat bila mama dah tiada nanti?”



Darah saya berderau. Langsung saya terdiam tanpa kata-kata. Seharian saya mengulang-ulang kata-kata mama dalam kepala.



Apa yang membuatkan saya terdiam bukanlah kerana saya buntu mencari siapa yang akan menjaga saya apabila mama sudah tiada nanti. Tetapi saya buntu memikirkan – bagaimana dan bila saya dapat membalas jasa mama kalau mama pergi dahulu?



“Ya Allah, izinkanlah aku berbakti kepada mamaku sebelum Kau panggilnya buat selama-lamanya. Berilah aku peluang untuk menjaga mamaku sebagaimana dia menjagaku sejak kecil.”



Saya nekad.


Saya perlu berubah. 1 Januari 2014 adalah tarikh terbaik untuk saya mulakan gaya hidup baru.



Azam tahun baru saya semakin serius apabila saya melihat program terbaru @kevinzahri – Jom Kurus 1Malaysia 2014 (JK1M) siri yang pertama. Pucuk dicita ulam mendatang. Yuran program yang mampu bayar. Ada pula kawasan berhampiran dari rumah. Kebetulan pula duit ada lebih sedikit di bank.



Latar belakang jurulatih-jurulatih program JK1M pun sangat mengagumkan. Di Bandar Baru Bangi (kawasan rumah saya), jurulatih tersebut mempunyai Ijazah Sarjana dalam Sains Sukan. Coach Aizzat Adnan namanya.. Semuanya bermula dengan #jk1m… ia mengubah kehidupan saya 360 darjah.



Alhamdulillah selepas setahun setengah saya mencapai misi saya #misibawah 100kg dan ini hasil penurunan saya.



Jan 2014 – Jun 2014 = 220kg ke 160kg (Penurunan 60kg)
Julai 2014 – Dis 2014 = 160kg ke 138kg (Penurunan 22kg)
Jan 2015 – Mac 2015 = 138kg ke 128kg (Penurunan 10kg)
April 2015 – Jun 2015 = 128kg ke 95kg (Penurunan 33kg)




"OK, Sebelum saya kongsikan tip-tip apa yang saya lakukan untuk 6 bulan pertama, maybe this is my very golden tips untuk anda. Perasan kan pada period kedua dan ketiga, saya alami penurunan yang SIPUT sekali? Hati-hati....itu fasa plateu namanya. Boleh bikin hati resah dan gundah gelana dan boleh bikin kita tewas di pertengahan jalan. 


Ini tips.




1. Tukar pelan pemakanan yang baru yang bersesuaian dengan berat badan kita yang baru. Jika masih mengamalkan pelan pemakanan lama tanpa ada ubahsuai, walaupon pelan tersebut juga adalah pelan diet sihat, maka plateau akan mudah mendampingi kita.



2. Tingkatkan dan pelbagaikan latihan dari segi durasi latihan ataupun intensity latihan. Sebagai contoh, gabungkan ‘resistance training’ atau bahasa mudahnya weight training dan juga cardio training.



Itu tip-tip bagi stage plateu untuk mereka yang sudah sampai ke fasa itu. Bagi mereka yang baru bermula, seperti yang dijanjikan ini yang saya amalkan untuk 6 bulan pertama yang menyebabkan saya hilang 60kg.



Fasa Permulaan:




1. Set objektif mengapa mahu ubah.. Mahu kurus dalam jangka masa pendek atau panjang. Nasihat saya ubah untuk jangka masa panjang sebab kalau jangka masa pendek, potensi untuk kita membesar semula sangat besar.



2. Cara sebab utama mengapa kita mahu berubah. Caranya mudah, pasti kita mahu berubah untuk kebaikkan diri kita sendiri dan untuk yang menyanyangi kita



3. Cari cara yang sesuai untuk kita berubah. Ada yang boleh bergerak sendiri, ada juga yang perlu berkumpulan.



4. Fahami konsep ‘lose weight’ iaitu 70% pemakanan dan 30% pada senaman.



5. Fahami ilmu diet dan sesuaikan dengan diri kita supaya kita selesa dan suka dengan diet itu.



Fasa Tindakan:



Sesudah selesai menetapkan apa yang perlu pada fasa permulaan, ini tip-tip yang dinantikan.. Apa amalan saya sehingga boleh kurangkan 60kg dalam masa 6 bulan. Boleh diamalkan tetapi perlu faham, jumlah penurunan berbeza berdasarkan kondisi badan setiap individu.



Untuk fasa 6 bulan pertama, mental perlu kuat kerana kita mahu ubah tabiat pemakan kita supaya badan kita selesa dengan menu sihat kita. Ini 10 tip untuk anda



1. Minum air putih.

Minum air sekurang-kurang 4L sehari. Amalan saya 2L sepanjang pagi ke tengahhari dan bakinya bermula selepas makan tengah hari sehingga 6.30 petang. (jangan minum banyak malam-malam nanti tidur tak cukup sebab kena bangun dan buang air kecil)



2. Kurangkan Gula, Garam dan Minyak

Mulakan dengan mengurangkan jumlah pengambilan gula, garam dan minyak dalam masakan. Untuk saya, saya memang buang terus gula dan hanya secubit garam dalam masakan dan menggunakan minyak zaitun dengan kuantiti sedikit dalam masakan.



3. Kurangkan pengambilan karbo.

Setiap hari saya hanya makan 2 keping roti whole meal bagi menggantikan nasi ketika pagi bagi penggunaan tenaga sepanjang hari. Sebenarnya tidak kisah apa jua jenis carbs, tetapi mesti ada carbs dan kuantiti yang kecil. Bak Kata Kevin Zahri. Nasi segenggam.



4. Sarapan yang sihat

Saya amalkan sarapan saya dengan dua biji telur putih (rebus atau setengah masak, salad, dan roti.

5. Minum Teh Hijau

Amalkan pengambilan teh hijau tanpa gula ketika pagi. Teh hijau dapat meningkatkan metabolism dalam badan kita.



6. Menu makan tengah hari dan malam yang sihat

Amalan menu saya sepanjang 6 bulan adalah gabungan protein (ayam/ikan) yang dibakar/kukus/sup (make sure less oil ya) bersama sayur-sayuran (fibre) seperti broccoli, tomato, lobak dan apa jua jenis salad yang dikukus atau direbus atau masak air.



7. Snack sampingan –

 2 biji Epal hijau pada jam 10 pagi dan 4 petang

8. Senaman,

saya hanya lakukan 3 kali seminggu sahaja. Fokus kepada senaman cardio terlebih dahulu seperti, berjalan laju, berbasikal di gym dan libatkan diri pada pelbagai aktiviti sampingan seperti futsal, dodgeball dan jenis senaman yang pelbagai.



9. Untuk mereka yang overweight seperti saya, saya sarankan basikal di gym dahulu atau berjalan-jalan mengikut kemampuan kita. Jangan push, lakukan secara perlahan-lahan dan biarkan badan kita berkenalan dengan stamina dan lama kelamaan stamina badan kita sendiri akan meningkat naik dan kita akan lakukan dengan lebih laju dan lama. Insyallah



10. Ada ambil supplement?


Sejujurnya usaha saya sepanjang setahun setengah ini 99.95% adalah secara natural iaitu gabungan pemakanan dan senaman. Kenapa bukan 100% sebab jujurnya 0.05% peratus itu datangnya dari cubaan mengambil supplement seperti fat burner.


Tipu lah kalau saya tidak teringin macam-macam seperti mana yang orang lain dan saya makan sebelum ini. Saya ini peminat dessert. Pantang nampak.. pejam mata je habis. heheh jadi apa yang saya buat, kalau betul-betul teringin akan saya makan satu sudu kecil sahaja buat cukup syarat. Lebihnya saya beri pada kawan ataupun keluarga. Jadi, kita boleh makan apa sahaja yang diingini, tetapi portion / kuantiti itu perlu di jaga.



Awalnya memang saya menjaga pemakanan saya dengan ketat. Tapi apabila kita berjaya mengaktifkan diri kita dengan melakukan senaman, ini sedikit sebanyak saya melonggarkan sedikit amalan diet saya dan mula mengambil pemakanan yang seimbang.



Pesan saya, tiada yang boleh mengubah diri kita sendiri selain diri kita sendiri. Percaya pada diri dan insyallah kita boleh lakukan. Tip akhir, jauhi mereka yang merperkotak katikan semangat kita, lihat secara positif dan cabar diri untuk buktikan yang kita bukan main-main.


 INI SERIUS!....




Paling-paling akhir, sambil berusaha, teruslah berdoa dan sentiasa mohon untuk dipermudahkan dan diberikan kekuatan untuk kita lalui perjalanan ini. Amin..



Harapan saya, saya berharap saya dapat pula membantu mereka melawan obesiti ini. Insyallah. Follow FB saya sekiranya mahukan tips yang dapat memotivasikan anda.




Saya berasa bersyukur kerana dapat membahagiakan keluarga saya. Meminjam kata-kata Penulis Prolifik Bahruddin Bekri, “Membahagiakan ibu bapa itu, adalah bahagia yang sesungguhnya. Bahagiakanlah mereka melalui usaha, dan doa, kerana dalam banyak-banyak manusia, doa kita sebagai anak adalah antara doa yang akan terus sampai kepada mereka, walaupun di alam mana mereka berada.” Alhamdulillah.



PENUTUPNYA, REMEMBER “No Pain No gain. Pain is temporary, pride is forever.”

hubungi ena untuk konsultasi PENURUNAN BERAT BADAN dengan cara selamat dan semulajadi dengan rangkaian suplimen shaklee 


Your health consultant:


013 357 3153
013 357 3153
013 357 3153

Terima kasih kerana sudi membaca Hilang 125 kg dalam 18 bulan!.

DISCLAIMER

Segala testimoni /penulisan tentang produk yang dikongsi dilaman ini bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit. Pembaca yg mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan.

111 FORMULA MAGNET REZEKI & BEBAS HUTANG!

111 FORMULA MAGNET REZEKI & BEBAS HUTANG!
Jemput klik BANNER di atas atau Wassap 013 357 3153 untuk baca REVIEW PERCUMA (39 m/s) 111 Formula Rezeki Melimpah Ruah