Saturday, 11 July 2015

Testimoni: Tips Atasi Sakit Sendi Lutut



Akui salah seorrang rakan niaga shaklee juga , Puan Nor Hafizah
'Ayah saya yang ada masalah buah pinggang, mak saya masalah gout, pun saya beri Vivix untuk atasi masalah mereka. Alhamdulillah semakin pulih. '


Alhamdulillah, seronok nye ena baca pengakuan beliau. ye la, mak ayah insan tersayang dan paling dekat di hati kita kan..kita nak tengok ibu bapa kita SIHAT SOKMO betul ke betul?



Beliau juga berkongsi Testimoni Puan Nur Zahirah bagaimana Vivix membantu ayahnya yang sakit lutut mampu solat terawikh 21 rakaat..


Sehari sebelum berpuasa, mak ada telifon saya. Mak cakap..lutut ayah makin membengkak..sekarang ayah macam dah ada 2 lutut. Ayah dah tak boleh solat sambil berdiri sbb ia sangat menyakitkan. Kalau sujud pon..lambat sangat nak bangun balik. Kat rumah saya takde tandas duduk. Semua tandas mencangkung. Ayah nak kencing pon kena pakai kekuda. Bila saya dengar, saya sangat kesian. Sedih sangat bila ayah yang banyak berkorban untuk saya menderita macam tu. Saya selalu jugak tanya kaba pasal lutut ayah. Tapi ayah cakap dah ok. Tapi sekarang ia makin semakin tak ok. Dulu ayah amik ubat yang doktor bagi. Doktor dah suggest untuk ayah buat pembedahan lututnya tu. Tapi ayah tak nak. Kalau saya pon tak nak jugak operate lutut. Mak pulak cakap badan dia sangatla mudah penat. Sakit belakang, bahu..tapak kaki..sume sakit2. Yelah, mak lahirkan 8 orang anak. Setiap 2 tahun pulak tu. Badan memang sentiasa penat la.
Dulu saya pernah nak bagi mak ayah amik vitamin..tapi diorang ni jenis yang susah nak amik tablet mahupon cecair. Pastu banyak betol alasan bila saya cakap nak bagi supplimen demi kesihatan mereka. Hehe..biasalah kan orang tua..tapi kali ni mereka sendiri request. Jadi diorang tak banyak soal..Ikut je suggession saya:)
Saya terus buat order vivix untuk mak ayah guna sepanjang Ramadhan. Ayah dan mak terus mencuba vivix tu sebelum tidur seperti yang saya sarankan. Esoknya alhamdulillah ayah tak rasa sangat sakit di lututnya. Mak pulak merasa sangat segar walaupon berpuasa sambil menjadi babysitter kepada 2 orang kanak2. Sampai boleh pergi sapu seluruh laman rumah. Ada orang tegur,"kak ani tak puasa ke hari ni? Saya tengok dari tadi duk mencabut rumput tu puasa2 ni". Lenguh2 badan mak pon berkurang. Tu baru makan sesudu teh. Banyak nye bagi kesan kepada kesihatan mak ayah saya. Ayah pulak boleh buat solat terawih sampai 21 rakaat tanpa ada masalah walaupon lututnya masih bengkak. Saya tak tahu kesan vivix begitu mendalam dan cepat. Jomlah kita cuba bagi vivix kepada mak ayah kita. Kesihatan mereka tak dapat diganti dengan duit. Kalau mereka sakit makin teruk, lagi banyak duit yang akan dihabiskan kan? So lebih baik kita ambil tindakan cepat2 sebelum terlambat. Lagipon mak ayah kita banyaaakkk sangat berjasa kepada kita. Apa salahnya kita membalas jasa mereka dengan berikan vivix kepada mereka. Duit boleh dicari, tapi mak ayah kita tiada gantinya. Kita pon tak tahu bila mereka akan kembali kepada Allah kan. Jadi selagi mereka masih bernyawa, berikanlah yang terbaik bagi mereka. Kalau dulu kita sakit,
mereka tak tidur pon.




Berbalik kepada info asal saya sebelum ini, hari ini saya ingin berkongsi tentang perkembangan seorang pelanggan saya yang mengalami masalah Rheumatoid Arthritis ini sejak 2 tahun yang lalu. Namun, harap maaf saya tidak menyelitkan gambar sebagai rujukan anda semua atas faktor-faktor tertentu.

Apa yang saya ingin kongsikan di sini, saya dapat melihat pelbagai perubahan positif terhadap masalah Rheumatoid Arthritis beliau bermula pada bulan pertama sehingga memasuki fasa bulan ke-4 kini dengan bermula sebotol Vivix dan kini menjadi pengamal Vivix tegar untuk botol yang ke-4!

Bulan 1: Berjalan amat perlahan, terpaksa berjalan sambil memegang kerusi, dinding, perlukan bantuan orang lain untuk berjalan, muka agak cengkung, tidak boleh melakukan tugas berat, tidak boleh berdiri terlalu lama, badan menjadi kurus.

Bulan 2: Masih belum nampak banyak perubahan. Tapi nampak lebih bertenaga sedikit dari bulan-bulan sebelumnya dan ketika saya menemuinya beberapa tahun lalu. Namun, beliau masih meneruskan pengambilan Vivix kerana beranggapan bahawa supplement memerlukan masa yang agak berbeza untuk menampakkan hasil bagi setiap individu dan sakit yang mungkin berbeza-beza.

Bulan 3: Badan mulai nampak seri dan tidak cengkung. kelihatan lebih mudah untuk berjalan berbanding sebelum ini. Tetapi masih lagi mengadu terasa sakit apabila berdiri lama. Dah boleh mulai melakukan tugas-tugas harian sedikit sebanyak.

Memasuki Bulan 4 : Semalam saya menemui pelanggan ini untuk menghantar Vivix botol ke-4. Apa yang mengejutkan saya, banyak perubahan yang saya lihat kali ini. Antaranya, pelanggan saya lebih lincah dari bulan-bulan sebelum ini, berjalan lebih laju dan tiada lagi mengesot sebelah kakinya seperti bulan pertama saya menemuinya, tiada lagi rasa lesu dan kesejukan waktu pagi, lebih bertenaga dan mampu berdiri lama, muka makin berseri dan badan sedikit berisi. Badan mulai berpeluh tanpa rasa sengal lagi di bahagian sendi lutut.

Untuk makluman anda semua, pelanggan saya ini telah mengambil dan mencuba pelbagai produk sebelum ini. Namun, tiada yang serasi dengan beliau biarpun penggunaan secara konsisten selama beberapa bulan. Alhamdulillah, selepas memilih Vivix dan konsisten setiap bulan, segalanya berubah!


credit to nurkids2u







Terima kasih kerana sudi membaca Testimoni: Tips Atasi Sakit Sendi Lutut.

DISCLAIMER

Segala testimoni /penulisan tentang produk yang dikongsi dilaman ini bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit. Pembaca yg mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan.