Entry ke 100 Blog Ena-Impian Hidup


Assalamualaikum


Alhmdulillah..baru 2 bulan ena serius blogging..tak sangka makim cepat blog ini dikenali ,siap menang 2 segmen lg dr 2 blogger femes. Alhmdulillah.



Ena nk buat entry spesel skit kali ni sempena entry ke 100, total page review dah melebih 10 000 dan visitor blog ena dari malaysia dah capai 1000.


Entry ni berkenaan impian, harapan dan target ena dalam hidup

PERIBADI



Target peribadi ena:


-langsaikan hutang PTPTN yang berbaki lagi rm8k by Jun 2016


-langsaikan hutang personal by Disember 2016


-langsaikan hutang kereta saga by Jan 2018 ( kini adik yang pakai)..beli sebab nak bagi family guna, pakai statement bonus shaklee je;) thank you shaklee!


-bagi duit belanja ma abah dan mertua rm200 setiap orang setiap bulan


-bayar Zakat rm200 setiap bulan 


-sedekah rm100 setiap bulan

-saving peribadi rm200 setiap bulan


FAMILY





Terima kasih keluarga bahagia aka keluarga jannah ena, suami Kamal Fadzli dan anak solehah Aeisya Humaira serta 7mo+ baby masih kat 'dalam' tummy mama;) 


Semoga keluarga kita menjadi keluarga ahli syurga Allah.


Kepada tulang belakangku, SUAMI: tiada apa lagi B nak request. Terima kasih kerana menyokong segala usaha B mengejar impian B yang tinggi bak gunung everest itu;)


Sila lah bertabah dengan kerenah isterimu yang kadang2 macam2 juga.hihi.





We complete each other!



ANAK 






So far, 5 tahun kawen, baru anak sorang..insyaAllah bulan october ni dua orang la;)



Impian nak anak ramai.hee...seramai boleh yang Allah kurniakan..sebab tu dari awal kami menolak sebarang pil2 perancang yang doctor/nurse suggest..tapi rezeki anak semua tu kerje dan urusan Allah belaka..kami terima dengan tangan yang terbuka dan berlapang dada



Nak didik dan bimbing menjadi seorang yang beriman walau apa pon profesion (kerjaya) yang mereka nak pilih kelak. nak SEMUA anak manjadi hafiz/hafizah.. Besar kan cita citaku..hihi..tapi ena YAKIN tiada yang mustahil yang ada ialah POSSIBLE BELAKA.  yang penting NIAT dulu;)




InsyaAllah impian yang ena benar2 nak buat untuk family :


-bawak ma abah dan mertua serta suami dan anak jejakkan kaki ke Mekah by Jan 2017.

-simpanan pendidikan aeisya sebanyak 100g emas by disember 2017

-beli rumah banglo di Bandar Baru Bangi depan Tasik Cempaka by May 2017

-

BISNES



Secret group di bawah kelolaan ena di Fb


Target dan Harapan dalam bisnes memang banyak. Buat masa ni ena focus pada empayar shaklee bisnes ena iaitu OUR PRECIOUS EMPIRE yang juga 



Pada yang mengenali ena, sebelum ni ena bermula dgn pelbagai jenis bisnes termasuk bisnes emas, buku fizikal , tasbih digital dan bisnes servis iaitu tuition..kelam kabut jadinya. Semua pon ena nk buat.haha..alhmdulillah dilorongkan hati utk FOKUS pada yang 1 dlu buat masa sekarang.



InsyaAllah, target bisnes ena:

-penyertaan dari rakan niaga baru dan aktif meningkat sebanyak 100 orang by Disember 2015


-melahirkan 15 bisnes leader ( at least, Supervisor) by May 2016


-menyebarkan manfaat suplimen shaklee yang natural, halal dan selamat seluas2 nya di medium online dan offline pada setiap hari.


-membantu 25 orang surirumah/ orang yang dah bekerja (kerajaan/swasta) menjana income sampingan at least 4 angka sebulan by Jun 2016


-meluaskan empayar shaklee ke negara jiran ( indonesia, singapore dan brunei) dengan 10 penyertaan yang aktif bisnes by May 2016


KEROHANIAN


Target dan harapan untuk meningkatkan 'kesihatan rohani' :

-solat di awal waktu

-mengaji al quran setiap hari

-mangajarkan Al Quran pada orang lain iaitu anak anak sendiri

-Zakat dan bersedekah setiap bulan

-bangun tahajud sekurangnya 3 kali seminggu

-solat sunat Dhuha setiap hari

-banyak MEMBERI (senyuman, pertolongan, wang dan ilmu)

************************


ena ada senarai 100 impian ena untuk jangka pendek dan panjang..yang itu lebih spesifik. 

insyaALLAH setiap impian yang tertulis bakal menjadi KENYATAAN yang penting kita sendiri mesti lah YAKIN dan BERSANGKA BAIK dan Allah Maha Pemurah serta Kaya..tiada yang mustahil bagiNya;)


terima kasih atas sokongan family, rakan niaga serta pelanggan setia ena semua


Big Dream Chaser:






Post a Comment

4 Comments

  1. Moga dipermudahkan urusan...

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah ..Tahniah Sahabat dan rakan seperjuangan...:) always pray for you

    ReplyDelete

Terima Kasih Singgah Komen di Blog Ena..

Semoga kita semua dikurnia rezeki yang banyak serta berkat dan kesihatan yang baik hendaknya

Have a nice day ahead!