Tuesday, 28 July 2015

Pesan Imam Hasan Al Bashri

Assalamualaikum


Pagi ni ena nak share kata2 nasihat oleh Imam Hasan Al Bashri .


Nasihat ni dapat di group family belah suami, yang diforward  oleh FIL ( father in law) ena



******

KATA IMAM HASAN AL-BASHRI رحمه الله :

" SESUNGGUHNYA , yang dinamakan dunia itu hanyalah mimpi , dan akhirat itulah sebenarnya waktu terjaga .

DAN mati itu , pengantara akan kedua-duanya dan kita pula berada dalam mimpi-mimpi kosong .

Sesiapa yang sentiasa membuat perhitungan dirinya pastinya dia beruntung dan , sesiapa yang leka tentu sekali dia akan rugi .

Sesiapa yang merenung kesan akibat balasan dia akan terselamat dan seterusnya sesiapa yang taat akan hawa nafsunya pastinya dia tersesat .

Sesiapa yang tergelincir cepatlah kembali dan , apabila menyesal segera angkat tinggalkan dan apabila terasa jahil maka bertanyalah dan apabila anda dikuasai perasaan marah , pantas menahannya .

SEDARILAH ! ,

Sebaik-baik amalan , perkara yang tidak disukai nafsu ".

******


Semoga bermanfaat

Jom sebarkan kebaikan!


Terima kasih kerana sudi membaca Pesan Imam Hasan Al Bashri.

2 comments:

Terima Kasih Singgah Komen di Blog Ena..

Semoga kita semua dikurnia rezeki yang banyak serta berkat dan kesihatan yang baik hendaknya

Have a nice day ahead!

DISCLAIMER

Segala testimoni /penulisan tentang produk yang dikongsi dilaman ini bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit. Pembaca yg mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan.