Syaaban, antara Kelebihan dan Amalan serta Hadis Palsu

Syaaban 1436H
============


Assalamualaikum..bismillah

Dalam bulan Syaaban, berlaku beberapa peristiwa iaitu:


  • Dalam bulan Sya’ban (bertepatan hari Selasa pada 15 Sya’ban) Allah SWT memerintahkan perubahan kiblat dari Bait al-Muqaddis ke Ka’bah Baitullah. [rujukan: al-Qurthubi, Muhammad bin Ahmad, al-Jami’ Li Ahkam al-Qur`an, Q.S al-Baqarah : 142, Juz. II (t.tp: tp, tt), hal. 144.



  • Dalam bulan Sya’ban Allah SWT menurunkan ayat perintah bershalawat kepada Rasulullah SAW [rujukan: al-Zarqani, Ahmad bin Muhammad, Syarh al-Zarqani ‘Ala al-Mawahib al-Laduniyah Bi al-Minah al-Muhammadiyyah, Juz. IX, cet. I (Beirut: Dar al-Kutub al-Ilmiyah, 1996 M) hal. 165.], yaitu :


إِنَّ اللَّهَ وَمَلَائِكَتَهُ يُصَلُّونَ عَلَى النَّبِيِّ يَاأَيُّهَاالَّذِينَ آمَنُواصَلُّواعَلَيْهِ وَسَلِّمُواتَسْلِيمًا


“Sesungguhnya Allah SWT dan malaikat-malaikat Nya bershalawat untuk Nabi. Hai orang-orang yang beriman, bershalawatlah kamu untuk Nabi dan ucapkanlah salam penghormatan kepadanya”. (QS. al-Ahzab : 56)



  • Bulan Sya’ban adalah bulan dimana Nabi SAW paling banyak melakukan puasa. ‘Aisyah meriwayatkan [rujukan : al-Naisaburi, Muslim bin al-Hujaj, al-Jami’ al-Shahih al-Musamma Shahih Muslim, Juz. III (Beirut: Dar al-Jail dan Dar al-Afaq al-Jadidat, tt) hal. 160 :

كان رسول الله صلى الله عليه وسلم يصوم حتى نقول لا يفطر ويفطر حتى نقول لا يصوم وما رأيت رسول الله صلى الله عليه وسلم استكمل صيام شهر قط إلا رمضان وما رأيته في شهر أكثر منه صياما في شعبا

“Adalah Rasulullah SAW berpuasa sehingga kami mengatakan bahwa beliau tidak berbuka dan beliau berbuka sehingga kami mengatakan bahwa beliau tidak berpuasa. Dan tidak pernah sama sekali saya melihat Rasulullah SAW menyempurnakan puasa sebulan kecuali Ramadhan dan tidak pernah saya melihat beliau lebih banyak berpuasa dalam sebulan yang lebih banyak daripada bulan Sya`ban”. (HR. Imam Muslim)




  • Bulan Sya’ban juga merupakan bulan diangkatnya amal manusia kepada Allah SWT. Nabi SAW bersabda [rujukan: al-Baihaqi, Abubakar Ahmad bin al-Husain, Sya’b al-Iman, Juz. III, cet. I (Beirut: Dar al-Kutub al-Ilmiyah, 1410 H) hal. 377] :

عن أسامة بن زيد قال : قلت يا رسول الله إني أراك تصوم في شهر ما لا أراك تصوم في شهر، ما تصوم فيه؟ قال: أي شهر؟ قلت : شعبان قال: شعبان بين رجب وشهر رمضان يغفل الناس عنه، ترفع فيه أعمال العباد، فأحب أن لا يرفع عملي إلا وأنا صائم، قلت : أراك تصوم يوم الاثنين والخميس ولا تدعهما قال: إن أعمال العباد ترفع فيهما فأحب أن لا يرفع عملي إلا وأنا صائم



“Dari Usamah bin Zaid, beliau berkata : Saya berkata : “Ya Rasulullah, saya melihat engkau berpuasa dalam sebulan yang tidak saya lihat engkau berpuasa seperti demikian dalam bulan yang lain”. Rasulullah SAW berkata : “Bulan mana?” Saya berkata : “Bulan Sya`ban”. Rasul SAW menjawab : “Bulan Sya`ban adalah bulan antara Rajab dan Ramadhan yang banyak di manusia lalai darinya. Dalam bulan Sya`ban di angkat amalan manusia, maka aku cintai tidak di angkatkan amalanku kecuali sedangkan aku dalam keadaan berpuasa”. Saya berkata: “Saya melihat engkau berpusa hari Senin dan Kamis dan tidak engkau tinggalkan keduanya”. Rasul SAW menjawab : “Sesungguhnya amalan hamba di angkat dalam kedua hari tersebut, maka aku cintai tidak di angkatkan amalanku kecuali sedangkan aku dalam keadaan berpuasa”. (HR. Imam al-Baihaqi)




*****************************


tadi ena google mengenai fadhilat Syaaban dan malam Nisfu Syaaban pula..bulan yang mulia, seharusnya kita nak cari dan ambil peluang sebaiknya untuk kumpul pahala kan



terkejut juga banyak hadis2 palsu yang mengaitkan fadhilat beramal di bulan Syaaban. Ada baiknya kita tidak mengambil bahagian dengan cara mneyebarkan hadis2 palsu ini rerutama di media sosial seperti blog dan facebook.


pon begitu,jangan la kita menghukum dan bermusuh sesama Muslim. boleh jadi mereka itu ( pengamal/penyebar ) hadis palsu tidak mengetahui keadaan sebenar ( knowledge limitation).



rujukan ena dari blog Dr MAZA , ( lihat di sini untuk mengetahui siapa Dr Maza)



 >>>ini adalah hadis palsu yag paling popular sebab ena selalu je nampak orang share dia media sosial.


  • “Rejab bulan Allah, Syaaban bulanku dan Ramadhan bulan umatku”. 


  • Ini adalah hadis palsu yang direka oleh Ibn Jahdam (meninggal 414H) (lihat: Ibn Qayyim al-Jauziyyah, al-Manar al-Munif fi al-Sahih wa al-Dha`if, m.s. 95, Halab: Maktab al-Matbu`at al-Islamiyyah).



namun,

tidak dinafikan memang ada hadis2 sahih yang disandarkan pada bulan Syaaban iaitu:


 Nabi s.a.w menyebut:



  • “Allah melihat kepada hamba-hambaNya pada malam nisfu Syaaban, maka Dia ampuni semua hamba-hambaNya kecuali musyrik (orang yang syirik) dan yang bermusuh (orang benci membenci) (Riwayat Ibn Hibban, al-Bazzar dan lain-lain. Al-Albani menilai sahih dalam Silsilah al-Ahadith al-Sahihah 3/135).






-----------------------------------
Malam tadi, ada majlis solat hajat di surau dalam taman rumah ni, kebetulan pula jatuh pada MALAM NISFU SYAABAN, alhmdulillah.


Solat hajat ini bertujuan kesyukuran kerana abah sembuh dari demam yang panjang iaitu dua minggu lbih  dan memohon hajat pada Allah agar dipermudahkan urusan adik ipar yang akan bersalin pada penghujung Ramadhan tahun ini.


Jom kita hidupkan Malam Nisfu Syaaban dan seluruh malam2 di bulan Syaaban ini untuk mendekatkan diri kepada Allah SWT dengan memperbanyakkan ibadah seperti: ✔ solat sunat (terutama Solat Sunat Tasbih), ✔ berdoa, ✔ membaca al-Quran, ✔ berwirid, ✔ beristighfar, ✔ berselawat ke atas Nabi SAW ✔ dan sebagainya.


setiap amalan baik dan ikhlas akan diganjarkan pahala oleh Yang Maha Kaya dan Pemurah ( Allah)




semoga bermanfaat.

ikhlas,

Post a Comment

0 Comments