PROMO OCT- HOT SELLING ESP!

Wednesday, 5 August 2015

Tips Cara Langsaikan Hutang Kereta dan PTPTN


Assalamualaikum


PEMBERAT HIDUP.

Mula2 tahu n jumpe  word ni, ena tak faham juga..bunyi nya mcm pelik.pon ada.

Actually...ni adalah TAJUK BUKU. Ada dlm koleksi buku ena juga.




Nak tahu apa itu pemberat hidup?

Ia bermaksud HUTANG dan DOSA2 yg telah kita lakukan.



Ibarat lori yang sarat membawa muatan balak MENDAKI BUKIT,
Begitulah kehidupan kita yang dibebani PEMBERAT HIDUP.


Jikalau TIDAK diambil peduli,
Tidak BERNIAT untuk menghapuskan dan
Seterusnya tidak memulakan LANGKAH untuk menghapuskan 2 pemberat hidup,
Rasailah hidup yang BERAT DAN PENUH KESENGSARAAN


*****

Dalam entry ni ena nak share mengenai HUTANG.


Kita mesti ada NIAT untuk langsaikan hutang..tak baik kita saje2 biarkan je dengan harapan organisasi atau orang yg kita hutang tu terlupa.

NIAT serta BERUSAHA untuk langsaikan...Allah kan Maha Memudahkan.



Sabda Rasulullah yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah bermaksud:

"Sesiapa yang berhutang dengan niat untuk membayar balik, Allah akan membayarkan. Tetapi, jika sesiapa berhutang dengan niat menyeleweng, Allah akan musnahkan harta bendanya."



"Demi jiwaku yang ada di tangan-Nya, seandainya ada seorang laki-laki terbunuh di jalan Allah, kemudian ia dihidupkan lagi, lalu terbunuh lagi, kemudian dihidupkan lagi, sedang ia memiliki HUTANG, sungguh ia tidak akan masuk syurga sampai hutangnya dibayarkan."
(HR: An-Nasa'i, hadis bersifat hasan)



"semua dosa orang yang mati syahid diampuni, kecuali HUTANG" (HR: Muslim)



"Roh seseorang mukmin itu tergantung yakni di halang daripada tempat yang mulia dengan sebab HUTANGnya sehinggalah hutang itu dijelaskan."
(HR: At-Tirmizi dan Ibnu Majah)







Contoh zaman sekarang hampir semua anak muda yang baru grad ada hutang BELAJAR..tak kira lah PTPTN, MARA, JPA atau lain2.


Tadi terbaca satu artikel di The Vocket mengenai hutang . Menurut artikel itu, bala/kesempitan dan kesusahan yg menimpa diri,keluarga dan negara kita harini ada kaitan dengan keberkatan hidup dan hutang. Mana taknya, hutang ptptn buat senyap je tak mahu bayar..tapi dpt beli kereta, rumah dan gadjet canggih2 yang harga ribu riban kan..padahal keutaamaan adalah LANGSAIKAN HUTANG DAHULU.

Secara jujur, ena jadi SENTAPP!

sgt!


CARA KAMI LANGSAIKAN HUTANG

Hutang PTPTN


Alhmdulillah..lepas grad degree itu hari, ena memohon beberapa yayasan dan badan NGO yang menawarkan pembayaran balik PTPTN kepada graduan yang LAYAK.



ala...google je.. banyak tau badan2 yang nak bantu.kita kita kene USAHA sikit la dengan cara MEMOHON.



alhmdulillah, ena LULUS interview dari salah satu yayasan di Malaysia untuk menanggung pembayaran BALIK loan ptptn ena..syukurlah..walaupun yayasan tersebut tak DERMAKAN ena rm 2.6 billion ( hehe) , RM21k yg mereka bayarkan tu pon dah cukup banyak untuk ena..


Syukur alhmdulillah..dari 38k + total pinjaman, kini baki ptptn ada  dalam 7k+ je lagi.


Bulan ni ena dan suami dah start main kutu khas...iaitu ena join Kutu langsai ptptn..dan suami pula join Kutu bayar insurance kereta untuk tahun depan.

Kami memilih untuk membayar hutang dengan cara MAIN KUTU.

Sebab cara ni je yg boleh pastikan kami KONSISTEN menyimpan duit;)


Hutang Kereta


Untuk hutang kereta ni, dah hampir setahun kami praktis BAYAR ansuran bulanan LEBIH dari yang sepatutnya.

tak dela banyak sangat pon..LEBIH TU dalam rm100 je. tapi sekurang-kurangnya baki lebih cepat la BERKURANG kan. jimat tahun pembayaran insyaALLAH


selamat beramal;)

till then:




P/s:

KLIK SINI
KLIK SINI
KLIK SINI
untuk 111 Tips Kaya Rezeki Melimpah Ruah dan Tips Bebas Hutang!




Terima kasih kerana sudi membaca Tips Cara Langsaikan Hutang Kereta dan PTPTN.

DISCLAIMER

Segala testimoni /penulisan tentang produk yang dikongsi dilaman ini bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit. Pembaca yg mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan.

111 FORMULA MAGNET REZEKI & BEBAS HUTANG!

111 FORMULA MAGNET REZEKI & BEBAS HUTANG!
Jemput klik BANNER di atas atau Wassap 0177172868 untuk baca REVIEW PERCUMA (39 m/s) 111 Formula Rezeki Melimpah Ruah